Bukan seperti tempat sunyi biasa, A Quiet Place mengalu-alukan kedatangan
pencinta muzik dan peminat karaoke untuk menyanyi sepuas hati, menganjurkan
parti atau berhibur dengan nyanyian sahabat handai. Merupakan lokasi hiburan
sehenti, A Quiet Place menawarkan tiga konsep di bawah satu bumbung dan
dilihat bakal menjadi tempat bersantai terbaharu untuk keseronokan karaoke
yang sebenar. A Quiet Place bakal menjadi antara the best karaoke places di KL.
Suasana dan Fasiliti Berkualiti Tinggi di Loud Speaker 2.0, Cawangan Premium Pertama A Quiet Place
Dibuka di tengah Bukit Bintang, A Quiet Place merupakan kedai utama (flagship
store) bagi Loud Speaker 2.0, Mini Studio dan GeTai yang berkeluasan 17,000
kaki persegi dengan setiap satu konsep yang bakal menarik minat golongan
pelanggannya tersendiri. Loud Speaker 2.0 ialah cawangan premium pertama yang
dilancarkan sejak pembukaan 11 cawangan Loud Speaker yang tersedia ada. Mini
Studio dan GeTai merupakan konsep karaoke baharu yang asalnya bermula di Johor
Bahru (JB) dan kini diperkenalkan di Kuala Lumpur. Mini Studio dan GeTai di
cawangan utama A Quiet Place juga diberikan rupa dan gaya yang berbeza
berbanding cawangan terawalnya di JB.
"Ini adalah merupakan pencapaian penting buat kami untuk membawa kesemua 3 jenama kami di bawah satu bumbung, terutamanya selepas dua tahun yang mencabar menempuhi pandemik. A Quiet Place bukan hanya sekadar pusat hiburan karaoke, ia juga adalah tanda komitmen kami untuk memberikan pengalaman yang unik dan terbaik kepada pelanggan. Dari Mini Studio yang dilengkapi dengan pengalaman studio peribadi, bilik dengan ruang yang luas di Loud Speaker 2.0 untuk menikmati bersama keluarga dan rakan-rakan, hingga ke pengalaman menyanyi di atas pentas seperti seorang artis, A Quiet Place menawarkan segala pengalaman unik dengan cara yang tersendiri”, kata Damien Soh, Pengasas & Pengerusi Kumpulan Ottotree.
Sebaik sahaja pelanggan melangkah masuk ke A Quiet Place, mereka disambut
dengan konsep 70-an bermotifkan retro glam anggun dan mewah, memberikan rasa
selesa dengan penampilan kontemporari-minimalis bersiling tinggi dan cahaya
semula jadi dari pintu serta tingkap gelas. Pelanggan karaoke kemudiannya akan
terus ke kawasan hiburan yang dipilih dimana setiap daripadanya mempamerkan
hiasan dalaman yang tersendiri.
Reception Area & Tunnel
Di A Quiet Place, pelanggan boleh memilih lagu menggunakan telefon bimbit
mereka secara ‘on demand’ melalui aplikasi web. Terdapat lebih 300,000 pilihan
lagu dalam pelbagai genre untuk pelanggan mencari lagu karaoke kegemaran
mereka.
Sementara itu, sistem audio tercanggih oleh JBL dan skrin luas berdefinisi
tinggi boleh didapati di Loud Speaker 2.0 dan GeTai untuk memastikan pelanggan
dapat menikmati hanya yang terbaik.
Loud Speaker 2.0 Buffet Area
Pelanggan di Loud Speaker 2.0 dan GeTai juga boleh memesan minuman sihat
kombucha oleh Myboocha atau menikmati minuman tanpa alkohol yang boleh diisi
semula dari bar minuman, sambil menikmati bertih jagung. Penggemar alkohol
pula akan menyukai pilihan wain organik dan koktel yang disediakan; dipilih
oleh pelayan wain di sana.
Tiga Konsep Karaoke Terbaru di A Quiet Place untuk Pengalaman Hiburan yang Lebih Baik
Penggemar karaoke boleh memilih antara tiga konsep di satu tempat yang mudah
dan selesa untuk bersantai dan menyanyi sepuas hati.
