Cara Jawap Azan Rumi (Semua Waktu Solat Termasuk Waktu Subuh) | Menjawab
seruan azan setelah azan dilaungkan adalah dianjurkan sebagai umat Islam.
Perkara yang nampak mudah, mungkin dianggap tidak susah, kadangkala kita
lupa nak buat. Di sini dikongsikan cara jawab azan yang betul, termasuk cara
menjawab azan Subuh.
Dari segi bahasa, azan bermaksud ialah “al-i`lam” (pemberitahuan) atau
“an-nida’” (seruan). Azan ialah suatu gabungan perkataan-perkataan tertentu
untuk menandakan waktu solat fardu atau boleh diertikan sebagai
pemberitahuan tentang waktu solat.
Hukum menjawab azan adalah sunnah muakkadah (sunat yang dituntut). Ketika
azan dilaungkan, kita sebagai umat Islam dianjurkan agar meninggalkan segala
aktiviti yang sedang dilakukan serta dalam masa yang sama perlulah menjawab
azan sebagai satu bentuk penghormatan.
Daripada Abu Sa’id al-Khudri bahawa Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا سَمِعْتُمُ النِّدَاءَ، فَقُولُوا مِثْلَ مَا يَقُولُ المُؤَذِّنُ
Maksudnya: “Apabila kalian mendengar adzan maka ucapkanlah seperti yang sedang diucapkan muadzin”. [Riwayat al-Bukhari (576)]
Apa Maksud Azan?
Azan ialah seruan panggilan yang menandakan telah masuk waktu untuk
melakukan solat yang dilakukan oleh muazzin atau bilal (orang yang
melaungkan seruan azan). Azan hanya boleh dilakukan oleh lelaki sahaja dan
bukan perempuan dan kaedah azan adalah dilaungkan dengan lafaz-lafaz dan
nada tertentu.
Maksud Azan Dalam Rumi
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.
Aku bersaksi bahawa Nabi Muhamad itu pesuruh Allah.
Marilah mendirikan solat.
marilah mendirikan solat.
Marilah kepada kejayaan.
Marilah kepada kejayaan.
Allah Maha Besar, Allah Maha Besar.
Tiada Tuhan melainkan Allah.
Cara Jawab Dan Lafaz Azan Dalam Rumi
Anda yang masih tidak faham tentang kaedah menjawab azan yang betul, boleh lihat infografik dibawah supaya lebih mudah.Lafaz Azan & Lafaz Jawab Azan
Lafaz Azan : Allahu Akbar, Allahu akbar
Jawab Azan : Allahu Akbar, Allahu akbar
Lafaz Azan : Ashadualla ilaha illallah
Jawab Azan : Ashadualla ilaha illallah
Lafaz Azan : Ashaduannamuhammadar rasulullah
Jawab Azan : Ashaduannamuhammadar rasulullah
Lafaz Azan : Haiyya ‘alas solah
Jawab Azan : Laa haula wa laa quwwata illaa billaah
Lafaz Azan : Haiyya ‘alal falah
Jawab Azan : Laa haula wa laa quwwata illaa billaah
Lafaz Azan : Allahu akbar, Allahu akbar
Jawab Azan : Allahu akbar, Allahu akbar
Lafaz Azan : Laa ilaha illallah
Jawab Azan : Laa ilaha illallah
Cara Jawap Azan Subuh
Seperti yang dimaklumkan di atas tadi, azan Subuh ada kalimah tambahan
yang bertujuan mengingatkan umat Islam yang sedar tidur supaya bangkit dan
bangun mendirikan solat. Azan subuh yang dilaungkan mengandungi kalimah
ini:
Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm
Solat itu lebih baik daripada tidur.
Jawab Azan :
sodaqta wa bararta
Benar dan Engkau mendapat kebaikan.
Berikut adalah doa selepas azan dalam rumi:
Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.
Innaka laatukhliful mi’ad.
Solat itu lebih baik daripada tidur.
Jawab Azan :
sodaqta wa bararta
Benar dan Engkau mendapat kebaikan.
Ringkasan Cara Jawab Azan
Kalimah Hayya ‘alas-salāh hendaklah dijawab dengan La Haula wala quwwata
illa billah yang bermaksud Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali
dengan pertolongan Allah.
Kalimah Hayya ‘alal-falāh hendaklah dijawab dengan La Haula wala quwwata
illa billah yang bermaksud Tidak ada daya dan tidak ada kekuatan, kecuali
dengan pertolongan Allah.
Kalimah Aṣ-ṣalātu khayru min an-naūm hendaklah dijawab dengan sodaqta wa
bararta yang bermaksud Benar dan Engkau mendapat kebaikan.
Bacaan Doa Selepas Azan / Doa Selepas Azan Dalam Rumi
Allahumma rabba hazihid da’ watittamah.
Wassolatil qaimah.
Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah.
Wassyarafa waddarajatal ‘aliatar rafi’ah.
Wab’athhul maqamal mahmudal lazi wa’adtah.
Innaka laatukhliful mi’ad.
Maksud Doa Selepas Azan
Ya Allah, Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang
akan didirikan.
Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang Engkau telah janjikan
kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan.
Sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
cara jawap azan rumi, cara jawab azan subuh, lafaz azan
dan jawab azan, maksud jawab azan subuh, cara jawab azan dengan betul, cara
jawab azan dan iqamah, doa selepas azan dalam rumi, cara jawab lafaz azan, cara nak jawab azan,