Resepi Ayam Goreng Bawang Putih Simple | Baru-baru ni bila scroll FB reel
ada ternampak resepi ayam goreng bawang putih. Sekali tengok macam goreng
ikan dengan bawang putih mak-mak lepas bersalin. Terus sis nak cuba buat.
Ada banyak juga versi dan cara nak masak ayam goreng bawang putih ni. Ada
yang letak sos tiram, pakai telur ayam tapi sis buat yang paling
simple.
Untuk bahan perapan nanti pakai biji ketumbar, lada sulah dan lada hitam boleh
guna jenis serbuk supaya mudah kerja. Kak Bell gigih tumbuk manual pakai
lesung batu kebab tak de stok serbuk. Maklumlah baru je start nak masak
semula setelah sekian lama gantung kuali!
Masa menggoreng ayam yang sudan diperap, guna minyak banyak supaya ayam
boleh masak sekata. Kalau guna minyak sikit, takut ayam bersalut tepung tu
cepat garing. Masa menggoreng tu nanti masukkan bawang putih 3,4 ulas dengan
kulitnya tanpa kupas untuk buat masakan lagi wangi. Sis buang kulit sebab
nanti takut tak makan plak bawang putih tu. Ok jom tengok resepi ayam goreng
bawang putih viral ni.
Bahan A
5-6 potongan ayam (secukupnya)
1 kiub ayam
1 sudu besar tepung jagung
1 susu besar tepung gandum
Bahan B (bahan kisar/bahan tumbuk)
5 ulas bawang putih
1 biji bawang merah/besar
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar lada sulah
1 sudu besar lada hitam
Cara memasak ayam goreng bawang putih:
1. Potong bahagian ayam saiz ikut suka dan cuci bersih ayam.
2. Kisar bawang putih dan bawang merah kemudian asingkan.
3. Kisar/tumbuk halus bahan rempah ketumbar, lada sulah dan bawang hitam.
2. Kisar bawang putih dan bawang merah kemudian asingkan.
3. Kisar/tumbuk halus bahan rempah ketumbar, lada sulah dan bawang hitam.
5. Kacau rata semua bahan dan perapkan ayam semalaman.
7. Masukkan lagi 4-5 ulas bawang putih tanpa dikupas kulitnya.
8. Sedia diangkat dan dihidang.
TIPS!
- Boleh guna chicken stok dan sos tiram untuk perapan
- Guna minyak yang banyak sebab ayam bersalut tepung
- Boleh kurangkan tepung ikut kuantiti ayam kalau nak senang masa menggoreng
- Boleh gunakan rempah dalam bentuk serbuk supaya lebih mudah
- Boleh juga blend sekali sedikit halia jika suka
Bawang putih tu nanti akan buat ayam goreng lebih wangi tambah pulak ada
pakai ketumbar. Tak payah tambah garam atau secukup rasa sebab dah pakai
kiub ayam. Semerbak wangi baunya, sekampung boleh bau ye. Hehe. Selamat
mencuba!