Tourism Selangor akan membawakan “Pusing Selangor Dulu Travel Trail” sebagai
tema bagi Pameran MATTA 2023 yang bertempat di Pusat Perdagangan & Pameran
Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dari 17-19 Mac 2023.
Tourism Selangor merealisasikan keseronokan di tengah kota. Menyedari impak
produk pelancongan yang berpotensi untuk dibawa ke luar negara dan
dipromosikan di dalam negara, Negeri Selangor, melalui agensi promosi
pelancongan rasminya.
Penglibatan Tourism Selangor dalam Pameran MATTA kali ini akan terus
mempromosikan tarikan di Selangor melalui kempen promosi pelancongan
domestiknya. Diantara rakan strategik yang terlibat dałam MATTA Fair 2023
adalah Gamuda Land (GL Play) serta produk pelancongan utama lain seperti
Chocolate Museum, Eastin Hotel, Jumpstreet Asia, Cyberview Resort & Spa,
Go Selangor, Park Inn by Radisson Putrajaya, Wet World Shah Alam, MAEPS
Serdang (MARDI Corporation Sdn Bhd), Farm in the City, Selangor Fruit
Valley, G2G Animal Garden, Persatuan Kemajuan Pelancongan Sekinchan dan Sky
Mirror, serta Majlis Perbandaran Kuala Langat dan Hulu Selangor.
Sejajar dengan kempen “Inilah Masanya, Cuti-Cuti Malaysia”, Pusing Selangor
Dulu Travel Trail akan mempamerkan pengalaman mengembara bersama pengunjung
di Pavilion Selangor melalui aktiviti interaktif seperti:
- menaiki trak safari
- demonstrasi pembuatan coklat
- pameran kayak dan rakit
- demonstrasi trampolin
- Food testing
- pameran set hidroponik
- demonstrasi pembuatan sushi
- demonstrasi sawah padi
Menjangkakan lebih 150,000 pengunjung semasa Pameran MATTA tahun ini,
pengunjung berpeluang merebut baucar pelancongan bernilai sehingga RM 2,000
melalui peraduan TikTok Pavilion Selangor. Untuk butiran lanjut, semak media
sosial rasmi Tourism Selangor.