Kelebihan Aplikasi Mobil SmartHeart MY Untuk Beli Makanan Kucing Online | Bella Jamal - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Kelebihan Aplikasi Mobil SmartHeart MY Untuk Beli Makanan Kucing Online | Bella Jamal

Trending

Kelebihan Aplikasi Mobil SmartHeart MY Untuk Beli Makanan Kucing Online | Bella Jamal

Si Comel adalah antara haiwan peliharaan paling disukai yang dimiliki oleh ramai orang. Telatah mereka yang comel dan manja seringkali menjadi tarikan hingga ada yang tidak sanggup berpisah dengan Si Comel. Seperti kita, kalau sudah mula sayang pada seseorang, kita pasti mahukan yang terbaik untuk mereka. Begitu juga dengan Si Comel, dari segi tempat tinggal, kesihatan sehinggalah bab pilihan makanan dan diet yang terbaik untuk Si Comel anda.

Kelebihan Aplikasi Mobil SmartHeart MY

Dalam artikel sebelum ini, Kak Bell dah kongsikan cara beli makanan kucing dengan aplikasi mobil SmartHeart MY. Kali ni Kak Bell nak kongsikan pula kelebihan-kelebihan yang korang boleh dapat bila menggunakan aplikasi mobil SmartHeart MY.

Kelebihan Aplikasi Mobil SmartHeart MY

1. Pembelian Produk
Buat anda semua yang nak jimat masa untuk dapatkan makanan kucing, bolehlah buat pembelian dari kedai online menerusi aplikasi Mobil SmartHeart MY. Terdapat 4 kategori produk iaitu makanan kucing, anjing, haiwan kecil seperti arnab dan juga makanan burung. Untuk pilihan makanan kucing pula ada kategori makanan kering (Kibbles/Dry Food), makanan basah (Wet Food) dan juga treat.

Beli Makanan Kucing Online

Ada banyak pilihan yang dipapar dalam aplikasi tetapi korang kena cuba jaya untuk add cart sebab app tak tunjukkan sama ada item masih available atau tidak. Bagi pilihan dry food, ada tunjukkan isian produk 1.2KG dan 10KG. Jadi untuk produk makanan kering SmartHeart paling berat cuma pek 10KG sahaja.

Produk SmartHeart

Untuk cara beli korang boleh semak cara beli makanan kucing dengan aplikasi mobil SmartHeart App. Setiap pembelian nanti korang akan dapat kumpul mata ganjaran dalam bentuk points.


2. Loyalty points
Setiap pendaftaran baru di aplikasi mobil SmartHeart App, 1000 loyalty points akan dimasukkan secara automatik di dalam akan anda di app. Selain boleh mendapatkan mata ganjaran dari pembelian, korang juga boleh kumpul mata ganjaran dengan menjawab kuiz, melalui referral program dan dari pet profile.

Loyalty Points SmartHeart App

Loyalty Points SmartHeart App

100 points akan diberikan setelah menjawab kuiz yang tersedia dan 1000 point untuk referral program. Untuk pet profile, Kak Bell dah cuba tapi tak berjaya sebab saiz image terlalu besar.

Kelebihan Aplikasi Mobil SmartHeart MY


Untuk semakan loyalty points, korang boleh klik pada logo brand di bahagian atas kiri dan klik pada My Loyalty points. Nanti korang boleh pastikan setiap point dapat dari mana. Bagi 1000 points untuk pendaftaran tu ada tempoh tarikh luput.

3. Penebusan mata ganjaran
Dari mata ganjaran tadi, pengguna aplikasi mobil SmartHeart App boleh gunakan mata ganjaran untuk tebus barangan eksklusif SmartHeart. Korang boleh tebus barangan yang ditawarkan pada tab Redemption dan add to cart. Barangan akan dihantar dalam tempoh masa 7 hari atau 30 hari bergantung kepada barang berkenaan.

Barangan Eksklusif SmarHeart

4. Ketahui Update Terkini
Untuk mengetahui update terbaru mengenai produk SmartHeart, peraduan terkini dan sebagainya ada di bahagian Latest News.


5. Promosi Produk
Di online shop akan ada promosi dan juga harga diskaun. Anda boleh semak semua ini melalui aplikasi agar tak terlepas sebarang promosi produk. Juga akan ada kelebihan istimewa untuk ahli menerusi aplikasi mobil SmartHeart App.

6. Store Locator
Di Aplikasi juga ada tab untuk kedai-kedai yang anda boleh dapatkan produk SmartHeart. Masukkan sahaja dalam ruangan carian dan nanti akan disertakan alamat beserta nombor yang boleh dihubungi dan direction Google Maps.

Store Locator SmartHeart

Jangan lupa untuk muat turun aplikasi mobile SmartHeart melalui App Store  atau Play Store.

Untuk maklumat lanjut tentang rangkaian produk SmartHeart, anda boleh layari laman sesawang SmartHeart atau terjah sahaja ke Facebook SmartHeart.

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post