Ignore Single Pertama Pearl Abdul Aziz, Bekas Atlet Polo Air Kebangsaan |
Pearl hadir dengan single pertamanya berjudul ‘IGNORE’ hasil ciptaan komposer
yang sedang meningkat naik, Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & Jova Devito,
manakala terbitan oleh Armani Entertainment Group (AEG) sepenuhnya.
Bekas alumni Diploma Muzik di Aswara serta jurulatih renang separuh masa ini
tidak berputus asa untuk menceburi serta mengorak langkah dalam bidang seni
suara tanahair. Berbekalkan keunikan tersendiri dari segi fesyen dan suara
yang lain daripada yang lain, pendatang baharu anak kelahiran Seremban, Negeri
Sembilan, Pearl Abdul mempunyai pakej yang berlainan, memulakan langkah
perdananya sebagai pendatang baharu industri muzik tempatan dan berada di
bawah naungan syarikat rakaman unggul, Armani Entertainment Group (AEG).
Pelantun suara untuk single IGNORE ini yang dulunya meminati program realiti
Akademi Fantasia dan pernah menghadiri ujibakat namun tidak diterima masuk,
berazam untuk merealisasikan impian arwah mama dengan membuat persembahan di
pentas besar serta terus berusaha mengorak langkah dengan mendalami ilmu muzik
sepenuh masa di ASWARA.
“So start from there, Pearl tanam niat if I really wanna do this, or to be in this music industry, at least I kena tahu basic education in music. Maka, Pearl menjadi seorang Pelajar Aswara. Di Aswara, bermulanya Pearl menceburi bidang nyanyian, tarian dan sedikit lakonan. Pearl belajar banyak perkara dari belakang tabir sehinggalah dihadapan panggung. Ketika masih belajar di Aswara, Pearl pernah memasuki reality show “I Can See Your Voice” Musim ke-3 episod 3 bersama Ismail Izzani.
Bermula dengan hanya menemani kawan ke ujibakat nyanyian, namun Pearl dipaksa oleh mereka untuk masuk dan cuba nasib. Alhamdulillah ternyata rezeki ada disitu. Walaupun jalannya tak seindah yang dibayangkan, banyak usaha yang Pearl cuba lakukan untuk sampai ke tahap ini. Akhirnya rezeki itu tertulis dengan Armani Entertainment Group” jelas Pearl.
Lagu IGNORE merupakan sebuah karya elektronik moden dengan sedikit elemen pop
yang menceritakan tentang nasihat dalam kehidupan, tidak mengendahkan nasihat
yang baik-baik dari orang sekeliling. Dalam perhubungan sepasang kekasih pula,
lagu ini lebih mengetengahkan masalah pasangan kekasih yang “ignore” atau
terus senyap dan terus menghilang. Mereka rasa hebat lepas berbuat demikian.
Ada juga elemen jahat atau pembalasan dalam lagu jika diabaikan oleh pasangan
kekasih.
Manakala untuk MV (video muzik) IGNORE, lirik video yang berkonsepkan ala-ala
digital dan bermain dengan warna mengikut kesesuaian rentak lagu yang “catchy”
dikeluarkan terlebih dahulu. Idea untuk video muzik pula berkisar tentang
seorang perempuan yang cuba untuk mendapat perhatian si lelaki tetapi terus di
“IGNORE”. Sewaktu “beat drop” di mana perempuan itu seperti menghantui
pasangannya sehingga dia tidak lagi mampu untuk “IGNORE”. Untuk mengetahui
lebih lanjut wajib menontonnya di YouTube nanti.
Lagu IGNORE boleh dimuat turun di iTunes Store, boleh didengar dan dinikmati
pada bila-bila masa melalui aplikasi penstriman atas talian utama seperti
Apple Music, Spotify, Joox, YouTube Music, KKBox dan Deezer. Manakala video
lirik single ini pula boleh ditonton secara eksklusif di YouTube Armani
Entertainment.
Tags:
Hiburan