Bufet Ramadhan Santapan Ummis Hijau Kasturi 2023 Termurah KL - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Bufet Ramadhan Santapan Ummis Hijau Kasturi 2023 Termurah KL

Trending

Bufet Ramadhan Santapan Ummis Hijau Kasturi 2023 Termurah KL

Tahun ini restoran dan syarikat katering tempatan, Santapan Ummis Hijau Kasturi di Sentul Point berbesar hati untuk membawakan kembali nostalgia aneka makanan desa sepanjang Ramadan 2023 akan datang. Kak Bell berkesempatan sekali lagi berkunjung ke sini untuk menikmati pelbagai seleksi menu enak bufet Ramadhan Santapan Ummis Kasturi yang memenuhi citarasa masakan kampung.

Bufet Ramadhan Santapan Ummis Hijau Kasturi

Meneruskan konsep bufet yang sudah menjadi identiti mereka, seleksi untuk Ramadan akan bermula pada 23 Mac 2023 hingga 19 April 2023. Bertemakan Air Tangan Ibu, Santapan Ummis Hijau Kasturi menawarkan lebih daripada 45 jenis makanan daripada hidangan Melayu klasik dan Nusantara untuk anda ubati rindu pada ibu yang sudah tiada atau jauh di kampung.

Menu Berbuka Puasa Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Point

Cef hebat yang memenuhi sosok seorang ibu penyayang, Cef Hajah Norziah bersama suami tercinta, Cef Haji Fauzi bakal membawa anda mendakap rindu dengan masakan yang mencuri hati sejak suapan pertama. Pertama kali rasa terus suka dengan keenakan menu di sini.

Air Tangan Ibu Santapan Ummis Hijau Kasturi

Air Tangan Ibu Santapan Ummis Hijau Kasturi
Aneka Sos Cicah : Air Asam, Sos Kicap, Sambal Rindu, Sambal Hijau atau Sambal Mangga

santapan ummis hijau kasturi menu
Aneka Kuih

buffet ramadhan 2023 kuala lumpur

Tiga masakan utama setiap hari ialah Berlado, Masak Lemak dan Asam Pedas dengan pelbagai jenis lauk utama yang dimasak berganti-ganti. Antara menu tersebut adalah Siput Sedut Masak Lemak, Itik Salai Masak Lemak, Kepala Ikan dengan Lobak Masin dan Daging Salai dengan Bacang Masak Lemak.

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati pilihan bakar seperti Ayam, Kambing dan Lembu yang telah diperap dengan ramuan istimewa dan dicicah bersama Air Asam, Sos Kicap, ‘Sambal Rindu’, Sambal Hijau atau Sambal Mangga. Ditambah pula, masakan seperti aneka kerabu, lauk pauk, ulaman, soto, masakan barat dan air penyegar dahaga.

santapan ummis hijau kasturi

santapan ummis hijau kasturi

Bufet Ramadhan Santapan Ummis Hijau Kasturi

Bufet Ramadhan Santapan Ummis Hijau Kasturi

Untuk pencuci mulut anda boleh cuba aneka kuih-muih, aneka bubur dan mee. Jangan lupa untuk mencuba lempeng yang sememangnya menjadi menu favourite!


Sajian Dulang Berkat Sempena Ramadan 2023

Bagi menambah kelainan pada Ramadan kali ini, para pelanggan juga bakal dihidangkan sajian ‘Dulang Berkat’ sebelum pulang. Di dalam dulang tersebut, pelanggan akan menikmati sajian terakhir yang berlainan setiap hari istimewa untuk Bufet Ramadhan Santapan Ummis Hijau Kasturi 2023. Menu tersebut juga sebagai simbolik mengambil keberkatan Ramadan dalam bersedekah, dan dalam masa yang sama mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja ke Santapan Ummis Hijau Kasturi.

Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Point

Bagi kemudahan dan keselesaan pengunjung pula, surau tersedia di bahagian dalam restoran serta ruangan parkir yang luas di tingkat bawah premis. Kelengkapan set audio turut disertakan bersama untuk penganjuran sebarang majlis. Boleh memuatkan 80 pelanggan pada setiap hari dan tempahan awal sangat digalakkan bagi memastikan semuanya mudah dan senang hati.


Harga Bufet Ramadan 2023 Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Point

Bufet Ramadan 2023 Santapan Ummis Hijau Kasturi bermula pada 23 Mac 2023 hingga 19 April 2023 dari jam 6.30 petang hingga 9.00 malam. Bayaran penuh 100% perlu dijelaskan ketika tempahan dibuat. Harga Bufet Ramadan Santapan Ummis Hijau Kasturi 2023 Sentul Point adalah seperti berikut:

Dewasa - RM 51.90 nett
Kanak-kanak (bawah 12 tahun)* - RM19.90 nett
Warga Emas (60 tahun ke atas ) - RM19.90 nett

*Kanak-kanak 3 tahun ke bawah adalah percuma

Harga Early Bird Bufet Ramadan Santapan Ummis Hijau Kasturi

Untuk pembelian baucer tempahan awal early bird Bufet Ramadan Santapan Ummis Hijau Kasturi 2023 adalah sehingga 28 Februari 2023.

Dewasa - RM 45.90 nett
Kanak-kanak (bawah 12 tahun)* - RM17.90 nett
Warga Emas (60 tahun ke atas ) - RM17.90 nett

*Kanak-kanak 3 tahun ke bawah adalah percuma

Harga buffet Ramadan di Santapan Ummis Hijau Kasturi adalah diantara yang termurah, termasuk dalam kategori bufet Ramadan bawah RM100 untuk iftar ramadhan area KL (Kuala Lumpur).

Dalam masa yang sama, Ummis Hijau Kasturi terus komited untuk mencegah penularan wabak COVID-19. Untuk itu, pihak restoran telah menetapkan hanya menerima 80 orang pengunjung dalam satu masa sahaja.

Selain itu, buat mereka yang ingin menikmati air tangan cef yang pernah berkhidmat buat keluarga diraja Brunei ini, boleh membeli produk sejuk beku Santapan Ummis Hijau Kasturi. Antara produk sejuk beku yang tersedia adalah Karipap ‘Sendat Padat’ , Lasagna, Popia dan Macaroni. Tidak dilupakan, produk yang sedang laris di restoran ini, Ikan Keli Dendeng Ummis juga tersedia. Menariknya, Ikan Keli tersebut merupakan ikan yang diternak di dalam sangkar dan hanya memakan makanan rumusan yang diperkaya dengan protein dan Omega 3.

Owner Santapan Ummis Hijau Kasturi

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, boleh hubungi 03-40324383 (pejabat), 017-6534133 (operasi) atau 011-23058511(pengeluaran/production). Untuk info, restoran ini juga dibuka pada setiap hari untuk pelbagai sajian. Perkhidmatan penghantaran menerusi syarikat penghantaran atas talian juga tersedia untuk kawasan sekitar.

Alamat Santapan Ummis Hijau Kasturi Sentul Point
Ummis Hijau Kasturi
G3A. Sentul Village Service Apartment, No 10. Jln Sentul Perdana, Sentul,
51200, Kuala Lumpur.

Waktu Operasi Bulan Ramadhan : Setiap hari 6.30PM hingga 9.00 PM
Waktu Operasi Harian : Setiap hari kecuali Isnin 8.30AM hingga 6.00 PM

santapan ummis hijau kasturi, ummis hijau kasturi, santapan ummis hijau kasturi menu, buffet ramadhan 2023 kuala lumpur, buffet ramadhan 2023 early bird, hijau kasturi sentul, hijau kasturi restaurant,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post