20 Destinasi Kota Dan Pinggir Pantai Jadi Tarikan Percutian Rakyat Malaysia Tahun 2023 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 20 Destinasi Kota Dan Pinggir Pantai Jadi Tarikan Percutian Rakyat Malaysia Tahun 2023

Trending

20 Destinasi Kota Dan Pinggir Pantai Jadi Tarikan Percutian Rakyat Malaysia Tahun 2023

Kota metropolitan Asia menawarkan pelbagai jenis hiburan untuk semua peringkat umur merupakan destinasi idaman oleh keluarga Malaysia yang ingin bercuti di luar negara tahun ini, didahului oleh dua bandar raya di Thailand iaitu Hat Yai dan Bangkok, dan diikuti oleh Singapura, Tokyo dan Taipei. Berikut adalah 20 destinasi kota dan pinggir pantai jadi tarikan percutian rakyat Malaysia tahun 2023.

Destinasi Percutian Pilihan Tahun 2023


Destinasi Percutian Domestic:
  1. Kuala Lumpur
  2. Pulau Pinang
  3. Melaka
  4. Langkawi
  5. Cameron highlands
  6. Kota Kinabalu
  7. Johor Bahru
  8. Ipoh
  9. Port Dickson
  10. Genting Highlands

Destinasi Percutian International/Antarabangsa:
  1. Hat Yai
  2. Bangkok
  3. Singapura
  4. Tokyo
  5. Taipei
  6. Phuket
  7. Bali
  8. Krabi
  9. Seoul
  10. Osaka



Menurut data carian platform percutian digital Agoda, tujuh daripada sepuluh destinasi antarabangsa yang mendapat carian tertinggi untuk percutian di tahun 2023 oleh golongan berkeluarga adalah bandar-bandar besar. 

Syurga pantai tropika turut menjadi idaman para pelancong, dengan Phuket (#6), Bali (#7) dan Krabi (#8) mendapat tempat di dalam senarai destinasi percutian keluarga yang mendapat carian tertinggi.

Sementara itu, destinasi domestik yang menjadi pilihan untuk percutian keluarga Malaysia adalah Kuala Lumpur (#1), Pulau Pinang (#2) dan Melaka (#3). Destinasi percutian lain dengan udara nyaman seperti Cameron Highlands (#5) dan Genting Highlands (#10) juga menarik perhatian pelancong keluarga Malaysia.


Rakyat Malaysia menghargai masa yang diluangkan bersama-sama keluarga, dan dengan bercuti, ia memberikan peluang untuk mengukuhkan ikatan sesama ahli keluarga sambil menikmati makanan, pemandangan dan aktiviti baharu.

Dalam percutian keluarga, tiada satu tempat penginapan yang dapat memenuhi keperluan semua pihak. Sesetengah keluarga lebih menggemari Agoda Homes yang menawarkan kemudahan dapur atau ruang tamu tambahan yang dapat menampung kumpulan keluarga, manakala yang lain pula lebih menggemari hotel dengan kelab kanak-kanak, khidmat mengasuh bayi atau bilik bersambung yang mesra keluarga. 

Proses tempahan Agoda yang mudah dapat memenuhi keperluan semua - membantu semua pelancong berkeluarga untuk mencari hotel atau inap desa yang ideal untuk percutian anda.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post