Review : Sinopsis Everything Everywhere All At Once (2022) - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Review : Sinopsis Everything Everywhere All At Once (2022)

Trending

Review : Sinopsis Everything Everywhere All At Once (2022)

Review : Sinopsis Everything Everywhere All At Once (2022) | Hi semua! Korang dah tonton filem Everything Everywhere All At Once? Kak Bell terus tonton filem ni apabila Tan Sri Michelle Yeoh telah dicalonkan dalam kategori Pelakon Wanita Terbaik untuk Academy Award atau lebih dikenali sebagai Oscar. Tan Sri Michelle Yeoh yang kini berusia 60 tahun telah mencipta sejarah apabila beliau menjadi pelakon Asia pertama yang dicalonkan di Oscar menerusi filem Everything Everywhere All At Once.

Review : Sinopsis Everything Everywhere All At Once (2022)

Sebelum ini, beliau juga meraih trofi Pelakon Wanita Terbaik Muzikal/Komedi di Anugerah Golden Globe ke-80 ini berlangsung di Beverly Hilton, Beverly Hills, California, Amerika Syarikat. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan tahniah kepada aktres kelahiran Ipoh, Perak itu di atas kejayaan melakar sejarah sebagai pelakon Malaysia pertama meraih trofi di Golden Globe. Yeoh menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville menerusi filem Mrs Harris Goes to Paris, Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grande).

Everything Everywhere All at Once mula tayangan di Amerika Syarikat pada Mac 2022. Filem ini diarahkan oleh Daniel Kwan dan Daniel Scheinert, duo sutradara yang biasa disebut sebagai Daniels. Filem ini telah dicalonkan dalam 11 Kategori Oscar dan mendapat banyak ulasan positif dan ramai yang suka dengan filem ini. Rating dalam website Rotten Tomatoes, filem ini mendapat nilai 95% dan memperolehi rating 8.0/10 dalam rating IMDb mengalahkan Dr. Strange: Multiverse of Madness yang hanya mendapatkan 6.9/10 rating IMDb.


Everything Everywhere All At Once (2022)

Release date: March 24, 2022 (Malaysia)
Directors: Daniel Kwan, Daniel Scheinert
Budget: 25 million USD
Box office: 104.1 million USD
Languages: English, Cantonese
Screenplay: Daniel Kwan, Daniel Scheinert
Nominated for 11 Oscars

Barisan Pelakon/ Everything Everywhere All at Once Cast

Michelle Yeoh sebagai Evelyn Wang
Stephanie Hsu sebagai Joy Wang
Jamie Lee Curtis sebagai Deirdre Beaubeirdre
Ke Huy Quan sebagai Waymond Wang
James Hong sebagai Gong Gong
Tallie Medel sebagai Becky Sregor
Jenny Slate sebagai Big Nose
Harry Shum Jr. sebagai Chad
Biff Wiff sebagai Rick
Sunita Mani sebagai TV Musical - Queen
Aaron Lazar sebagai TV Musical - Soldier
Brian Le sebagai Alpha Jumper - Trophy
Andy Le sebagai Alpha Jumper - Bigger Trophy
Narayana Cabral sebagai Security Guard(as Neravana Cabral)
Chelsey Goldsmith sebagai Security Guard
Craig Henningsen sebagai Security Guard
Anthony Molinari sebagai Police - Confetti
Dan Brown sebagai Police - Salsa


Sinopsis Filem Everything Everywhere All At Once (2022)

Everything Everywhere All at Once bercerita tentang seorang perempuan imigran asal China bernama Evelyn Quan Wang (Miichelle Yeoh) yang tinggal Amerika bersama keluarganya. Evelyn dan suaminya, Wamond Wang (Ke Huy Quan), menjalankan bisnes laundy (kedai mencuci pakaian).

Review : Sinopsis Everything Everywhere All At Once (2022)

Setiap hari Evelyn dihadapkan oleh pelbagai masalah dan konflik keluarga. Dia perlu menghadap perangai suaminya, ayahnya Gong Gong (James Hong) dan anak perempuannya, Joy (Stephanie Hsu). Evelyn tidak sempat untuk mengurus semuanya sendirian dalam satu waktu. Pada suatu hari, bisnes Evelyn dan Waymond perlu diaudit oleh Internal Revenue Service (IRS).

