Tahun Arnab Air : Persediaan Dan Aktiviti Sambutan Tahun Baru Cina 2023 - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Tahun Arnab Air : Persediaan Dan Aktiviti Sambutan Tahun Baru Cina 2023

Trending

Tahun Arnab Air : Persediaan Dan Aktiviti Sambutan Tahun Baru Cina 2023

Tahun Arnab Air : Persediaan Dan Aktiviti Sambutan Tahun Baru Cina 2023 | Tahun Baru Cina adalah salah satu cuti yang paling penting dan disambut oleh masayarakat Cina. Ia menandakan permulaan tahun baru pada kalendar tradisional Cina dan disambut dengan penuh semangat di seluruh dunia. Perayaan ini unik kerana sejarahnya yang panjang, adat dan tradisi yang berwarna-warni, simbol tuah, kemakmuran, dan nasib baik. 

Tahun Arnab Air : Persediaan Dan Aktiviti Sambutan Tahun Baru Cina 2023

Daripada tarian singa hinggalah sampul merah yang dipenuhi wang, terdapat banyak aspek yang menjadikan perayaan Tahun Baru Cina unik. Artikel ini akan meneroka perkara yang menjadikan perayaan ini begitu istimewa dan bagaimana ia telah berkembang dari semasa ke semasa.


Lagenda Raksasa Nian

Menurut legenda, raksaksa Nian ialah mahluk buas pemangsa manusia yang hidup di dasar laut atau di gunung. Pada setiap malam sebelum tahun baru Cina, Nian keluar dari persembunyiannya untuk mengganggu manusia, memakan hasil tanaman dan haiwan ternakan.

Lagenda Raksasa Nian

Untuk melindungi diri dari Nian, para penduduk akan meletakkan makanan di depan pintu rumah pada awal tahun. Mereka percaya bahawa Nian akan memakan makanan yang telah mereka siapkan dan tidak akan menyerang orang atau mencuri ternakan dan hasil tanaman.

Pada suatu waktu, penduduk melihat bahawa Nian lari ketakutan setelah bertemu dengan seorang anak kecil yang mengenakan pakaian berwarna merah. Penduduk kemudian percaya bahwa Nian takut akan warna merah, sehingga setiap kali tahun baru tiba, para penduduk akan menggantungkan lentera dan gulungan kertas merah di jendela dan pintu.

Tahun Arnab Air : Persediaan Dan Aktiviti Sambutan Tahun Baru Cina 2023

Mereka juga menggunakan bunga api/mercun untuk menakuti Nian. Adat-adat pengusiran Nian ini kemudian berkembang menjadi perayaan Tahun Baru. Guò nián yang berarti “menyambut tahun baru”, secara harafiah berarti “mengusir Nian”.

Perayaan Tahun Baru Cina biasanya berlangsung selama 15 hari atau lebih. Biasanya aktiviti persediaan dan sambutan bermula seminggu sebelum tahun baru Cina tiba. Tahun 2023 adalah tahun Arnab Air.


15 Januari: Persediaan Awal

Pada hari ke-23/24 pada bulan terakhir, seminggu sebelum Tahun Baru Cina, Dewa Dapur, bernama Zao Jun atau Zao Shen, naik ke Syurga untuk menyampaikan laporan tahunannya tentang tingkah laku setiap ahli keluarga kepada Maharaja Jade. Persembahan makanan istimewa disediakan untuk Zao Jun, supaya dia boleh bercakap baik tentang keluarga tersebut.

Tahun Arnab Air : Persediaan Dan Aktiviti Sambutan Tahun Baru Cina 2023


Perkataan untuk kek dan puding ialah "gao" dalam bahasa Mandarin atau "gou" dalam bahasa Kantonis, yang bunyinya sama dengan perkataan untuk "tinggi." Tradisi ini dipercayai membawa kepada peningkatan dan supaya tahun akan datang lebih baik.

Persediaan Tahun Baru Cina tidak akan lengkap tanpa menggantung lentera dan gulungan kertas merah yang mengandungi frasa dan simpulan bahasa bertuah (dipanggil fai chun dalam bahasa Kantonis, atau chunlian dalam bahasa Mandarin) di rumah, bermula dari pintu depan rumah.

19 Januari: Pembersihan Rumah Secara Besar-Besaran

Pembersihan rumah secara menyeluruh dilakukan di rumah pada hari ke-28 bulan terakhir kalendar Cina, yang jatuh pada 19 Januari tahun ini. Matlamatnya adalah untuk menyingkirkan rumah anda daripada sebarang nasib malang yang terkumpul sepanjang tahun lalu.

Tahun Arnab Air : Persediaan Dan Aktiviti Sambutan Tahun Baru Cina 2023

Pantang Larang Tahun Baru Cina

Banyak peraturan dan kepercayaan karut atau pantang larang pada Tahun Baru Cina.

1. Sebagai contoh, jangan basuh atau potong rambut anda pada hari pertama tahun baru. Kenapa? Ini kerana aksara Cina untuk rambut ialah aksara pertama dalam perkataan untuk makmur. Oleh itu mencuci atau memotongnya dilihat sebagai membuang nasib anda.

