SplashMania Waterpark Gamuda Cove Tawar Harga Tiket Early Bird | Buat
pengunjung taman tema air, semalam telah dilancarkan pembukaan sebuah taman
tema air yang baru. Sekarang ni Malaysia sudah ada beberapa taman tema air
seperti Sunway Lagoon, Lost World of Tambun, Desaru Coast Adventure Waterpark,
dan semalam telah dibuka taman tema air baharu iaitu Splash Mania Gamuda Cove!
GL play Splashmania
Taman Tema Air SplashMania yang seluas 18 ekar ini terletak di sebuah kawasan
perbandaran baharu di daerah Kuala Langat iaitu Bandar Gamuda Cove. Ia
terletak berdekatan Dengkil. Cara untuk akses ke kawasan perbandaran ini
adalah melalui lebuhraya ELITE. Terdapat susur keluar khas ke Gamuda Cove di
Lebuhraya tersebut terletak antara susur keluar KLIA dan susur keluar
Putrajaya.
Seramai lebih 2,200 pengunjung adalah antara yang pertama menjejakkan kaki ke
taman air ini dan mengalami keseronokan pertama menikmati gelongsor air
pertama seumpamanya di Malaysia seperti Shaka Waka, gelongsor air multimedia
dan audio sepanjang 78 meter yang dilengkapi dengan kesan lampu cahaya LED.
Apa Tarikan Di Splashmania Waterpark?
SplashMania Waterpark dibangunkan oleh Gamuda Land dengan kerjasama Polis
Waterparks dan ProSlide Technology. 70% daripada luas kawasan taman tema ini
adalah kawasan hijau bagi menyesuaikan dengan persekitaran asal dan sekeliling
kawasan ini yang merupakan tanah paya, sekaligus menjadikannya sebagai taman
air bertemakan hutan hujan terbesar di Asia.
Splash mania map
Terdapat 39 tarikan utama dimana 24 daripadanya adalah permainan gelongsor air
dan 15 jenis permainan lain. Paling menarik ialah permainan gelongsor air
Atlantis VR, permainan gelongsor air yang penggunaan teknologi Virtual Reality
(VR). Antara tarikan yang ada di SplashMania Waterpark Gamuda Cove adalah:
- Shaka Waka - Gelongsor air sepanjang 78 meter mempunyai ciri multimedia dan audio. Dilengkapi dengan pelbagai kesan cahaya LED.
- Amazonia - Kapal berbilang tingkat ikonik yang menempatkan gelongsor air, pondok F&B, dek DJ dan pelbagai tarikan lain.
- Maniac Racers - Gelongsor air pelbagai lorong yang membolehkan anda berlumba bersama rakan anda.
- Zoomi's Runway - Zipline merentasi taman tema air dari dek Amazonia.
- Curl & Swirl - berputar di sekeliling mangkuk melengkung sebelum meluncur ke bawah gelongsor yang mendebarkan
- Wild Rush - A classic waterslide with thrilling turns and 360 loops
- Atlantis VR- Pengunjung akan diberikan peranti VR dan menikmati pengembaraan secara maya melalui Lost City of Atlantis sejauh 250 Meter.
- Rainforest-Style Rapids - Explore rides from different elements from Savage Ravage, Secret Lair, Donut Rapids, and Bubbly Dip. Monsoon, Pinnacle Creek, Rain Shooters, Happy Feet, and Wave Ball Pool.
- Surf Mania - A surf pool with fast-paced, rocky waves for those who enjoy surfing
- Whacka Boom Boom - A classic waterslide with thrilling curved bowls and loops that waterpark-goers of all ages can enjoy
- Plunge -Swoosh 6-storeys down a single flume at incredibly high speeds and plummet into the lagoon
Jika anda lapar atau ingin membeli barangan lain, jangan risau sebab di taman
tema ini mempunyai 17 outlet F&B dan runcit. Pelbagai acara dan
persembahan secara langsung bakal diadakan di taman tema ini dari masa ke
semasa.
Harga Tiket SplashMania Gamuda Cove (Harga Tiket Early Bird)
Sempena pembukaan, Splash Mania mengadakan promosi tiket masuk buat pengunjung
awal (early bird) di taman tema yang baharu dibuka ini. Harga promosi istimewa
Early Bird ini sah dari 26 Januari hingga 31 Mac 2023 sahaja.
Dewasa - RM79 (melebihi 120cm)
Warga Emas - RM63 (60 tahun ke atas)
Harga tiket early bird ini adalah termasuk dengan gambar digital tanpa had.
Gambar-gambar tersebut akan diambil oleh jurugambar terlatih sepanjang anda
bermain di taman tema air tersebut.
Pengalaman Digital dengan Aplikasi Mudah Alih GL Play
Sebagai sebahagian daripada usaha pendigitalan taman air untuk menawarkan
kemudahan kepada pelawat dan pelanggannya, Gamuda Land telah memperkenalkan
aplikasi mudah alih GL Play - tersedia untuk dimuat turun di Google Play dan
Apple App Store.
Melalui aplikasi itu, pelawat akan dapat membeli tiket kemasukan lebih awal
selain menggunakannya untuk mengemudi dan melihat gelongsor air yang tersedia
pada peta taman digital. Pengunjung juga boleh membuat pesanan di pelbagai
tawaran F&B dan sentiasa dimaklumkan tentang masa untuk mengambil makanan
dan minuman mereka, menjadikan pengalaman taman air yang menyenangkan. Selain
itu, aplikasi itu memerlukan komponen yang dikenali sebagai GL CLIX yang
membolehkan pelawat memuat turun gambar beresolusi tinggi mereka yang diambil
semasa lawatan mereka melalui teknologi pengecaman muka.
harga tiket early bird splashmania waterpark,harga tiket waterpark,gamuda theme park ticket price,gl play splashmania,splash mania map,