Loud Speaker 2.0
Suasana Loud Speaker 2.0 yang berkelas dan ranggi akan membuatkan pelanggan
berasa teruja untuk memulakan persembahan konsert mini mereka sendiri.
Sesuai untuk mereka yang mencari pengalaman karaoke premium, bilik Loud
Speaker 2.0 memberikan keselesaan dan ruang privasi; menjadikan cawangan
Bukit Bintang ini lebih menarik daripada cawangan Loud Speaker sedia ada.
Bilik Opera (VIP)
Bilik Symphony
Bilik Festival
Bilik Cabaret
Bilik Festival
Efek pencahayaan yang mengikut rentak muzik di semua bilik Loud Speaker 2.0,
menjadikan suasana nyanyian lebih bertenaga dan mengujakan buat penyanyi.
Selain itu, sesi karaoke pastinya lebih memuaskan dengan penampilan skrin
visual besar yang memberikan pelanggan pengalaman imersif dan hanya boleh
didapati di Bilik Opera (VIP) dan Bilik Festival (VVIP). Bagi mereka yang
gemar berparti, Bilik Party (VVIP) boleh memuatkan sehingga 40 orang dan
sesuai untuk acara peribadi atau korporat.
Terdapat 5 jenis bilik berkeluasan dari 100 kaki persegi sehingga 800 kaki
persegi dengan 5 jenis bilik; Audition (kecil), Cabaret (Sederhana),
Symphony (Besar), Opera dan Festival; membuatkan jumlah keseluruhan 33 bilik
termasuk 7 bilik Opera dan 1 bilik Festival. Harga tempahan bermula dari RM
40 sejam dan disertakan dengan minuman tanpa alkohol yang boleh diisi
semula. Para pelanggan boleh menikmati promosi "beli 2 percuma 1 jam".
Tambahan lagi, ahli Jom K Kakee Loud Speaker dapat menebus ganjaran naik
taraf bilik secara percuma. Promosi ini tertakluk kepada kekosongan bilik
dan sah dari 22 Feb hingga 31 Mac 2023.
Mini Studio
Berita baik untuk penyanyi yang baru berjinak-jinak dalam dunia muzik dan
anak seni umumnya. Mini Studio menawarkan pengalaman studio sebenar untuk
menyanyi seperti seorang artis rakaman. Ia juga merupakan tempat yang sesuai
untuk sesiapa sahaja yang mencari hiburan karaoke yang tidak memakan masa
atau kerseronokkan buat seketika, dengan harga yang bermula dengan hanya
RM10 untuk 30 minit. Ia adalah idea yang menarik untuk luangkan waktu makan
tengahari.
Mini Studio Bilik Band
Mini Studio Bilik Choir
Pertama kali dibuka di Pusat Beli-belah Toppen, Johor Bahru, jenama tersebut
kini membuka pintunya buat komuniti Lembah Klang untuk mencuba pengalaman
unik ini. Mini Studio mempunyai rupa moden dan rapi, diganding dengan rupa
persekitaran studio yang mewah. Manakala tona warna yang tenang pula mirip
dengan suasana profesional industri muzik. Selain itu, Mini Studio
menawarkan kemudahan daftar masuk mudah akses seperti ‘contactless check-in’
di kiosk yang tersedia. Setelah tiba di pusat karaoke, pelanggan boleh
menuju ke kiosk untuk menempah dan membayar sebelum terus pergi ke bilik
yang ditetapkan. Di Mini Studio, terdapat 23 bilik yang boleh memuatkan dari
seorang di bilik Duet sehingga lapan orang di bilik Choir.
Mini Studio Self Check-In Kiosk
Selain itu, fungsi Rekod & Kongsi kini sedang diusahakan. Pengalaman di
studio akan menjadi lebih baik, kerana tidak lama lagi, penyanyi akan dapat
merakam nyanyian mereka di studio dan menyimpannya untuk tujuan demo atau
dimuat naik ke media sosial.
