Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI 2023 Musim Ke-3 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI 2023 Musim Ke-3

Trending

Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI 2023 Musim Ke-3

MAGGI mengukuhkan komitmen syarikat untuk memperkasakan wanita dan pemilik perniagaan kecil menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI 2023 Musim Ke-3 (‘PMWCBM’). Sejak mula dilancarkan pada tahun 2020, program ini telah berjaya memberi impak kepada lebih 3,500 orang wanita di seluruh negara.

Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI 2023 Musim Ke-3

Sempena Hari Wanita Antarabangsa 2023, MAGGI mengumumkan edisi ketiga PMWCBM dengan usaha sama tiga buah syarikat gergasi teknologi – Google, Meta dan TikTok untuk menawarkan bengkel peningkatan kemahiran dan Masterclass dengan tumpuan terhadap penghasilan kandungan untuk media sosial, perkembangan peribadi dan strategi untuk mengembangkan perniagaan makanan.


Juara Musim Lalu Program Wanita Cukup Berani MAGGI

Juara Resipi Berani MAGGI Musim Pertama

Kehidupan Nur Hidayah berubah pada 2021 apabila beliau menyertai Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI dan akhirnya muncul sebagai juara dalam siri realiti Resipi Berani MAGGI Musim Pertama. Melalui sesi bimbingan peribadi selama lapan minggu bersama Mentor Anne Idris, Hidayah berjaya mengubah strategi perniagaannya. Dalam masa setahun, hasil jualan Hidayah meningkat dari bawah RM1,000 sebulan ke RM6,000 sebulan, Satu pencapaian yang cukup membanggakan.

Juara Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2


Memiliki Sindrom Blepharophimosis atau kelopak mata tidak normal sejak kecil menyebabkan Syahidah selalu merasa rendah diri dan malu. Namun kini, beliau menjadi lebih yakin sejak dinobatkan sebagai juara Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2. Mengambil keputusan untuk keluar dari zon selesa, Syahidah memulakan perniagaan pertamanya iaitu NSA Cookies dan terkini, Syahidah's Food.

Majlis Pelancaran Program Wanita Cukup Berani MAGGI Musim Ke-3

Di majlis pelancaran Program Wanita Cukup Berani MAGGI® Musim Ke-3, YB Dato’ Sri Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), berkata, "Tema Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini, #EmbraceEquity, adalah selaras dengan matlamat Kementerian untuk menggalakkan penyertaan wanita secara aktif sebagai tenaga kerja. Usaha untuk meningkatkan kemahiran wanita dan masyarakat terpinggir dengan kemahiran digital akan memberikan peluang pendapatan yang baharu, seterusnya merapatkan jurang kesaksamaan gender. Kesaksamaan gender memerlukan penglibatan, kerjasama dan sokongan daripada pelbagai pihak yang berkepentingan. Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada usaha sama antara sektor awam dan swasta ini. MAGGI® akan berkolaborasi dengan Kementerian dalam usaha capaian komuniti di peringkat akar umbi dengan tumpuan terhadap kumpulan B40. Program ini akan menyediakan bengkel peningkatan kemahiran dan inisiatif untuk membantu mereka memanfaatkan ekonomi digital.”
Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI 2023 Musim Ke-3

Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI 2023 Musim Ke-3


Nestlé meraikan Hari Wanita Antarabangsa setiap tahun untuk menandakan pencapaian dan kejayaan wanita di seluruh dunia. Menurut Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif Nestlé (Malaysia) Berhad “Kami menyedari akan kemajuan yang dicapai oleh wanita setakat ini disamping memperbaharui komitmen untuk terus membawa perubahan yang positif ke arah membina kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman untuk seluruh komuniti di Malaysia. Dengan ketibaan era pendigitalan, Nestlé menerusi MAGGI®, menggalakkan kesaksamaan gender dengan meningkatkan kemahiran dan memperkasakan wanita dalam dunia digital. Kami berusaha untuk membantu wanita membina keyakinan diri dan menyumbang kepada kedudukan kewangan yang lebih baik untuk mereka.”

Berikutan peningkatan pengaruh media sosial dan pertumbuhan landskap digital, para pempengaruh media sosial (influencer) dan pencipta kandungan (content creator) memainkan peranan penting dalam capaian jenama. Terdapat peluang yang besar menanti wanita Malaysia untuk menjana pendapatan yang mampan daripada kandungan berasaskan makanan dan memajukan perniagaan makanan mereka dengan kemahiran dan keupayaan digital. MAGGI® mengambil langkah yang seterusnya untuk menambahbaik Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® menerusi usaha sama dengan peneraju digital terkemuka dunia seperti Google, Meta dan TikTok.

Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI tahun ini memperkenalkan sebuah modul dalam talian yang baharu untuk para peserta yang mahu memulakan perjalanan mereka sebagai pencipta kandungan berasaskan makanan, sama ada sebagai individu atau pemilik perniagaan.


Masterclass: Pempengaruh Makanan dan Pencipta Kandungan bersama MAGGI®

Peserta juga diberi peluang untuk menyertai Masterclass: Pempengaruh Makanan dan Pencipta Kandungan bersama MAGGI®. Para pakar dari Google, Meta and TikTok berkongsi panduan, nasihat dan amalan terbaik tentang penghasilan kandungan, manakala pempengaruh yang sudah berjaya pula berkongsi kisah mereka untuk memberi inspirasi kepada para peserta. Selepas proses pemilihan yang ketat, seramai 21 orang pemenang akan dipilih untuk menerima kontrak daripada MAGGI® untuk menyertai program bimbingan eksklusif bagi menjadi pencipta kandungan media sosial berasaskan makanan.

Penyanyi Erni Zakri
Erni Zakri menyanyikan lagu tema Cukup Rasa
Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI® di Nestlé (Malaysia) Berhad berkata, “Ketika kita semakin maju ke hadapan bagi menyokong wanita dalam usaha untuk meningkatkan kemahiran, kita perlu sentiasa berusaha untuk menjadi lebih baik dan membuat perubahan, tidak kira sekecil mana usaha kita. Kita perlu sentiasa bertanya kepada diri sendiri, ‘Apa perubahan anda hari ini?’. Kami yakin bahawa menerusi Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI®, kami akan dapat meneruskan usaha dalam menggalakkan wanita untuk melakukan perubahan positif, sejajar dengan semangat ‘Tak Kenal, Tak Cinta’ MAGGI® CukupRasa.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI® 2023, layari https://www.maggi.my/en/maggi-happenings/maggi-cukup-rasa/

maggi cukup rasa resepi, lirik lagu maggi cukup rasa, maggi semangat membara, maggi me,Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI 2023,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post