Sebagai seorang yang super sibuk dengan kerja hakiki dan juga kerja
blogging memang Kak Bell tak mempunyai banyak masa luang. Pagi sampai ke
petang, kemudian balik kerja pulak dah tengah malam. Bukan je tak dapat
nak pergi bercuti, nak pergi beli makanan kucing yang dah habis pun
kadangkala cukup susah.
Sejak norma baharu sejak wabak COVID-19 lalu telah menyebabkan semakin
ramai pengguna lebih selesa untuk membeli barangan keperluan secara dalam
talian untuk berbelanja tanpa perlu beratur panjang di kaunter. Bukan
hanya setakat membeli barang keperluan, ada juga turut membeli perabot,
alatan bersenam dan makanan haiwan peliharaan seperti makanan kucing,
anjing serta haiwan lain.
Jadi korang tak perlu nak risau sebab sekarang ni korang boleh aje membeli barangan
kucing dan makanan kucing online di hujung jari anda. Untuk entri kali
ini, Kak Bell nak perkenalkan tentang aplikasi SmartHeart.
Aplikasi Mobil SmartHeart MY
Dah jadi kebiasaan kadang-kadang jadi masalah pula bila kita sibuk
bekerja dan tidak sempat untuk membeli makanan untuk Si Comel. Jangan
risau, SmartHeart, produk makanan terbaik untuk Si Comel bersedia
untuk membantu korang yang sibuk sangat dengan tugasan harian sehingga
tidak sempat untuk membeli makanan buat Si Comel anda. SmartHeart kini
menawarkan pembelian secara dalam talian melalui aplikasi aplikasi Mobil SmartHeart MY. Mudahkan?
Selain daripada menjimatkan masa anda, pembelian secara dalam talian
juga terbukti bagus kerana anda akan membeli produk makanan Si Comel
yang 100% asli dari kilang. Kadangkala bila beli dari platform lain
pembeli perlu lebih berhati-hati sebab harganya berbeza mengikut
seller dan kualiti produk juga boleh dipertikaikan.
Cara Guna Aplikasi Mobil SmartHeart MY
Untuk pengetahuan anda, SmartHeart mempunyai pelbagai pilihan makanan
kucing. Bermula daripada makanan kering kucing, makanan basah dalam tin dan pouch Snek kucing. Jom tengok bagaimana cara guna Aplikasi Mobil SmartHeart MY.
Apple: https://apps.apple.com/my/app/smartheart-my/id1063220762
Android: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.smartheartmy
2. Pilih jenis kategori haiwan peliharaan anda (Anjing/Kucing/Haiwan kecil)
4. Pilih produk, pek size dan kuantiti pilihan anda dan tambah ke “cart”
5. Masukkan alamat penghantaran dan pilih jenis pembayaran.
Buat geng Si Comel, ada banyak kelebihan bila anda semua muat
turun aplikasi mobil SmartHeart MY untuk telefon bimbit korang.
Lepas berjaya login dan mendaftar aplikasi, 1000 mata ganjaran
percuma akan diberikanbagi pendaftaran baharu secara automatik.
Anda boleh gunakan points untuk buat penebusan (redemption). Anda
boleh jugak memperolehi points dari pembelian produk SmartHeart,
membuat kuiz dan lain-lain aktiviti. Nanti Kak Bell akan kongsikan
lagi
kelebihan aplikasi mobil SmartHeart MY di artikel akan datang ya.
Mudah aje kan? Zaman sekarang ni anda boleh membeli barang
Makanan Kucing online di hujung jari anda. Untuk maklumat lanjut
tentang rangkaian produk SmartHeart, anda boleh layari
laman sesawang SmartHeart
atau terjah sahaja ke
Facebook SmartHeart. Tunggu apa lagi? Jom muat turun aplikasi mobil SmartHeart
MY.