Permainan Lato-Lato Bahaya, Lato Lato Mainan Dari Mana? | Lato-Lato, juga
dikenali sebagai latok-latok, tek-tek, nok-nok, katto-katto, atau toki-toki,
telah menjadi permainan yang viral di kalangan kanak-kanak. Walaupun popular
di kalangan kanak-kanak, tidak mustahil terdapat golongan dewasa yang turut
terlibat dalam permainan ini. Baru-baru ni masa naik lif, Kak Bell nampak ada
budak sekolah main lato-lato. Barulah tahu apa rupa bentuk lato-lato tu.
Source:
ClickAmericana
Lato Lato Mainan Dari Mana?
Permainan lato-lato ni mula kembali popular bermula di UAE kemudian di di
negara jiran Indonesia dan kini berjangkit ke negara kita. Sebenarnya
permainan vintage ni dah lama ada sejak tahun 60-an dan 70-an di US (Amerika
Syarikat). Dipercayai ianya diilhamkan oleh alat mainan
Eskimo Yo-Yo
yang berasal dari permainan tradisi orang asli Alaska.
Lato-Lato atau latok-latok terdiri daripada dua bola akrilik yang diikat pada
setiap hujung tali dengan panjang yang sama. Cara main lato-lato ini adalah
dengan mengayun kedua-dua bola tersebut agar bertembung antara satu sama lain.
Pemain boleh mengayun Lato-Lato secara atas-bawah atau depan-belakang, dan
semakin laju permainan dihayun, dianggap lagi hebat. Sekali hayun lato lato
mainan ni kena kepala, baru haru dibuatnya!
Di Indonesia, Lato-Lato dijual dengan harga Rp7.500, sementara di Malaysia,
harganya dijual antara RM4.90 hingga RM10. Tak pasti berapa harga runcit yang
dijual tapi itulah dia harga jualan kat Shopee Malaysia. Zaman dulu lato-lato
kat US ni (lato lato in English dipanggil Clacker) dijual pada harga $1 hingga
$1.50.
3 Negara Telah Haramkan Permainan Clacker/Lato-Lato
Lato lato haram di 3 buah negara iaitu Amerika Syarikat, England dan Mesir
kerana permainan ini dianggap bahaya dan telah diharamkan untuk dimain sebagai
toy kanak-kanak. Menurut Facebook Public Health Malaysia, permainan lato-lato dikenali
sebagai Clacker yang popular pada 50 tahun yang lalu telah diharamkan
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) kerana
menyebabkan risiko kecedaraan kepada kanak-kanak.
Permainan clacker telah diharamkan di US sejak 1971. Korang boleh semak
artikel dari New York Times bertajuk ‘CLACKER’ INJURIES REPORTED BY F.D.A.
yang dikeluarkan pada 12 Februari 1971, halaman 20.
Di England, lato-lato dikategorikan sebagai senjata walaupun ia adalah satu
permainan kerana sifatnya yang boleh mencederakanya. Manakala Di Mesir pula,
Lato-lato dikenali sebagai ‘Sisi’s Ball’, merujuk kepada Presiden Mesir, Abdul
Fatah Al Sisi. Ia diharamkan pada tahun 2017 kerana dianggap menghina sang
presiden.
Walaupun lato lato mainan ni masih baru di Malaysia, dah ada kes-kes kecederaan melibatkan
permainan ini. Antara kes yang dilaporkan seperti kecederaan pada mata, muka
dan tangan, selain berisiko terjerut leher tali lato-lato.
Walaupun ada kebaikan dari segi kurangkan ketagihan gadget, tingkatkan fungsi
koordinasi dan motor tapi eloklah dielakkan sebab keburukan risiko kecederaan
pada pemainnya. Tambah pulak kalau bolanya pecah. Bolanya diperbuat daripada
pelbagai jenis bahan, ada yang guna kaca atau akrilik, plastik dan juga kayu.
Tak kiralah dari bahan apa, yang penting lato lato mainan yang mendatangkan
bahaya! Kak Bell dengar bunyi dia pun bingit dan bising. Berjemaah pulak tu
budak-budak menghayun mainan lato-lato ni.
Kalau nak main jugak, terpulanglah pada ibu bapa untuk membenarkan atau tidak
untuk anak-anak bermain lato-lato. Mungkin memerlukan pemantauan daripada ibu
bapa dan sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 8 tahun ke atas. Tidak salah
untuk membelinya buat anak-anak tetapi seeloknya pantau mereka ketika bermain
supaya mereka tidak cedera atau mendatangkan kecederaan kepada orang lain.