Ketika itulah, semuanya berubah apabila muncul Waymond dari semesta lain (Alpha Waymond). Ia meminta bantuan Evelyn untuk menyelamatkan semesta dari ancaman Jobu Tupaki. Alpha Waymond menyatakan hanya Evelyn di semesta sekarang yang boleh melakukannya demi menyelamatkan kelangsungan multiverse.


Review Filem Everything Everywhere All At Once (2022)

Sekarang ni dah ada banyak filem yang mengenegahkan konsep multiverse atau dunia parallel. Contohnya filem Spider-Man: No Way Home (2021) dan Doctor Strange in the Multiverse of Madness (2022) oleh Marvel Studios. Filem Everything Everywhere All at Once juga adalah sebuah filem yang menampilkan konsep multiverse yang serupa.

Review : Sinopsis Everything Everywhere All At Once (2022)


Pada babak awal, filem terasa normal dengan menampilkan konflik keluarga yang relate bagi banyak orang. Cerita mula menarik bila Waymond dari Alpha verse "verse-jumping” memasuki tubuh Waymond dan seterusnya filem menjadi menarik sampai akhir filem. Watak yang ingin buat "verse-jumping" atau lompatan dari satu semesta ke semesta lain, perlu buat sesuatu sebagai syarat untuk verse jump.

Ada syarat yang aneh dan ekstrem untuk verse-jumpin supaya karakter mendapatkan memori dan kekuatan dari dirinya sendiri versi semesta lain. Ada yang lucu, ngeri dan ada juga yang ekstrem seperti memasukkan d***o ke bahagian sulit belakang! Evelyn pula mesti mengucapkan "Aku Cinta Padamu" kepada musuh sebagai syarat untuk melakukan verse-jumping, tapi kena buat dengan sepenuh hati.


Lakonan para pelakon dalam filem ini semuanya menjadi. Semua pelakon menampilkan yang terbaik untuk filem ini. Pujian memang patut diberikan kepada Michelle Yeoh yang melakonkan banyak watak Evelyn dari semesta lain. Ada sebagai pendekar kungfu, master Chef, penyanyi opera, manusia dengan tangan sosej, Evelyn sebagai owner laundry dan juga sebagai seketul batu! Adegan batu ni kelakar ya, boleh pulak dia jadi batu.

Stephanie Hsu sebagai Joy Wang juga berhasil mencuri perhatian di filem ini selain James Hong yang berusia 93 tahun tampil sebagai Gong Gong. Kostum untuk Jobu Tupaki (Joy Wang) juga sangat menarik dan aneh-aneh.

Review : Sinopsis Everything Everywhere All At Once (2022)


Bila dah ada Michelle Yeoh pastilah ada adegan kung fu yang tidak lari dengan pelakon yang satu ni. Filem ini pamerkan segala genre filem seperti komedi, cinta, sci-fi, seni bela diri hinggalah animasi. Semua all in one macam tajuk filem ni!

Mungkin pada sesetengah penonton agak sukar nak terima filem ni tapi filem ni seriously sangat berbeza dan mampu buat korang ketawa dan menangis sebab ada menyentuh tentang hubungan kekeluargaan yang sangat mendalam. Everything Everywhere All at Once boleh dikatakan sebagai best film of 2022 yang mampu buat penonton relate dengan kehidupan kita sehari-hari. Ada masa baik dan masa buruk seterusnya tonjolkan perspektif baru tentang perjuangan hidup kita sehari-hari. Kak Bell bagi 8.5/10 bintang.

everything everywhere all at once genre, everything everywhere all at once imdb, sinopsis everything everywhere all at once (2022), sinopsis film everything everywhere all at once, everything everywhere all at once meaning, everything everywhere all at once netflix, everything everywhere all at once full movie, everything everywhere all at once trailer, everything everywhere all at once age rating,
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post