Cara Memilih Buah-Buahan Yang Manis, Segar Dan Baik - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Cara Memilih Buah-Buahan Yang Manis, Segar Dan Baik

Trending

Cara Memilih Buah-Buahan Yang Manis, Segar Dan Baik

Cara Memilih Buah-Buahan Yang Manis, Segar Dan Baik | Semenjak pandemilk Covid-19 melanda ni, rutin mengambil buah-buahan sangatlah penting. Selain boleh meningkatkan imunisasi tubuh, buah-buahan juga mengandungi banyak vitamin dan mineral yang menguatkan sistem daya tahan tubuh. Yang penting buah-buahan dengan kandungan Vitamic C yang banyak.

Cara Memilih Buah-Buahan Yang Manis, Segar Dan Baik

Paling tak best bila membeli buah, menyesal bila buahnya tak manis dan rosak. Sebenarnya ada cara yang betul dalam memilih buah-buahan yang baik dan segar. Kak Bell kongsikan cara pilih buah secara umum dan untuk beberapa jenis buah. Kalau tak ada tips untuk buah yang korang cari, Kak Bell kongsi dalam next artikel ya. Jom baca dengan lebih lanjut.


Tips Memilih Buah-Buahan Yang Manis Dan Segar

1. Beli Ketika Musim Buah
Pastikan anda membeli buah-buahan mengikut musim buah sebab semasa musimnya, buah-buahan berada dalam keadaan yang segar dan cukup baik.

2. Pilih Buah Guna Deria
Hidu, sentuh dan teliti keadaan buah sebelum buat pilihan. Ini penting supaya anda memilih buah-buahan yang sudah masak dan segar atau buahnya masam, belum cukup masak atau sudah tidak segar.

Sesetengah buah hadir dengan bau yang melambangkan ia sudah masak seperti buah durian dan tembikai susu. Sesetengah buah juga mempunyai bau masam dimana ia sudah mula merosak dibahagian dalam.

3. Periksa Tangkai
Anda boleh periksa tangkai pada buah jika tangkainya masih ada. Tangkai buah-buahan akan secara semulajadinya membengkok setelah buah dipetik. Tangkai yang berona hijau dengan buah yang sudah cukup matang adalah yang terbaik untuk dipilih, manakala tangkai yang berona hijau tetapi dengan buah yang agak keras menunjukkan keadaan buah belum cukup masak namun ia boleh disimpan sehingga ia betul-betul masak.

Elakkan dari memilih buah-buahan yang bertangkai kering kerana kemungkinan ia sudah dipetik agak lama dari pohonnya dan teksturnya juga agak kehilangan kesegaran semulajadi.

4. Jangan Pilih Buah Yang Berlubang
Jika anda menjumpai buah-buahan yang sudah berlubang walaupun sedikit, elakkan dari membelinya kerana rasa dan tekstur dalamannya pasti turut berubah akibat lubang yang mungkin dimakan ulat buah.


5. Pastikan Warna Buah
Contohnya, jangan mengambil buah strawberi yang berwarna hijau kerana akan masam dan tidak cukup matang.

6. Periksa Tanda Hitam Atau Lebam
Buah-buahan yang sudah bertukar warna dengan tompokan hitam atau lebam sememangnya sudah agak lama dipetik dan sekaligus menjejaskan rasa semulajadinya.

7. Genggam Buah
Untuk buah seperti epal dan pear akan padat dan rangup, tetapi tidak pada pic, plum, dan buah-buahan lembut yang lain. Anda boleh genggam buah dan lakukannya dengan cara teliti kerana takut boleh merosakkan keadaan buah.

8. Pastikan Tempat Letak Buah
Elak mengambil buah yang disimpan di dalam kotak bertutup atau beg guni.


Cara Pilih Buah Epal
  • Pilihlah buah epal yang masih memiliki bau yang harum, kulit yang elok, dan berwarna cerah.
  • Kita juga boleh mengetuk buah epal menggunakan jari kita. Jika ia kedengaran kuat maka epal adalah segar, rangup dan banyak air. 
  • Jika bunyi itu berat, maka epal tidak lagi rangup atau air kering. Jika epal terasa lembut bila ditekan bermaksud epal tersebut tidak rangup. 
  • Pastikan epal yang anda pilih terasa keras bila ditekan dengan jari.
  • Pilih epal yang ada jalur lebih manis dari epal yang berbintik-bintik.
  • Pilih epal ada lubang dari tangkai lebih dalam di bahagian atas dan bawah untuk pilih epal yang lebih manis
  • Mitos yang mengatakan sebiji epal rosak mampu merosakkan yang lain adalah benar.

Cara Memilih Buah-Buahan Yang Manis, Segar Dan Baik


Cara Pilih Buah Pisang
  • Pisang yang berwarna kuning menandakan bahawa pisang ini sudah matang dan boleh dimakan. 
  • Pisang yang hijau akan mengambil sedikit masa untuk masak sebelum boleh di makan.
  • Jika anda tidak habiskan terus atau makan buah pisang yang dibeli, ada baiknya anda pilih yang masih hijau. 
  • Jangan menyimpan pisang di dalam peti sejuk kerana boleh membuatnya lebih cepat menjadi hitam.
  • Pilihlah yang bentuk pisangnya bulat dan hindari bahagian batangnya yang sudah terlalu kering.

