Penang White Curry Noodles Dipilih Mee Segera Terbaik Di Amerika? - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Penang White Curry Noodles Dipilih Mee Segera Terbaik Di Amerika?

Trending

Penang White Curry Noodles Dipilih Mee Segera Terbaik Di Amerika?

Penang White Curry Noodles Dipilih Mee Segera Terbaik Di Amerika?  Pernah dengar Penang White Curry Noodle Dari My Kuali tak? Sebenarnya Kak Bell pertama kali dengar. Lagipun banyak sangat pilihan mi instant kat pasaran. Brand yang hitu-hitu jelah yang Kak Bell makan, tak berani nak cuba brand2 lain.

Penang White Curry Noodles Dipilih Mee Segera Terbaik Di Amerika?

Tengan browsing ternampak artikel Penang White Curry Noodles dipilih mee segera terbaik di Amerika. Ada juga Kak Bell nampak resepi White Mee Curry atau Mee Kari Putih ni. Nanti nak try buatlah.

Katanya Malaysia ni menduduki tempat ke-13 di dunia sebagai negara yang tertinggi permintaan mi segera. Dalam satu laporan terbaharu dari The Strategist, agensi berita di Amerika Syarikat telah meletakkan jenama keluaran MyKuali iaitu Penang White Curry di tempat pertama dalam kategori Mi Sup Segera Terbaik pada tahun 2019. Wah penangan white curry sedap ni terus mat saleh suka ya!


Penang White Curry Noodle ni adalah mee keluaran dari My Kuali. Sedap sangat ke Penang White Curry Noodle Dari My Kuali ni sebab sebelum ni jualannya hangat sampai kehabisan stok. Tak tahulah ada lagi ke tidak jenama ni. Nanti Kak Bell nak pergi cari.

Penang White Curry Noodles Dipilih Mee Segera Terbaik Di Amerika?
Kredit : Eny Abdullah


Kalau Kak Bell tengok resepi Mee Kari Putih homemade ni, kuahnya berwarna putih. Bahan bahan dalam tu sama sahaja macam mee kari biasa. Ada fishball, fishcake dan tauhu kembong, taugeh, isi udang dan jejari ketam. Kalau letak sambal cili, nampak kuahnya macam Mee Kari biasa.

Disebabkan Penang White Curry Sedap ni dah jadi pilihan orang Amerika, haruslah sis akan cuba. Kalau rajin sis masak sendiri and kalau malas kita beli yang yang instant ajelah! Hehe.

white curry sedap, mykuali penang white curry review, mykuali penang white curry noodle halal, mykuali penang white curry malaysia, mie sedaap white curry, mykuali penang white curry, curry mee,
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post