Selesai tonton filem The Menu. Cari kat Netflix tak jumpa sebab aritu
perasan ada iklan filem ni. Jadi sis tonton kat aplikasi LokLok. Filem The
Menu ni filem dari Amerika dengan genre Horror, Mystery & Thriller
Comedy. Tang mana comedy pun sis tak pasti sebab tak ada yang kelakar pun.
Hahaha.
Filem ini disutradarai oleh Mark Mylod, ditulis oleh Seth Reiss dan Will
Tracy. The Menu dibintangi oleh Ralph Fiennes, Anya Taylor-Joy, Nicholas
Hoult, Hong Chau, Janet McTeer, Judith Light, dan John Leguizamo.
Rating: R Some Sexual References|Language Throughout|Strong Violent Content)
Genre: Horror, Mystery & Thriller, Comedy
Original Language: English
Director: Mark Mylod
Producer: Adam McKay, Betsy Koch, Will Ferrell
Writer: Seth Reiss, Will Tracy
Release Date (Theaters): Nov 18, 2022, Wide
Release Date (Streaming): Jan 3, 2023
Box Office (Gross USA): $37.6M
Runtime: 1h 47m
Distributor: Searchlight Pictures
Sound Mix: Dolby Atmos, Dolby Digital
Rotten Tomatoes 89%
IMDb RATING: 7.3/10
Barisan Pelakon The Menu
Ralph Fiennes sebagai Julian Slowik, chef selebriti
Anya Taylor-Joy sebagai Margot
Nicholas Hoult sebagai Tyler
Hong Chau sebagai Elsa, Sous Chef
Janet McTeer sebagai Lillian Bloom, pengkritik makanan
Judith Light sebagai Anne
John Leguizamo sebagai Bintang Filem
Reed Birney sebagai Richard Liebbrandt
Paul Adelstein sebagai Ted, editor Lilian
Aimee Carrero sebagai Felicity
Arturo Castro sebagai Soren
Mark St. Cyr sebagai Dave
Rob Yang sebagai Bryce
Rebecca Koon sebagai Linda
Peter Grosz sebagai Sommelier
Sinopsis Filem The Menu 2022
Review Filem The Menu
Anya Taylor-Joy sebagai Margot
Nicholas Hoult sebagai Tyler
Hong Chau sebagai Elsa, Sous Chef
Janet McTeer sebagai Lillian Bloom, pengkritik makanan
Judith Light sebagai Anne
John Leguizamo sebagai Bintang Filem
Reed Birney sebagai Richard Liebbrandt
Paul Adelstein sebagai Ted, editor Lilian
Aimee Carrero sebagai Felicity
Arturo Castro sebagai Soren
Mark St. Cyr sebagai Dave
Rob Yang sebagai Bryce
Rebecca Koon sebagai Linda
Peter Grosz sebagai Sommelier
Sinopsis Filem The Menu 2022
Film The Menu mengisahkan pasangan muda yang datang ke restoran fancy dan
eksklusif di suatu pulau. Mereka datang bersama dengan orang-orang
terkenal seperti pengkritik makanan, pemilik perusahaan dan juga artis
terkenal. Mereka semua ni dapat jemputan untuk menikmati fine dining di
Hawthorne, sebuah restoren eksklusif yang dijalankan oleh seorang
selebriti chef bernama Slowik (Ralph Fiennes).
Cerita bermula bila Margot (Anya Taylor-Joy) dan Tyler (Nicholas Hoult)
plan pergi berlibur dengan mengunjungi restoran Hawthorne di suatu pulau.
Selain mereka, ada juga jemputan lain dan mesti menaiki sebuah kapal ke
sana.
Dari awal, Margot memang sudah merasa agak hairan sebab semua pintu
ditutup rapat dan dijaga ketat. Ternyata benar dugaan Margot, sesuatu
peristiwa mengejutkan terjadi apabila setiap menu hidangan
dihidangkan.