Cara Memilih Buah-Buahan Yang Manis, Segar Dan Baik

Cara Pilih Buah Anggur
  • Pilihlah anggur yang memiliki tekstur padat, tidak kecut, dengan warna anggur yang masih pekat/terang serta tidak pucat.
  • Pilih anggur tanpa ada lubang, dan masih melekat pada tangkainya.
  • Jangan pilih buah anggur yang sudah melekit, anggur yang sudah tercabut dari tangkainya, atau berbintik-bintik keputihan.

Cara Memilih Buah-Buahan Yang Manis, Segar Dan Baik


Cara Pilih Buah Betik
  • Pilih betik yang mempunyai warna oren dan merah. 
  • Kulit licin serta bintik gelap juga boleh dipilih. Biasanya, buah betik dengan ciri ini mempunyai rasa manis dan segar.
  • Pilih buah betik dengan bentuk lurus atau panjang dan jangan pilih betik yang atasnya kecil bawahnya besar atau sebaliknya.

Cara Memilih Buah-Buahan Yang Manis, Segar Dan Baik

Cara Pilih Buah Tembikai
  • Pilih tembikai yang batangnya kering dan mudah dilepaskan.
  • Pilih tembikai yang apabila diketuk ia tidak berbunyi keras kerana terdapat banyak kandungan air.
  • Pilih tembikai dengan warna kulit yang tidak pucat, mempunyai garis warna yang kuat, dan batang kerinting serta mempunyai bulatan kecil di bahagian bawah.

Cara Memilih Buah-Buahan Yang Manis, Segar Dan Baik

Cara Memilih Buah-Buahan Yang Manis, Segar Dan Baik

Cara Memilih Buah-Buahan Yang Manis, Segar Dan Baik


Cara Pilih Buah Nanas
  • Nanas yang sudah masak akan mempunyai tekstur yang empuk apabila ditekan. Elakkan dari membeli nanas yang mempunyai tekstur keras kerana ini bermakna nanas masih muda dan belum sedia untuk dimakan.
  • Keranuman buah nanas boleh dipastikan apabila daun di tengah boleh dicabut dengan mudah.
  • Pilih warna nanas kuning keemasan dengan daun yang masih hijau, dan bukannya yang sudah layu
  • Jika sudah matang, nanas akan mempunyai aroma yang manis dan segar manakala nanas yang muda tidak mempunyai apa-apa aroma. 
  • Sekiranya terdapat bau tidak menyenangkan seperti alkohol atau cuka, maknanya nanas sudah terlebih matang dan kemungkinan sudah busuk.

Cara Memilih Buah-Buahan Yang Manis, Segar Dan Baik


Cara Pilih Buah Mangga
  • Mangga yang sudah masak kebiasaannya mempunyai kulit berwarna kuning terang.
  • Mangga yang matang dan manis mempunyai aroma yang sangat harum, manakala mangga yang dipetik dari pokok sebelum matang tidak mempunyai aroma langsung.
  • Mangga yang lebih panjang lebih manis.

Cara Memilih Buah-Buahan Yang Manis, Segar Dan Baik

Cara Pilih Buah Oren
  • Buah oren ada betina dan jantan. Buah yang betina ada bulat yang besar pada bahagian tangkai yang ditanggalkan.
  • Oren betina lagi manis dari oren jantan.

Cara Memilih Buah-Buahan Yang Manis, Segar Dan Baik

Cara Pilih Buah Pear
  • Buah pear pun ada betina dan jantan. Yang jantan bentuknya panjang dan tajam sedikit berbanding pear betina yang lebih bulat.
  • Pilih buah pear betina lebih manis.

Cara Memilih Buah-Buahan Yang Manis, Segar Dan Baik


Cara Pilih Buah Durian
  • Bentuk durian yang bulat menandakan isi yang padat berbanding durian yang berbentuk lonjong. 
  • Apabila memilih durian berdasarkan berat, pilihlah durian yang ringan kerana isinya lebih banyak. 
  • Tangkai buah durian perlu diambil kira sewaktu membeli kerana tangkai yang pendek dan tebal menandakan isi yang banyak dan padat. 
  • Pastikan durian mempunyai duri yang pendek dan jarang-jarang kerana ini menandakan isi yang padat.
  • Pilih durian yang mempunyai aroma manis untuk mendapatkan isi yang manis juga. 

Cara Memilih Buah-Buahan Yang Manis, Segar Dan Baik

Begitulah kisahnya tips dan cara nak pilih buah-buahan di Malaysia. Walaupun perkara ini nampak seperti remeh, tetapi sebenarnya dengan mengetahui cara-cara memilih buah yang betul, anda boleh menjimatkan duit dan juga masa kerana anda tidak akan tersalah membeli buah yang sudah busuk ataupun yang tidak matang atau tidak masak. Semoga bermanfaat untuk korang pilih buah yang lebih manis!

cara memilih buah yang segar, bagaimana cara memilih buah anggur segar, tujuan memilih dan mengolah buah segar dengan cara yang benar, tips memilih buah tembikai, tips pilih buah tembikai, tip memilih tembikai, cara memilih buah tembikai, cara pilih nanas untuk masak, cara pilih nanas yang manis, tips pilih buah oren manis, tips pilih betik,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post