Galah Gala Seafood Restaurant TTDI Tawar Menu Galah Raya Untuk Buka Puasa | Bella Jamal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Galah Gala Seafood Restaurant TTDI Tawar Menu Galah Raya Untuk Buka Puasa | Bella Jamal

Trending

Galah Gala Seafood Restaurant TTDI Tawar Menu Galah Raya Untuk Buka Puasa | Bella Jamal

Restoran Galah Gala Seafood by Green View yang terletak di TTDI, Taman Tun Dr Ismail kini menawarkan menu istimewa Galah Raya untuk bulan puasa yang akan datang. Selain sebagai bulan penuh berkah, Ramadhan juga menjadi momen untuk memperkuat ikatan dengan keluarga dan teman-teman melalui tradisi berbuka puasa bersama. Untuk menambah kebersamaan di waktu berbuka, apa kata anda cuba menu special Galah Raya di sini.

Galah Gala Seafood Restaurant TTDI Tawar Menu Galah Raya Untuk Buka Puasa

Restoran ini dimiliki oleh pemilik Restoran Green View yang popular di kalangan peminat seafood khususnya masayarakat Cina. Restoran Green View terletak di Seksyen 19, Petaling Jaya dan telah beroperasi selama 25 tahun sejak tahun 1993. Melalui misi memperkenalkan menu masakan authentic Cina kepada masyarakat Melayu-Islam, Galah Gala Seafood TTDI ditubuhkan.

Restoran Galah Gala Seafood TTDI adalah restoran seafood yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dengan status no pork dan no alcohol. Restoran ini menyajikan hidangan seafood segar dengan cita rasa yang khas dan semua bahan masakan adalah handmade dari dapur Restoran Galah Gala Seafood.

Atmosfera di dalam restoran ini amatlah selesa dan eksklusif dengan susunan kerusi dan meja yang kemas dan tersusun. Pelanggan juga boleh memilih sama ada untuk menikmati hidangan di bahagian luar, dalam restoran atau di dalam bilik khas untuk lebih privasi.

Galah Gala Seafood Restaurant TTDI

Galah Gala Seafood Restaurant TTDI

Galah Gala Seafood Restaurant TTDI

Galah Gala Seafood Restaurant TTDI

Untuk bahagian luar, ia lebih terbuka dan menggunakan konsep yang menyerupai tepi pantai. Manakala untuk bilik privasi, tempahan makanan dengan minimum RM1200 perlu dibuat terlebih dahulu. Walaupun restoran ni adalah tiada pork dan juga tiada alcohol, sumber bahan makanan adalah dari pembekal yang ada persijilan halal. Mereka juga tidak membenarkan pelanggan membawa minuman beralkohol dari luar untuk minum di sini.


Set Galah Raya Restoran Galah Gala TTDI

Bagi menu buka puasa kali ini Restoran Galah Gala menampilkan beberapa set menu Galah Raya yang boleh dipilih dan dinikmati oleh pengunjung yang memilih untuk berbuka di sini. Set mereka terdiri dari menu untuk 4 pax, 6 pax dan 10 pax.

set Galah Raya Galah Gala Seafood

Set 4 Pax
Normal RM468 nett
Set 6 Pax
Normal RM795 nett
Set 10 Pax
Normal RM1355 nett

Kak Bell telah cuba menu Galah Raya set 6 Pax. Semua hidangan memang kena dengan citarasa Kak Bell. Mana tidaknya, untuk kekalkan rasa authentic masakan Cina mereka telah berekperimentasi dahulu menggunakan bahan lain seperti tidak menggunakan alkohol wine dalam masakan supaya boleh dinikmati oleh orang Islam.

Galah Gala Seafood Restaurant TTDI

Restoren ini yang specialized dengan udang galah seperti namanya Galah Gala, udang galah di sini diimport dari India dan menawarkan udang galah gred U2 (extra large) dan U3 (large). Kiranya saiz udang U2 dan U3 ni adalah paling besar dari segi saiz. Jom tengok menu apa yang Kak Bell dah cuba!

Udang Galah U3 Dried Chilli

Udang Galah U3 Dried Chilli

Ikan Siakap Masak Kapitan (Siakap segar 1.2kg)

Ikan Siakap Masak Kapitan

Ayam Goreng Serai

Ayam Goreng Serai

Grilled Sotong with Homemade Chilli

Grilled Sotong with Homemade Chilli

Sayur Brokoli Cendawan

Sayur Brokoli Cendawan

Sup Ayam Jagung Dan Lobak
 
Sup Ayam jagung lobak


Hidangan di Meja Buffet
Sepanjang bulan ramadhan nanti, selain set menu turut dihidangkan beberapa hidangan yang diletakkan di atas meja buffet. Ianya adalag free flow. Antaranya seperti sup, kuih-muih, kurma dan buah-buahan.

kurma dan kuih muih

buah buahan dessert


Harga Early Bird Set Galah Raya

Untuk bulan puasa bermula 29.3.2023 hingga 19.4.2023, Restoran Galah Gala Seafood TTDI akan di buka setiap hari berbanding masa operasi biasanya tutup pada hari Selasa. Buat peminat seafood yang nak cuba menu set Galah Raya, pra tempahan boleh dibuat bemula dari 1.2.2023 sehingga 28.3.2023 dengan harga diskaun 10% daripada harga asal.

Harga Early Bird Set Galah Raya

Set 4 Px
Normal RM468 nett
Early bird RM421.20

Set 6 Pax
Normal RM795 nett
Early bird RM715.50

Set 10 Pax
Normal RM1355 nett
Early bird RM1219.50

Mudah sahaja nak cari Galah Gala Seafood Restaurant ni. Cari sahaja bangunan AHP TTDI di area Maybank sana. Memang tak akan kecewa bila anda semua cuba makan kat sini✌️ sebab semuanya sedap. Kak Bell recommend untuk cuba menu Siakap Masak Kapitan, Udang Cili Kering dan menu signature lainnya seperti Signature Sang Har Noodle, Salted Egg Fried Squid, Yuan Yang Hong Kong Kailan dan lain-lain.

Selamat berpuasa dan menjamu selera di sini nanti!

Galah Gala Seafood Restaurant
L-3-2, Level 2, TT Gardens, Bangunan Ahp,
Jalan Tun Mohd Fuad 3,
Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur.

Waktu Operasi:
11am-3pm
5:30pm-10pm
(Untuk hari biasa akan tutup setiap hari Selasa)

Tempahan dan pertanyaan boleh hubungi :
Tel : 014-9304513
Facebook : https://www.facebook.com/galahgala.ttdi
Instagram : https://www.instagram.com/galahgala_seafoodrestaurant

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post