Terdapat 5 hidangan fine dining yang bakal disediakan restoran Hawthorne dan setiap hidangan
menjadikan nyawa semua orang di sana sebagai taruhan termasuklah chef-chef
dan krew di Hawthorne.
Jemputan yang panik, ketakutan dan ingin melarikan diri tetapi tidak
semudah yang dijangka. Adakah jemputan yang terselamat dari plan chef
Julian Slowik?
Asalnya Kak Bell nampak trailer movie ni masa tengah tonton Master Chef
dan Iron Chef. Elok pulak Netflix recommend movie ni. Asalnya Margot (Anya
Taylor-Joy) bukanlah jemputan asal. Margot menggantikan tempat girlfriend
Tyler (Nicholas Hoult) yang telah break-up.
Untuk menu fine-dining yang dihidang memang sangat eksklusif tapi setiap
hidangan tu ada maksud dan motif tersendiri. Setiap orang yang dijemput tu
semuanya ada rahsia gelap dan diungkapkan dalam menu-menu tu. Ada chef
yang tembak diri sendiri ibarat macam showcase semasa menu dihidangkan
(nama menu ke-4 The Mess), ada jemputan yang curang dan selalu datang
makan kat sana tapi tak pernah ingat menu pastu jari dia kena potong dan
Tyler akhirnya mati kena gantung dalam bilik beku daging lepas masak raw lamb.
Disebabkan Margot bukan jemputan asal, jadi Chef Slowik beri option sama
ada Margot nak join mereka atau nak join team jemputan. Walau apa pilihan
Margot tak bermakna dia boleh terlepas dan hidup. Mulanya Margot
bekerjasama dengan chef dan disuruh pergi ke smokehouse. Nanti ada sous
chef Elsa yang kalau korang tengok rasa cam nak sepak je pompuan tu.
Disebabkan Margot berpaling tadah, akhirnya dia terus termasuk dalam team
jemputan yang bakal mati.
menu ke-3 Memory
Adegan demi adegan dalam The Menu boleh dikatakan agak intens sebab kat
pulau tu tak ada orang lain lagi selain krew chef dan jemputan semua.
Filem ni juga menonjolkan sisi macam menyindir budaya fine-dining dimana,
orang kaya yang sanggup berabis nak makan fine dining walaupun secoet je
makanannya.
Kehadiran karakter Taylor-Joy dalam The Menu pun menjadikan plot lebih
menarik sebagai watak utama dalam The Menu. Akhirnya Margot bagitahu dia
tak puas hati dengan hidangan Slowik dan menjadikan dia terpana. Margot
berjaya mengubah keadaan bila dia minta the real cheeseburger tak macam
cheeseburger biasa kat kedai. Then, dia minta take-away sebab tak habis
makan dan chef bungkuskan makanan tadi untuk take-away.
The final dessert S'More
Dalam adegan terakhir itu, hidangan terakhir adalah semua orang kat situ.
Ye, semua jemputan tu dijadikan bahan untuk menu terakhir ya. Nama menu tu S'More dan bahan-bahan dia marshmellow, coklat, graham cracker, customer, staff, restoren. Mana tak nya semua kena bakar pastu restoren meletop. Adakah
Margot selamat? So korang tonton lah The Menu.
The Menu Trailer
Secara keseluruhan, The Menu adalah sebuah filem sindiran yang best. Semua
adegan kat dalam restoren tu aje dan jalan cerita pun tak adalah
memeningkan tapi ada intensnya. Kak Bell bagi 6/10 bintang.
the menu streaming 2022, the menu plot spoiler, the menu Netflix, the menu
IMDb, the menu trailer, the menu movie cannibalism, the menu wiki, the menu
Reddit, the menu reviews, the menu 2021 movie, movie review off the menu,
review filem, the menu movie ending explained, the menu movie cannibalism,
the menu - rotten tomatoes,