2. Anda juga perlu mengelak daripada membeli kasut dan buku sepanjang bulan lunar, kerana istilah untuk kasut (haai) kedengaran seperti kehilangan dan mengeluh dalam bahasa Kantonis dan buku dalam bahasa cina ialah 'shu' yang bermaksud kalah.

3. Tidak dibenarkan menggunakan gunting / alat tajam. Gunting biasanya dielakkan pada hari pertama Tahun Baru Cina kerana bilah gunting dipercayai seperti bibir yang tajam apabila orang bergaduh. Oleh itu, menggunakan gunting pada hari pertama dipercayai sebagai doa untuk bergaduh dengan orang lain untuk tahun yang akan datang.


21 Januari : Jamuan Makan Besar (Malam Tahun Baru Cina)

"Makan besar" diadakan pada malam sebelum Tahun Baru, ketika semua ahli keluarga, sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung halaman, bertemu untuk perayaan. Jamuan pada Malam Tahun Baru Cina jatuh pada 21 Januari tahun ini. Jamuan ini biasanya diadakan di rumah yang didiami anggota keluarga paling tua.

Makan Besar Tahun Baru Cina

Menu dipilih dengan teliti untuk memasukkan hidangan yang dikaitkan dengan nasib, termasuk ikan (perkataan Cina untuknya berbunyi seperti perkataan untuk "lebihan"), puding (melambangkan kemajuan) dan makanan yang kelihatan seperti jongkong emas (seperti dumpling).


22 Januari : Berkunjung Ke Rumah Keluarga (Tahun Baru Lunar)

Hari pertama dan kedua Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina menziarahi orang tua, ahli keluarga paling terdekat, saudara-mara dan rakan-rakan. Di hari ini pengunjung akan dihidang dengan makanan ringan dan hadiah. Orang yang sudah berkahwin juga perlu memberikan angpao merah kepada kanak-kanak dan remaja yang masih belum berkahwin.

yasui qian Ngaat seoi cin


Adalah dipercayai sampul merah ini boleh melindungi kanak-kanak daripada roh jahat yang dipanggil xie sui. Sampul angpao itu dikenali sebagai yasui qian/Ngaat seoi cin dan bertujuan untuk menghalau roh tersebut.

24 Januari: Chi Kou/Cek Hau (Red Mouth)

Hari ketiga perayaan ini (yang jatuh pada 24 Januari tahun ini) dinamakan "chi kou/cek hau," atau mulut merah. Pada hari ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi saudara mara atas kepercayaan pertengkaran lebih cenderung berlaku pada hari ini.

Tahun Arnab Air : Persediaan Dan Aktiviti Sambutan Tahun Baru Cina 2023
Source French CN

Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa adalah amat mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi, sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati.

Setiap tahun, astrologi zodiak Cina tertentu bertembung dengan bintang secara negatif. Lawatan ke kuil adalah cara yang baik untuk menyelesaikan konflik tersebut dan membawa keamanan pada bulan-bulan mendatang.


28 Januari: Hari Jadi Orang Ramai

Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日, pinyin: rén rì, Kantonis: yan yat), iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar Cina. Hari ketujuh (28 Januari) Tahun Baru Cina dikatakan sebagai hari di mana ibu dewi Cina, Nuwa, mencipta manusia. Oleh itu, ia dipanggil renri/jan jat (hari lahir rakyat).

Prosperity Toss Yee Sang

Masyarakat yang berbeza di Asia akan menghidangkan pelbagai makanan hari jadi pada hari tersebut. Sebagai contoh, orang di Malaysia menikmati yeesang, atau "Prosperity Toss".


5 Februari : Pesta tanglung (Lantern Festival)

Kemuncak bagi keseluruhan Festival Musim Bunga berlaku pada hari ke-15 dan terakhir (5 Februari 2023). Ini adalah hari terakhir perayaan Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié (Cina Tradisional: 元宵節, Cina Ringkas: 元宵节), atau Cap Goh Mei (十五暝) dalam bahasa Hokkien. Ianya dikenali sebagai versi Cina bagi Hari Kekasih (Hari Valentine Cina).

Pesta tanglung Lantern Festival

Tāngyuán (bebola pulut manis dalam sup) dimakan pada hari ini yang diperbuat daripada tepung pulut. Bergantung kepada amalan setempat, hari yang sama ini juga dikenali sebagai Perayaan Tanglung sebagai hari terakhir festival bagi Tahun Baru Cina.

Rujukan:
CNN The Year of the Rabbit: An illustrated guide to Lunar New Year 
Wikipedia Tahun Baru Cina


Persediaan Menyambut Tahun Baru Cina, pantang larang tahun baru cina, perayaan tahun baru cina pdf, aktiviti sambutan tahun baru cina, tahun baru cina 2023, persiapan tahun baru cina, keunikan tahun baru cina, makanan tahun baru cina, amalan tahun baru cina,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post