Hi semua! Buat korang yang nak set Google Tag Manager, ada tak keluar error ;
The reference to entity “l” must end with the ‘;’ delimiter? Dalam artikel ni
Kak Bell akan ajar bagaimana cara nak Fix Google Tag Manager Error untuk
platform blogger atau blogspot.
Apa itu Google Tag Manager?
Sumber: Kalpins, GetGoogleTagManager
Google Tag Manager adalah sebuah tool yang dibuat untuk pengelolaan tag dan
memudahkan kita tracking data dari website.
Tag adalah script atau kod yang kita letak di bahagian bawah <head>
HTML dan digunakan untuk menganalisa insights traffic website, remarketing,
conversion, dan lain-lain fungsi.
"Google Tag Manager Tool which is used by marketers to add & update website tags"
Ianya lebih kurang sama macam Google Analytics, tapi Google Tag Manager ni
kita guna bila ada 3-rd party nak dapatkan data dari website kita. Contohnya
bila ada syarikat Ads (selain Adsense Google) yang nak letak iklan di blog
kita. Dengan menempatkan tag, kita boleh dapatkan data pengunjung ke
website, link apa yang diklik dan sebagainya.
Google Tag Manager memiliki interface yang user-friendly. Cara nak set up
kod html atau script GTM pun senang. Lepas dah create container, boleh cari
cara nak install. Nanti dah ada siap kod html yang generate dan cuma copy
paste di bahagian html blog/website.
Isunya kemudian akan ada error sebab kod html GTM ni adalah dalam XML, tapi
kat website adalah HTML. Jadi kena buat sedikit perubahan kod GTM tadi.
Cara Betulkan org.xml.sax.SAXParseException; lineNumber: 11;
columnNumber: 43; The reference to entity "l" must end with the ';'
delimiter.
Disebabkan error tadi, akan keluar warna merah pada bahagian kod yang
bermasalah dan korang tak boleh nak SAVE tetapan kod baru. Jadi kena fix kod
GTM tadi.
j=d.createElement(s),dl=l!=’dataLayer’?’&l=’+l:”;j.async=true;j.src=
j=d.createElement(s),dl=l!=’dataLayer’?’&l=’+l:”;j.async=true;j.src=
Kemudian, bila dah hilang warna merah, maknanya kita telah fix dengan
jayanya masalah tadi. Then, boleh tekan SAVE dan isu selesai! Selamat
mencuba.