Adakah Kucing Sayang Pemiliknya? Mengapa Hubungan Akrab Dengan Si Meowy Penting? | Ya! Kucing memang sayangkan tuannya dan kadangkala ada
macam-macam cara yang mereka tunjukkan. Kucing ni haiwan yang boleh bentuk
ikatan yang kuat dengan pemiliknya dan emosi yang ditunjukkan juga sama macam
manusia. Tapi kadang-kadang tu tak faham juga dibuatnya!
Kucing boleh menunjukkan kasih sayang mereka melalui pemahaman dan
keprihatinan terhadap orang lain. Dalam sesetengah situasi, ada kucing yang
menyelamatkan tuannya dari bahaya dan kucing boleh juga tahu jika tuannya
sedang bersedih. Ada juga kisah bila pemiliknya sudah pergi, kucing akan
menunjukkan tanda-tanda kegelisahan seperti duduk dan mengeow di pintu bilik
tidur tuannya, suka bersembunyi, malah enggan makan. Bukti yang paling luar
biasa bahawa kucing ada 'bonding' dengan pemiliknya.
Hubungan Antara Kucing Dan Pemiliknya
Kucing adalah haiwan yang sangat penyayang, cerdas, energetik dan memiliki
banyak keperibadian, banyak ‘peel’. Hubungan kucing dengan pemiliknya berbeza
dengan hubungan haiwan peliharaan lainnya kerana kucing bersifat mandiri dan
tidak bergantung pada manusia untuk bertahan hidup. Walaubagaimanapun situasi
kucing indoor pula lebih memerlukan penjagaan dari pemiliknya. Kucing akan
bentuk ikatan dan hubungan yang kuat dengan pemiliknya.
Untuk makluman, penyelidikan di Oregon State University telah menunjukkan
bahawa kucing boleh membentuk ikatan yang selamat atau tidak selamat (insecure
bonding) dengan pemiliknya.Kucing-kucing yang merasa insecure akan tertekan
(stress) dan mempamerkan tingkah laku yang tidak teratur.
Biarkan Si Meowy memulakan bonding dengan kita. Kucing akan membuat keputusan
apabila mereka bersedia untuk manja dan baik dengan kita. Sesetengah kucing
bersedia bonding dengan cepat dan ada yang mengambil masa beberapa minggu
untuk memulakan sebarang jenis interaksi.
Tanda -Tanda Kucing Sayang Pemiliknya
Manusia masih perlu banyak belajar untuk kenal dan memahami Si Meowy.
Walaubagaimanapun ada beberapa tingkah laku Si Meowy yang boleh dianggap
bahawa mereka menunjukkan dan menyayangi pemilik mereka.
Mendengkur atau purring menunjukkan Si Meowy anda mendengkur puas apabila dia
berada di sekeliling kita, dań menunjukkan bonding dengan anda.
Jika Si Meowy anda datang dan duduk di atas anda dengan tenang, ianya tanda
kepercayaan dan kasih sayang.
Jika anda melihat Si Meowy memberi anda kelipan mata yang perlarán ketika
melihat anda, ianya menunjukkan mereka selesa, menunjukkan kepercayaan dan
kasih sayang.
Si Meowy sebenarnya lebih banyak habiskan masa untuk tidur. Seperti kebanyakan
haiwan, Si Meowy paling terdedah apabila tidur. Oleh itu, mereka hanya akan
tidur di tempat yang mereka rasa paling selesa dan selamat.
Si Meowy sebenarnya suka berburu kerana kucing adalah haiwan karnivor. Berbeza
dengan anjing adalah haiwan omnivor. Jika Si Meowy membawakan anda salah satu
daripada buruannya (seperti cicak, lipas, haiwan mati) hadiah ini adalah tanda
kesetiaan dan kasih sayang.
Si Meowy yang menggeselkan kepala kepada kita menunjukan tanda dan bentuk
kasih sayang yang sangat kuat.
Pernah perasan Si Meowy suka mengekori anda di sekitar rumah? Selain nak
makan, ianya nakkan perhatian anda dan sangat suka berada bersama anda.
Jika Si Meowy anda berguling dan mendedahkan perutnya kepada anda, menunjukkan
anda seseorang yang penting dan mereka selesa sepenuhnya dengan anda.
Si Meowy sering menunjukkan kasih sayang melalui ekor mereka. Mereka
menunjukkan kasih sayangnya bila mereka melilitkan ekornya pada tangan, buku
lali, lengan atau mana-mana bahagian badan anda.
