Cara Nak Buat Blog Percuma Dan Buat Duit Dengan Menulis Blog - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Cara Nak Buat Blog Percuma Dan Buat Duit Dengan Menulis Blog

Trending

Cara Nak Buat Blog Percuma Dan Buat Duit Dengan Menulis Blog

Hi semua! Kak Bell menulis artikel ini untuk membantu anda jika ingin menjadi seorang blogger yang sukses. Saya akan menunjukkan kepada anda cara yang dapat anda gunakan untuk membuat blog secara percuma seterusnya buat duit dengan menulis blog. Selain tempat untuk menulis atau tempt meluah segalanya dalam bentuk penulisan, anda juga boleh jana pendapatan melalui perkhidmatan pengiklanan, perkhidmatan penulisan, perkhidmatan review dan macam-macam lagi. Yang penting kena hasilkan blog yang baik, kempetetif dan ada kekuatan sendiri.

Cara Nak Buat Blog Percuma Dan Buat Duit Dengan Menulis Blog

1. Sediakan Laptop/PC Dan Jaringan Internet
Perkara pertama adalah menyediakan laptop atau desktop dan sambungan internet/data selular internet (Telco). Jika ada modal lebih boleh juga gunakan i-Pad. Disarankan untuk menggunakan laptop atau desktop kerena lebih mudah berbanding menggunakan smartphone atau telefon bimbit ketika menulis blog.


2. Pilih Platform Blog Dan Hosting
Ada banyak platform yang anda boleh pakai seperti Blogger, Wordpress, Wix, Tumblr, Gator dan sebagainya. Dalam panduan ini, saya akan tunjukkan cara buat blog menggunakan platform blogspot yang bagi saya antara platform yang paling mudah untuk dikendalikan terutamanya kepada newbie atau yang baru nak mula. Selain itu platform blogspot atau blogger ini, termasuk dengan hostingnya (tempat simpanan data/file/gambar blog anda) adalah 100 % percuma kerana platform blogspot merupakan produk Google sendiri.

Cara Nak Buat Blog Percuma Dan Buat Duit Dengan Menulis Blog

3. Pilih Blog Niche/Nama Blog (URL Blog)
Niche dalam dunia blogging bermaksud tema yang anda bawakan dalam blog anda. Apa yang anda ceritakan dalam blog anda. Ada macam-macam blog niche ideas seperti Finance, Business, Technology, Education, Entertainment, Travel, Food and drink, Beauty and fashion, Health and fitness, Gaming, Lifestyle, Pets dan sebagainya. Kemudian anda dah boleh fikirkan apa nama blog dan alamat blog (URL) yang anda nak gunakan.


4. Daftar Akaun Gmail
Anda boleh juga daftar guna alamat email lain seperti Yahoo dan sebagainya, tetapi anda akan kehilangan kelebihan yang diberikan untuk seorang pemilik akaun Google. Jadi disarankan anda untuk membuat akaun Gmail (examples@gmail.com).

Cara Nak Buat Blog Percuma Dan Buat Duit Dengan Menulis Blog

5. Mula Buat Blog
Pergi ke pautan www.blogger.com dan klik pada "Create Your Blog”. Sign In sahaja akaun gmail tadi dan masukkan password anda seperti biasa seperti yang anda daftarkan sebelum ini.

Cara Nak Buat Blog Percuma Dan Buat Duit Dengan Menulis Blog

Masukkan nama blog anda, tekan next. Nama yang anda gunakan akan menjadi URL blog anda. Pautan URL ini tidak boleh diubah selepas anda tetapkan. Jadi pastikan anda sudah fikir URL unik. Jika nak tukar, kemudian nanti anda boleh membeli custom domain lain seperti .com, .net atau .my. Custom domain ni nanti akan redirect dari domain asal di blogspot anda.

Contohnya mommy.blogspot.com akan redirect ke custom domain mommy.com /mommy.my / mommy.net. Untuk custom domain ni berbayar tetapi hosting masih percuma sebab guna hosting blogger/blogspot. Kak Bell gunakan/beli custom domain dari NetKL. Boleh baca Cara Tukar Domain Blogspot.com kepada .com


6. Pilih Blog Template
Apabila dah dapat URL blog atau alamat blog sendiri, maka langkah seterusnya ialah memilih template. Ada banyak pilihan template yang telah disediakan oleh blogspot.com sendiri. Pilih mana-mana yang berkenan di hati dan bolehlah pilih template mudah untuk permulaan. Jangan risau, template anda boleh ubah dan pilih yang lain kemudian. 

