Memeriahkan lagi kerancakan festival membeli-belah sempena persediaan sambutan
Syawal, buat julung kalinya Hoorrey X Fest Raya bakal dianjurkan dengan
menyaksikan penglibatan seramai 100 artis popular tanah air. Festival ini juga
akan menyaksikan cubaan penganjur untuk mengadakan sebuah acara membeli-belah
terbesar dalam tempoh 72 jam tanpa henti.
Penganjuran Hooray X Fest Raya akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Kuala
Lumpur (WTCKL) bermula pada 19 hingga 21 April ini. Festival tersebut juga
telah mendapat kerjasama penuh dari Kelab Usahawan Selebriti Malaysia (KUSM)
serta Artist Corner.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Asia Global Entertainment (International) Sdn Bhd, Datuk Mohammad Alif Hakim, “Matlamat kami menerusi Hoorrey X Fest Raya ini adalah memberi peluang kepada rakan-rakan artis tempatan termasuk mana-mana peniaga lain untuk sama-sama berniaga di tapak yang telah kami sediakan."
“Umum tahu, saban tahun pada bulan Ramadan, banyak festival seumpamanya dianjurkan. Namun kami percaya, Hoorrey X Fest Raya juga mampu menarik ramai pengunjung dan memberi pilihan buat mereka untuk membeli-belah pelbagai barangan terutama persiapan menjelang hari raya nanti."
“Sebab itu, kami buka ruang perniagaan dan pengalaman membeli- belah selama 72 jam tanpa henti buat pengunjung di festival ini yang mungkin mahu mencari
keperluan raya di saat-saat akhir,”katanya.
Selain itu, ditanya mengenai sasaran menganjurkan festival yang akan
berlangsung selama 72 jam tanpa henti, kata Mohammad Alif, pihaknya tidak
berhasrat untuk bersaing dengan mana-mana pihak yang mungkin sebelum ini
pernah menganjurkan festival seumpamanya.
“Tiada istilah mahu bersaing dengan mana-mana pihak. Kami cuma mahu memberi peluang kepada para usahawan termasuk artis dan selebriti untuk menjalankan perniagaan masing-masing tanpa had masa selama tiga hari ia diadakan."
“Malah, dari satu perspektif lain, Hoorrey X Fest Raya juga akan menjadi medan pilihan di mana pelanggan dan pengunjung dapat membeli-belah sakan sempena hari raya di samping berpeluang merasai pelbagai acara menarik yang disediakan di sini."
“Saya melihat festival ini sebagai satu peluang dan platform untuk semua orang
berniaga bersama-sama kami di tapak dan kemudahan yang disediakan,”katanya.
100 Usahawan Selebriti Popular Sertai Hoorrey X Fest Raya 2023
Berkongsi lebih lanjut, sambutan daripada rakan-rakan artis dan selebriti yang
mahu berganding bahu menjayakan festival ini juga amat menggalakkan.
Antara rakan artis yang terlibat termasuk Lann A To Z, Wan Scoin, Jaafar Onn,
Ayie Floor 88, Amer Forteen, Elyana, Aidil Aziz, Risteena, Izzue Islam, Rina
Eva, Anne Abdullah, Farah Wahida, Car Farish, Ayu Damit, Soffi Jikan, Rahmat
Mega, Sasha Aziz dan ramai lagi.
Sempena penganjuran Hoorrey X Fest Raya ini juga, pelbagai acara menarik turut
akan diselitkan dan itu termasuk program Infaq Ramadan Hoorrey yang berbentuk
jamuan berbuka puasa, moreh, sumbangan kelengkapan dan duit raya serta program
sahur teramai di WTCKL.
“Ia juga menjadi antara acara yang paling ditunggu-tunggu kerana belum ada lagi program seumpamanya diadakan di tapak festival. Kami mahu semua orang hadir untuk bersama-sama merasai sendiri pengalaman bersahur beramai-ramai di WTCKL nanti.“Ia juga akan menjadi satu daripada sasaran kami untuk tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR). Justeru, mana-mana syarikat, GLC, NGO, orang perseorangan yang ingin turut serta menyumbang amat kami alu-alukan,” katanya.
Sehubungan itu, pihak penganjur menyeru dan membuka peluang buat semua
usahawan dan peniaga yang berminat untuk bersama-sama menyertai dan
memeriahkan lagi Hoorrey X Fest Raya yang turut menawarkan sewa tapak pada
harga terendah iaitu RM1,500.
Selain itu, Hoorrey X Fest Raya turut berbesar hati dan membuka peluang buat
mana-mana pihak yang mahu menjadi penaja bersama festival ini. Untuk
sebarang maklumat lanjut, hubungi Boy (011-3573 3060), Zai (010-2620078) dan
Shawn (011-5550 5017).
Tags:
Event & Review