Apabila mereka berbuat demikian kepada anda, ia menggaap anda seolah-olah
seorang ibu. Ianya tanda Si Meowy selesa dengan anda.
Si Meowy sebenarnya sangat sensitif terhadap emosi, bunyi dan tekanan. Si
Meowy tidak suka jika anda marah dan meninggikan suara dan melakukan perkara
yang melukakan perasaan mereka.
Cara Mengeratkan Hubungan Dengan Si Meowy
1. Lakukan rutin harian dengan Si Meowy
Rutin harian seperti memberi Si Meowy makan, adalah penting untuk mereka
berasa selamat dan selesa.
Kebanyakan haiwan peliharaan tidak suka bunyi bising dan akan bertindak balas
dengan ketakutan apabila mereka mendengar vakum, siren, bunga api dan bunyi
lain yang kuat.
Apabila bersama Si Meowy, anda perlu bercakap dengan suara dan nada yang
lembut. Kemudian, boleh usap dan gosok Kepala mereka dengan manja!
Sesetengah kucing mungkin berasa bimbang untuk makan atau menggunakan litter
box bila ada kucing lain yang lebih dominan. Jika ada banyak kucing, anda
boleh sediakan bekas makanan dan minuman mereka di beberapa tempat yang
berbeza.
Anda boleh dapatkan pelbagai jenis mainan Si Meowy untuk mengeratkan hubungan
dengan mereka. Luangkan masa 15 minit sehari untuk bermain dengan mereka.
Sekali-sekala berikan Si Meowy anda makanan yang berkhasiat seperti ayam
rebus, daging atau treat lainnya. Boleh juga anda berikan labu rebus atau beri
ganjaran treat kepada mereka. Kak Bell berikan mereka
Me-O Cat Lick!
Ketahui lebih lanjut tentang bahasa badan kucing akan membantu anda memahami
dengan lebih baik isyarat yang diberikan oleh Si Meowy anda.
Memegang Si Meowy atau memaksa mereka bermain di luar kehendak mereka akan
meningkatkan ketakutan dan anxiety. Biarkan menentukan bila masa dia nak
bermain dan dibelai
Sertai Peraduan Meowy Ku Rumahku Bersama Me-O
Pencinta kucing mesti suka ambil gambar kucing kan? Apa kata korang join
Peraduan Meowy Ku Rumahku Bersama Me-O. Korang mungkin antara pemenang bertuah
memenangi hadiah berjumlah lebih dari RM30000! Contest ni bermula dari 1
Disember 2022 hingga 28 Februari 2023.
Berikut adalah antara hadiah yang ditawarkan dalam peraduan Meowy Ku Rumahku
Bersama Me-O. Mesti seronok tengok hadiah-hadiah yang ditawarkan!
Set perabot mewah dan makanan kucing bernilai RM15000
Hadiah Kedua
Set perabot mewah dan makanan kucing bernilai RM10000
Hadiah Ketiga
Set perabot mewah dan makanan kucing bernilai RM5000
10 x Hadiah Saguhati
Makanan kucing bernilai RM100
Cara sertai contest ni pun senang je! Korang boleh rujuk langkah penyertaan di bawah.
[LANGKAH 1] Buat pembelian mana-mana produk Me-O dari pusat jualan yang sah
[LANGKAH 2] Snap gambar resit pembelian dengan jelas
[LANGKAH 3] Scan QR code, Isi butiran penuh dan lengkapkan borang peraduan serta muat naik bukti resit pembelian.
**Semua penyertaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat peraduan.
Makanan kucing Me-O boleh didapati di mana-mana pasar raya, kedai runcit,
kedai haiwan peliharaan dan secara online di https://www.pcmonlineshop.com.
Cepat dapatkannya dan sertai Peraduan Meowy Ku Rumahku Bersama Me-O. Siapa
tahu, korang antara orang yang bertuah tu.
Nak tahu lebih lanjut tentang makanan kucing Me-O dan peraduan ni, korang
boleh terus ke Facebook Page MyMeOCat.
Memiliki hubungan yang dekat dengan Si Meowy itu penting karena hal ini
membantu kita memahami perasaan mereka, apa yang mereka fikirkan. Si Meowy
adalah teman yang baik kerana mereka pasti mencintai pemiliknya!
kenapa kucing takut melihat kita, cara jinakkan kucing dengan tuan baru,
perasaan kucing saat dibuang, hubungan akrab,