Tony Roma’s Platter Tulang Rusuk & Stik Untuk Buka Puasa - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Tony Roma’s Platter Tulang Rusuk & Stik Untuk Buka Puasa

Trending

Tony Roma’s Platter Tulang Rusuk & Stik Untuk Buka Puasa

Kempen terkini Tony Roma’s, “Tony Roma’s Lah!” kena tepat dengan kehadiran Ramadan dan juga Syawal yang kian hampir. Ia adalah jawapan buat soalan yang kerapkali ditanya untuk mecari tempat berbuka puasa ataupun tempat untuk berkumpul. Kali ini Tony Roma’s memperkenalkan Roma’s Platters untuk berbuka puasa di bulan Ramadhan ini dan juga untuk hari Raya yang akan datang.

Tony Roma’s Platter Tulang Rusuk & Stik Untuk Buka Puasa

Terasa seperti perayaan yang berterusan di Tony Roma’s apabila melihat pelanggan-pelanggan yang datang untuk menikmati tulang rusuk dan stik yang lazat sepanjang tahun. Hidangan-hidangan dengan harga berpatutan direka untuk dikongsi bersama bagi mencipta saat-saat berharga yang cukup sinonim dengan perayaan.

Pintu Tony Roma’s sentiasa terbuka buat pelanggan untuk memastikan apa-apa sambutan menjadi lebih indah dengan memberikan pengalaman makan yang eksklusif tanpa melupakan keselesaan, membuatkan ia sesuai untuk semua ahli keluarga.

“Kami di sini bersedia untuk bersama-sama meraikan detik penting para pelanggan kami, tidak kiralah keraian yang besar mahupun keraian kecil yang menggembirakan hari mereka. Bersama dengan hidangan berpatutan kami yang enak, ia akan menjadi suatu jamuan untuk dinikmati bersama. Kami berharap Tony Roma’s menjadi pilihan tempat makan untuk mecipta memori baharu bersama yang tersayang,” kata Daniel Chan Lek Seong, Ketua Kumpulan Pegawai Eksekutif Revenue Valley Sdn Bhd.


Kempen Tony Roma’s lah Sempena Ramadhan dan Syawal Ini

Tony Roma’s memperkenalkan Roma’s Platter yang baharu untuk dikongsi bersama. Lamb + Soda Tower (RM179.90) datang bersama Australian Lamb Ribs terkenal yang dibakar bersama rencah dan disaluti dengan madu dan plum. Roasted Half Chicken dalam hidangan ini dihidangkan bersama sos mangga salai. Untuk rasa makanan laut, Signature Kickin’ Shrimp yang lazat akan membuatkan pelanggan kecur air liur. Set ini mempunyai hidangan sampingan nasi Mendhi yang harum, brokoli, Crispy Onion Ring, dan Soda Tower 1.5L, sesuai utuk dikongsi bersama sehingga tiga orang. Set ini mengandungi semua hidangan yang terlaris, jadi tiada dilema untuk membuat pesanan.

Roma’s Platter Beef + Soda Towe
Roma’s Platter Beef + Soda Tower (RM199.90)

Roma’s Platter Lamb + Soda Tower
Roma’s Platter Lamb + Soda Tower (RM179.90)


Hidangan ini juga terdapat dalam variasi lain untuk pelanggan yang menggemari daging iaitu Beef + Soda Tower (RM199.90). Roma’s Platter ini datang dengan sajian yang sama, tetapi daging kambing ditukarkan kepada Australian Beef Ribs empuk yang disaluti dengan sos BBQ asli Tony Roma’s untuk menonjolkan rasa daging yang berlemak. Hidangan yang mengenyangkan ini juga boleh dipesan sebagai ala carte (RM105.00). Ia disajikan bersama sup harian sebagai permulaan hidangan dan juga Coca Cola yang boleh diisi semula.

Spicy Chicken Pasta
Combo 2: Australian Lamb Ribs dan Spicy Chicken Pasta (RM89.90)

Australian Beef, Lamb Ribs
Combo 1: Australian Beef Ribs (Rack), Australian Lamb Ribs (RM159.90)

Australian Beef Ribs (Rack) + Bottomless Coke
Australian Beef Ribs (Rack) + Bottomless Coke

Australian Lamb Ribs
Australian Lamb Ribs


Terdapat juga hidangan kombo yang cukup untuk dikongsi berdua. Combo 1 sesuai buat pasangan yang mahu mencuba kedua-dua jenis daging. Kombo ini menawarkan Australian Beef Ribs (Rack), Australian Lamb Ribs (untuk seorang) dan Coca Cola untuk dua orang. Kombo ini juga datang dengan hidangan sampingan yang sama dengan Roma’s Platters. Untuk yang ingin mencuba hidangan pasta, Combo 2 ialah set hidangan mengandungi Australian Lamb Ribs (untuk seorang) dan Spicy Chicken Pasta yang telah digoreng bersama bawang putih, daun basil, tomato pesto dan sedikit cili chipotle. Minuman yang boleh diisi semula juga dihidangkan bersama.

Pelanggan boleh menambah Mendhi Rice (RM6.00) yang dikukus dengan bawang putih dan rempah ratus dan juga Soda Tower (RM14.90) secara ala carte bersama hidangan pilihan masing-masing. Buat penggemar rasa manis, boleh menambah Duo Panna Cotta (RM12.90) sebagai pemanis mulut setelah selesai makan.

Set dan kombo Tony Roma’s Lah! boleh didapati di semua cawangan Tony Roma’s bermula 5 Mac sehingga 31 Mei 2023. Ayuh raikan detik-detik anda bersama kami untuk pengalaman yang asli dan cuba hidangan kami yang menarik. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.tonyromas.com.my

FB @TonyRomasMalaysia IG @trmalaysia Tiktok @trmalaysia
#TonyRomasLah #TimeForTR
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post