Mini Studio juga dibuka untuk peluang francais, dan pendaftaran kini dibuka.
Bakal pelabur dan usahawan boleh menghantar e-mel ke franchise@ministudio.my
untuk info lanjut.
GeTai
GeTai (歌台), yang secara literal bermaksud "pentas lagu" dalam bahasa Cina
dikatakan berasal dari Singapura pada tahun 1940-an. Ia telah menjadi satu
hiburan yang popular dan kini dimodenkan untuk terus kekal dalam dunia
hiburan hari ini.
Jika anda mencari sesuatu yang lebih mencabar, GeTai adalah pilihan yang
terbaik. GeTai ialah bar karaoke ‘open mic’ yang boleh memuatkan kira-kira
100 orang pada satu-satu masa. Selain itu, ia menawarkan pelbagai tetapan
tempat duduk daripada bar dan meja makan sehinggalah ke ruang sofa.
Bersedialah untuk mengembara semula ke filem-filem Shanghai lama, yang
dibawakan oleh hiasan dalaman GeTai yang menggabungkan rekaan oriental lama
dan teknologi, disempurnakan dengan pentas karpet merah. Pencinta muzik yang
lebih suka untuk bersantai pula boleh duduk sambil dihiburkan dengan
dendangan nyanyian orang lain dalam kemewahan suasana GeTai.
Penyanyi juga boleh menggunakan aplikasi GeTai untuk menyanyi, memberi
ganjaran dan menerima ganjaran dari pengguna aplikasi yang lain untuk
persembahan mereka. Apabila pengguna menerima ganjaran secara maya ini, ia
akan ditukar menjadi mata ganjaran yang boleh digunakan untuk menuntut
hadiah seperti MacBook, iPhone, Apple Watches, AirPods dan banyak lagi.
Untuk menyenangkan pelanggan,Mini Studio dan Loud Speaker 2.0 akan
melancarkan sistem tempahan karaoke online yang pertama untuk menambah baik
lagi pengalaman menempah bilik. Dengan tiada keperluan untuk beratur,
pengguna boleh menempah sesi mereka pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja
dan terus bermula menyanyi sebaik sahaja tiba.
Dengan perancangan untuk mengembangkan lagi empayar Loud Speaker, Mini
Studio dan GeTai, setiap jenama sedang bersedia untuk membuka lima lagi
cawangan baharu dalam tahun ini. Buat peminat karaoke mesti cuba merasakan pengalaman di A Quiet Place, top 10 places for karaoke in KL-Selangor!
Lawati A Quiet Place untuk pengalaman karaoke premium terbaik. Untuk
maklumat lanjut tentang A Quiet Place, layari
www.aquietplacekl.com.
GF-003, Ground Floor,
Federal Arcade,
No. 35, Jalan Bukit Bintang, 55100 K.L
Pertanyaan tempahan / nombor telefon:
Pertanyaan tempahan / nombor telefon:
+6012 766 7161 (Loud Speaker 2.0) / +6012 706 7161 (GeTai)
#AQuietPlaceGoesLoud
#LoudSpeakerV2
#MiniStudioKTV
#GetaiMalaysia
Tentang Ottotree Group
#AQuietPlaceGoesLoud
#LoudSpeakerV2
#MiniStudioKTV
#GetaiMalaysia
Tentang Ottotree Group
Ottotree Group merangkumi tiga entiti merentasi industri hiburan dan
hospitaliti. Bermula pada tahun 2009, misi adik-beradik Soh adalah untuk
membawa kegembiraan sebenar dalam nyanyian karaoke dengan harga yang
berpatutan. Sejak itu, Ottotree Group telah menubuhkan Loud Speaker
Karaoke, Loud Speaker 2.0, Mini Studio, dan GeTai serta pusat riadah
yang terintegrasi, Kampung 17, dan hotel iaitu Hako Hotel dan Hako
Xpress. Pasukan kami yang semakin ramai dengan 300 kakitangan komited
untuk bertungkus lumus dalam usaha kami untuk terus memberikan kualiti
terbaik - memberikan produk dan perkhidmatan dengan nilai terbaik.