Resepi Nugget Ayam Mudah, Buat Sendiri Secara Homemade! - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Nugget Ayam Mudah, Buat Sendiri Secara Homemade!

Trending

Resepi Nugget Ayam Mudah, Buat Sendiri Secara Homemade!

Resepi Nugget Ayam Mudah, Buat Sendiri Secara Homemade! | Korang suka makan nugget? Nugget antara makanan segera yang menjadi snek kegemaran semua orang, tidak kira kanak-kanak mahupun golongan dewasa. Cara penyediaan pun senang, beli nugget frozen di pasar raya dan goreng sendiri di rumah. Kalau ke pasaraya, confirm akan ambil nugget ayam buat stok kan!

Resepi Nugget Ayam

Sekarang ni pun dah ada macam-macam jenama nugget. Nugget ayam brand apa yang sedap yang korang suka ya? Kak Bell suka brand Farm Best dan jenis tempura. Apa kata kalau korang buat sendiri nugget homemade yang lebih sihat dan boleh juga letak sayur dalam tu.

Resepi nugget ayam pun pelbagai. Ada resepi nugget ayam guna roti, resepi nugget ayam roti gardenia dan tanpa roti pun ada. Boleh aje cuba mana-mana resepi dan paling penting kena rajin lah ye. Macam Kak Bell yang malas ni, sis kongsikan 2 buah resepi cara buat nugget ayam hasil perkongsian di laman Facebook.


Resepi Nugget Ayam Homemade Dengan Sayuran

dikongsikan oleh Nora Zi di Facebook

Nugget Ayam Mudah

Bahan-bahan :
1 ketul dada ayam blend kering
1 sudu lada hitam blen kering
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 biji telur
Garam aji secukup rasa
daun sup
3 sudu tepung gandum
2 sudu tepung pulut

Cara Membuat Nugget Ayam:
1. Blend semua bahan dan tuang air sedikit untuk mengisar.
2. Tuang bahan blend tadi ke dalam bekas.
3. Masukkan tepung gandum + tepung pulut. Kalau cair lebihkan lagi tepung gandum untuk pekatkan.
4. Gaul rata dan tambahkan hirisan daun sup dan sebagainya.

acuan nugget homemade

5. Setelah siap digaul, masukkan ke dalam loyang dan kukus sampai jadi kental. Kukus dalam 10 hingga 15 minit.
6. Potong bahan kukus tadi ikut kesukaan masing-masing. Boleh juga guna acuan kuih love atau bentuk star.

nugget ayam buat sendiri

7. Celupkan dengan telur dan taburkan serbuk nugget atau tepung goreng ayam atau tepung roti pun boleh.
8. Golek rata dan goreng hingga masak dengan api sederhana panas.

Kalau mahu frozenkan, goreng setengah masak kemudian sejukkan dulu baru simpan ke dalam freezer.


Resepi Nugget Ayam Guna Roti

dikongsikan oleh El Musliha Katiman di Facebook

Resepi Nugget Ayam Guna Roti

Bahan A
500gm dada ayam
5 keping roti putih
1 gelas susu segar

Bahan B
3 ulas bawang putih (cincang/kisar)
1 biji bawang merah (cincang/kisar)
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
1/2 sudu teh oregano kering
1/2 sudu teh thyme kering
* Tak perlu letak bahan pengawet/serbuk perasa tiruan/msg/ajinomoto

Bahan C (bread crumb)
2 sudu tepung gandum
1 sudu makan tepung beras
1 Telur ayam
Serbuk roti /bread crumb


Cara buat nugget ayam:
1. Buang kulit, buang tulang dan bersihkan. Potong kecil dan cincamg halus. Untuk mudah boleh guna food processor.
2. Potong kecil-kecil roti atau koyak-koyakkan roti. Tuangkan susu ke atas roti dan biarkan seketika supaya mesra dan kembang. Roti sebagai agen pelekat.

resepi nugget ayam roti gardenia

3. Hancur-hancurkan bancuhan roti dan susu tadi hingga lumat
4. Campurkan semua sekali ayam + bancuhan roti + bahan perasa.

resepi nugget ayam frozen

5. Uli dan gaul semua bahan campuran higga hasilnya sebati.
6. Apu sedikit minyak pada loyang dan masukkan bahan bancuh tadi.
7. Kukus bahan 25 – 30 minit. Kemudian matikan api dan biarkan sejuk.

nugget ayam buat sendiri

8. Sedia dipotong bila dah sejuk. Boleh potong ikut suka.
9. Kacau telur, celup potongan ayam kukus tadi dalam telur.

resepi nugget ayam sihat

10. Kemudian masukkan dalam tepung. Repeat langkah 9 dan celupkan pula dalam bread crumb sekali lagi.
11. Bolehlah digoreng sehingga keemasan. Sedia untuk dihidang!

Jika anda teringin memakan nuget ayam tetapi inginkan pilihan yang lebih sihat, anda boleh cuba resepi nugget ayam homemade ini. Pasti enak dan lebih sihat. Bolehlah nanti korang cuba 2 cara nak buat nugget ayam ni.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post