Lagu Sahara, Judul Lagu Tiara Dalam Versi Hindi - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Lagu Sahara, Judul Lagu Tiara Dalam Versi Hindi

Trending

Lagu Sahara, Judul Lagu Tiara Dalam Versi Hindi

Lagu Sahara, Judul Lagu Tiara Dalam Versi Hindi | Lagu TIARA ciptaan M.Nasir yang popular pada tahun 90-an oleh kumpulan KRIS telah mendapat perhatian sekali lagi apabila dirakam semula oleh penyanyi Indonesia, Raffa Affar dan kemudian P. Radhi dalam versi P.Ramlee pada tahun 2022.

Lagu Sahara, Judul Lagu Tiara Dalam Versi Hindi

Memandangkan sambutan yang sangat hangat kepada lagu Tiara, Luncai Emas menerima idea dan cadangan daripada Wan Dillhanaridz, penggubah lagu Tiara ala P. Ramlee untuk menerbitkan lagu TIARA dalam versi Hindi pula.

Menurut Wan, "Saya mencadangkan Tiara dirakam dalam versi Hindi kerana saya amat yakin lagu Tiara sangat sesuai diadaptasikan ke irama Hindi kerana melodinya sangat indah. Saya menggubah lagu Tiara mengikut muzik era 90-an lagu - lagu hit Hindi. Susunan muzik ini mengambil masa dalam 4 hari untuk mendapatkan intro dan interlude lagu bagi mendapatkan mood Hindi. Setelah dipersembahkan rakaman awal kepada rakan – rakan Hindi terdekat serta peminat tegar lagu – lagu Hindi, saya mendapat feedback yang sangat memberangsangkan. Mereka rasa apabila mendengar lagu ini ianya adalah muzik yang dirakam di India."


SAHARA itulah judul diberikan untuk lagu Tiara dalam versi Hindi. Wan memilih lagu SAHARA untuk dinyanyikan secara duet. SAHARA ini sesuai untuk didendangkan secara duet kerana ia mempunyai 3 interlude seperti lagu – lagu Bollywood lain’’ – Kata Wan.

Penyanyi yang dipilih oleh Wan adalah 2 orang penyanyi Nadia Fharshah & Amirul Fadzuan yang aktif di Tiktok menyanyikan lagu – lagu Hindi dalam kandungan kreatif mereka di sosial media. Mereka banyak meraih sokongan untuk persembahan lagu – lagu Hindi mereka.

"Nadia perlu sampaikan emosi Tiara itu sendiri ketika rakaman kerana Nadia seorang yang ceria dan suka ketawa... Apabila bawa lagu SAHARA ini adalah sedikit mencabar untuk Nadia. Nadia mengharapkan semua yang mendengar dapat rasa apa yang cuba disampaikan," jelas Nadia.
Bagi Amirul pula "SAHARA mempunyai aliran melodi yang tenang, sedih dimana ia berubah mengikut irama yang dihasilkan. SAHARA entah bagaimana sejajar dengan jiwa dan saya berasa begitu terhubung dengannya apabila saya menyanyikan lagu ini. Terima kasih kepada Luncai Emas kerana memberi peluang yang indah dan tidak lupa rakan duet saya Nadia, juga kepada Abang Wan".


Apabila diusulkan cadangan Sahara, oihak Luncai Emas mendengar gubahan awal daripada Wan, mereka amat kagum kerana Tiara diadaptasi dan digubah seakan ianya adalah satu lagu original Hindi. Justeru, cadangan itu dipersetujui kerana sememangnya Tiara satu lagu viral pada tahun 2022 yang telah dirakam dalam pelbagai versi.

Luncai Emas berharap SAHARA bukan sahaja dapat diterima di kalangan orang Melayu tetapi juga di kalangan pendengar – pendengar Hindi dan bukan sahaja tempatan malah pendengar – pendengar luar negara.

Untuk peminat lagu Hindi boleh dengarkan audio penuh SAHARA oleh Nadia Fharshah & Amirul Fadzuan di semua saluran digital seperti Spotify, Apple Music, Deezer, KKBOX dan Itunes Store sementara muzik video akan dilancarkan di youtube Luncai Emas tidak lama lagi.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post