Sudah beberapa minggu ni Kak Bell susah sangat nak tidur malam. Dah
bermacam-macam cara Kak Bell buat nak atasi masalah tidur ni seperti minum
susu suam sebelum tidur, mandi air hangat, dan cuba bermeditasi. Namun, tetap
juga tidak berhasil. Orang cakap nak mudah tidur kena kira kambing biri-biri,
tapi entah berapa kandang Kak Bell kira pun tak boleh tidur juga!
Disebabkan tak dapat tidur yang cukup minggu ni menyebabkan Kak Bell rasa
sangat letih, lesu sepanjang hari dan sukar untuk fokus pada kerja. Apatah
lagi nak menulis blog, memang ke Laut China Selatan lah perginya. Entah apa
merapu Kak Bell tulis dalam entri tu. Frust juga dibuatnya sebab tak dapat nak
selesaikan tugas dengan efisien seperti biasa.
Seriously, kalau Kak Bell tak dapat tidur yang cukup memang boleh buat badan
ni rasa cepat letih, lemau macam biskut dan kerap sangat menguap disebabkan
mengantuk keesokan harinya! Kemudian tu, memang berlambaklah kerja yang akan
tertangguh dan tak dapat nak diselesaikan. Tu yang jadi cepat naik angin dan
bertambah-tambah stres.
Tak boleh jadi ni! Kalau dibiarkan berlarutan memang akan beri kesan yang
teruk pada kehidupan dan prestasi kerja Kak Bell. Kawan Kak Bell ada bagi
nasihat, jangan dibiarkan tabiat tidur lewat dan kerap sangat tak tidur sebab
boleh menyebabkan berat badan naik dan paling teruk dapat penyakit seperti
darah tinggi dan boleh dapat serangan jantung. Seriously la! Kak Bell tak nak!
Jadi, Kak Bell nekad nak cari juga solusi dan check balik kenapa susah nak
tidur malam. Setelah buat usul periksa, Kak Bell dapati, punca Kak Bell susah
nak tidur malam mungkin disebabkan oleh kebiasaan buruk yang dilakukan
seharian seperti terlalu banyak menghadap telefon sebelum tidur melayan TikTok
dan minum terlalu banyak kopi di siang hari. Lepas ni memang kena kurangkan la
tengok telefon dan ambil kafein. Kemudian kena plan untuk bersenam dan
bersukan lebih banyak pada siang hari untuk bagi badan penat supaya malam tu
lebih mudah nak tidur.
Harapnya dengan melakukan perubahan kecil dalam rutin harian ni dapat bantu
Kak Bell untuk tingkatkan kualiti tidur Kak Bell setiap hari. Penat ikutkan
kalau hari-hari susah nak tidur malam. Kita ni dah la pagi-pagi nak bersiap
pergi kerja dan menghadap jalan sesak. Kalau mengantuk dan badan tak bertenaga
memang tak boleh nak hadap kerja.
Eskayvie Mindtropic Membantu Lebih Mudah Tidur & Tidur Lebih Nyenyak
Baru-baru ni Kak Bell ada dengar kat radio, ada satu produk keluaran
Eskayvie yang boleh membantu untuk lebih mudah tidur dan dapatkan tidur yang
lebih nyenyak. Produk yang Kak Bell maksudkan adalah Eskayvie Mindtropic.
Eskayvie Mindtropic diformulasikan oleh formulator produk kesihatan terlaris
di Malaysia, Eskayvie Diffenz iaitu Dr Syid Ayob yang berpengalaman lebih 30
tahun dalam bidang perubatan. Waktu PKP lepas, Eskayvie Diffenz dapat
permintaan yang sangat tinggi dalam kalangan rakyat Malaysia untuk
tingkatkan antibodi badan melawan serangan virus dan ramai yang berikan
respon yang positif selepas mengamalkannya.
Eskayvie Mindtropic dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan 100% semula
jadi untuk membantu menyokong kesihatan minda dan memudahkan penggunanya
mengatasi masalah susah tidur serta mendapatkan tidur yang nyenyak.
Kelebihan Eskayvie Mindtropic
- 100% Bahan Semula Jadi
- Rasa Tropika Yang Enak
- Tanpa Perasa & Pewarna Tiruan
- Tanpa Gula Tambahan
- Pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award
Manfaat Eskayvie Mindtropic
Di bawah ni adalah manfaat yang korang boleh dapat sekiranya mengamalkan Eskayvie Mindtropic.- Mengatasi gejala Brain Fog (kabut otak)
- Merangsang perkembangan sel otak
- Menguatkan memori
- Lebih fokus dan meningkatkan daya tumpuan
- Menjadikan mood & emosi lebih terkawal
- Membantu dapatkan tidur yang lebih lena
- Menjadikan lebih ceria & gembira
- Meningkatkan kesihatan tulang & otot
Selain daripada membantu untuk lebih mudah tidur dan dapatkan tidur yang
lebih nyenyak, banyak jugakan manfaat lain Eskayvie Mindtropic ni.
