Untuk jangka masa terhad, Texas Chicken Malaysia mengembalikan menu kegemaran
rakyat Malaysia - Ayam 8 Lada dan Biskut Cip Coklat di atas permintaan tinggi
pelanggan setiap tahun sejak gandingan popular ini mula diperkenalkan empat
tahun lalu. Tawaran masa terhad Ayam 8 Lada dan Biskut Cip Coklat kegemaran
Malaysia kini kembali sempena Ramadan dan Hari Raya tahun ini.
Kehangatan Ayam 8 Lada ini pasti menambat rasa dengan salutan unik dan lazat
gabungan lapan jenis lada - lada hijau Thai, lada merah, lada hitam, jalapeno,
chipotle, Szechuan, cayenne dan ancho. Pilihan hangat untuk yang berani
mencuba!
Sampul Duit Raya Texas Chicken
Sempena musim perayaan, Texas Chicken juga memperkenalkan set Sampul Duit Raya
dengan lima corak berbeza bertemakan keunikan seni Islam. Set sampul Raya ini
diberi percuma dengan setiap pembelian kombo Ayam 8 Lada atau pembelian
minimum RM20 dalam satu resit bermula dari 7 April 2023. Setiap sampul Raya
disertakan kupon biskut cip coklat atau biskut mentega madu percuma dengan
syarat pembelian yang ditetapkan.
Menurut Pengurus Besar Texas Chicken Malaysia, Tham Yue Foon, "Di Texas Chicken Malaysia, kami sentiasa mendengar permintaan pelanggan kerana sokongan mereka penting untuk kami terus berkembang. Memandangkan Ayam 8 Lada merupakan pilihan kegemaran rakyat Malaysia, kami memutuskan untuk mengembalikan tawaran masa terhad ini sempena Ramadan dan Hari Raya, selain promosi dan diskaun sedia ada - untuk dinikmati semua. Selain itu, sempena bulan Ramadan yang mulia, kami turut menyumbang kepada masyarakat dengan membekalkan 1,500 hidangan Texas Chicken yang disediakan segar kepada rumah kebajikan dan masjid / surau terpilih di sekitar restoran kami untuk buka puasa dan moreh.”
Menu Rahmah Texas Chicken
Texas Chicken memperkenalkan kombo Menu Rahmah pada 7 Mac 2023 yang boleh
didapati setiap hari dari 12 tengah hari hingga 3 petang dalam menyahut usaha
kerajaan Malaysia menurunkan kos sara hidup dengan menawarkan hidangan lengkap
pada harga RM5.
Sempena bulan puasa, Texas Chicken akan menawarkan Menu Rahmah dari 12 tengah
hari hingga 8 malam setiap hari di hampir 90 cawangan Texas Chicken seluruh
negara. Di samping itu, dalam kerjasama eksklusif dengan rakan penghantaran
makanan, Menu Rahmah juga boleh didapati melalui foodpanda sepanjang Ramadan.
“Texas Chicken Malaysia adalah jenama untuk pelbagai lapisan masyarakat di
Malaysia. Kami ingin sentiasa menawarkan pelbagai promosi untuk dinikmati
semua sepanjang tahun. Menerusi tawaran masa terhad Ayam 8 Lada dan Biskut Cip
Coklat ini, serta promosi menu biasa dan platform penjimatan yang lain, kami
berusaha untuk mendekati para pelanggan dan memperluas kumpulan peminat Texas
Chicken,” jelas Tham.
Mengenai Texas Chicken
Diasaskan di San Antonio, Texas pada tahun 1952 oleh George W. Church,
Church’s Chicken, bersama jenama sekutunya, Texas Chicken™ untuk lokasi di
luar Amerika, merupakan salah satu rangkaian restoran khidmat segera
berasaskan hidangan ayam yang terbesar di dunia. Jenama-jenama ini merupakan
pakar dalam menyediakan ayam berperisa Original dan Pedas, yang dimasak segar
sepanjang hari di restoran, biskut mentega-madu yang dibakar segar, serta
hidangan sampingan klasik yang lain.
Church’s Chicken dan Texas Chicken™ memiliki lebih 1,500 lokasi di 24 negara.
Di Malaysia, Texas Chicken™ dimiliki dan dikendalikan oleh Envictus
International Holdings Limited dan mempunyai lebih 90 buah restoran di seluruh
negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Texas Chicken Malaysia, layari
www.texaschickenmalaysia.com