Cara Nak Buat Blog Percuma Dan Buat Duit Dengan Menulis Blog

Cara Nak Buat Blog Percuma Dan Buat Duit Dengan Menulis Blog
Platform menulis artikel


Selepas pilih, klik Create blog! Hanya klik Start New Post untuk mulakan langkah memuat naik artikel di blog dan klik View Blog untuk lihat rupa blog anda.

7. Setting Blog Supaya Mesra SEO
Anda perlu tetapkan atau setting blog anda supaya mesra mesin pencarian Google (SEO), supaya lebih mudah orang ramai cari blog anda dan ranking blog di Google secara automatik. Pada bahagian setting ini terdapat 16 bahagian seperti berikut:

Cara Nak Buat Blog Percuma Dan Buat Duit Dengan Menulis Blog
Bahagian settings

Cara Nak Buat Blog Percuma Dan Buat Duit Dengan Menulis Blog
Layout blog


Basic - Pada bahagian ini anda perlu masukkan tajuk blog, description dan upload Favicon blog anda. Anda boleh lihat dalam gambar sebagai rujukan. Dah selesai, klik "Save"

Privacy - Pada bahagian ini biar ianya ON supaya orang ramai boleh cari blog anda ini

Publishing - Pada bahagian ini anda tidak perlu ubah apa-apa. Biarkan sahaja

HTTPS - Biarkan HTTPS redirect dalam keadaan ON supaya blog anda lebih selamat atau secure

Permissions - Disini anda boleh masukkan beberapa penulis lain untuk menulis bagi blog anda. Jika tiada, biarkan sahaja

Posts - Biarkan sahaja seperti yang telah ditetapkan

Comments - Disini anda boleh tetapkan siapa yang boleh komen pada artikel anda. Anda tetapkan pada bahagian "Who can comment?". Jika tidak, biarkan sahaja

Email - Biarkan sahaja seperti yang telah ditetapkan

Formatting - Anda perlu ubah pada Time zone kepada Malaysia Time - Kuala Lumpur (GMT+08:00)

Meta tags - Anda perlu tik untuk "ON" kan Enable search description. Klik pada "Search desciption" dan masukkan perihal blog anda dalam 150 patah perkataan sahaja. Ringkas! Ini memudahkan mesin pencarian mencari keyword pada blog anda.

Errors and redirects - Biarkan sahaja seperti yang telah ditetapkan

Crawlers and indexing - Biarkan sahaja seperti yang telah ditetapkan

Monetization - Jika anda sudah berjaya dapatkan akaun Adsense, anda boleh masukkan ads.txt pada bahagian ini. Jika tidak, biarkan sahaja

Manage Blog - Disini anda boleh backup kandungan blog atau anda boleh padam sepenuhnya blog anda ini.

Site feed - Biarkan sahaja seperti yang telah ditetapkan

General - Anda boleh tetapkan profile blog anda dengan klik pada "User Profile". Masukkan semua maklumat yang diperlukan terutamanya URL blog dan gambar anda. Yang lain nak skip pun boleh.


8. Pasang Widget Di Blog
Langkah seterusnya iaitu memasang widget pada blog. Disarankan anda pasang widget blog yang penting sahaja. Semuanya bergantung kepada blog templete pilihan anda nanti.

Cara Nak Buat Blog Percuma Dan Buat Duit Dengan Menulis Blog

Di atas adalah langkah untuk blogger newbie atau blogger pemula. Jika anda nak gunakan template blog lain selain disediakan blogger/blogspot pun boleh. Anda boleh dapatkan free template atau template berbayar di BTemplates, Gooyaabi Templates, Sora Templates, Wix.Com dan lain-lain.

Sekarang anda dah ada blog sendiri. Simple je kan cara buat blog sendiri? Saya harap anda dapat belajar banyak dari artikel ini untuk menghasilkan blog dan seterusnya menjana wang dengan blogging. Yang penting hasilkan konten penulisan yang ada value pada pembaca. Dah ok nanti baru kita belajar lagi tentang blog SEO seperti keywords, backlinks dan sebagainya. Semoga bermanfaat dan Selamat berblogging!

Kredit : Aiman Abdullah, Hasrul Hassan


cara nak buat blog percuma, contoh blog kreatif, bagaimana cara nak buat blog, cara nak buat duit dengan blog, cara buat blog dapat duit, cara buat blog berbayar, cara buat blog cantik, cara buat blog pendidikan, cara buat website sendiri, cara nak buka blog, buat duit dengan menulis blog, buat duit dengan blogspot, cara nak buat duit dengan blogging,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post