Bahan Utama Eskayvie Mindtropic
Eskayvie Mindtropic menggunakan 5 bahan utama yang memberikan kebaikan dan
manfaat yang banyak kepada penggunanya. Di bawah ni Kak Bell senaraikan 5
bahan utama Eskayvie Mindtropic.
1. PHOSPHATIDYLSERINE
- Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. Tapi faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi dan menjejaskan kesihatan minda.
- Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA dari usia asal.
- Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir pada tahap optima.
2. ASHWAGANDHA KSM-66
- Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.
- Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).
- Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.
- Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.
3. BACOPA MONNIERI
- Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong tiga komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.
- Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.
- Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.
4. MAGNESIUM
- Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan bagi melindungi otak.
- Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.
- Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).
5. SELENIUM
- Tinggi kesan antioksidan dan anti-radang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.
- Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.
Cara Pemakanan Eskayvie Mindtropic
- Eskayvie Mindtropic adalah tablet kunyah yang lazat dan sesuai diambil tanpa air.
- Bagi orang dewasa 18 tahun ke atas, disyorkan untuk mengambil 1 tablet, 2 kali sehari selepas makan.
- Bagi kanak-kanak berumur 13-17 tahun disyorkan mengambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.
- Cara penyimpanan: simpan di bawah suhu 30C dan terlindung daripada cahaya kelembapan.
Respon Pengguna Berkaitan Eskayvie Mindtropic
Di bawah ni antara respon pengguna yang dah cuba dan amalkan Eskayvie
Mindtropic dalam kehidupan seharian mereka. Banyak perubahan positif yang
mereka dapat selepas amalkan setiap hari.
Eskayvie Mindtropic bukan setakat bantu mudah tidur, malah ia membantu
mengawal anxiety dan mental breakdown.
Kalau dahulu susah nak bangun pagi tetapi kini selepas amalkan Eskayvie
Mindtropic jadi mudah nak bangun pagi dan dapat tidur yang lebih lena
berbanding sebelum ni. Bila dapat tidur yang lena badan jadi lebih
bertenaga selepas bangun tidur dan lebih ceria untuk mulakan aktiviti
seharian.
Selepas mengamalkan Eskayvie Mindtropic, morning anxiety dah tiada dan
tidur lebih lena berbanding sebelum ini. Bangun pagi pun dah tak
stres-stres lagi dan lebih produktif dan bertenaga setiap hari walau pun
meeting sana sini.
Jom kita ikuti perkongsian daripada Encik Syukri, 32 tahun yang mengalami
masalah sukar tidur malam. Disebabkan masalah ini, beliau cepat letih,
susah nak fokus, panic attack dan anxiety.
Alhamdulillah! Syukur. Kini beliau dapat tidur yang berkualiti, badan rasa
segar dan fokus dalam menjalani kehidupan seharian.
Eskayvie Mindtropic diformulasikan daripada bahan Nootropik dan Adaptogen
seperti Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66, Bacopa monnieri, Selenium
dan Magnesium dapat membantu mengawal stres, meningkatkan fokus dan
memberi tidur lebih lena.
Bangkitkan Mood Positif Setiap Hari Dengan Eskayvie Neuscential Calme
Nak lebih mudah tidur dan tidur lebih nyenyak setiap malam? Korang boleh
cuba dapatkan produk terbaharu daripada Eskayvie iaitu Eskayvie
Neuscential Calme yang boleh digunakan bersama-sama Eksayvie Mindtropic.
Eskayvie Neuscential Calme ni adalah semburan aromaterapi yang boleh bantu
korang tidur lebih nyenyak pada waktu malam.
Di bawah adalah antara kebaikan Eskayvie Neuscential Calme:
- Meningkatkan rembesan hormon yang penting untuk memberi kesan menenangkan
- Mengurangkan keradangan pada badan termasuklah pada saraf
- Mengurangkan stres
- Meningkatkan tenaga dan fungsi badan
- Mempunyai kesan sedatif untuk membantu masalah insomnia
- Membantu merendahkan stress dan kawal selera makan
- Mengurangkan symptom berkaitan gangguan tidur dan kepenatan serta meningkatkan kualiti kehidupan
- Membantu untuk tidur lebih lena
- Membantu mengurangkan simptom anxiety dan depresi
Jadi, korang yang ada masalah susah nak tidur waktu malam atau selalu
tidur tak lena tu boleh la dapatkan Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie
Neuscential Calme ni untuk lebih mudah tidur dan tidur lebih lena setiap
malam. Bau Lavender dia memang best sangat!
Kak Bell pun kena dapatkan juga untuk atasi masalah susah tidur Kak Bell.
Walau pun sedar kopi antara punca Kak Bell susah nak tidur malam tapi
kalau tak minum kopi sehari tu memang tak boleh hehe…
Korang yang berminat nak cuba Eskayvie Mindtropic dan Eskayvie Neuscential
Calme ni boleh dapatkannya di laman web dan media sosial rasmi Eskayvie di
bawah.
WEBSITE
INSTAGRAM
FACEBOOK
#EskayvieMindtropic #JanganStresStres