Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bayaran Bantuan Tunai B40
Mulai 17 Januari 2023 | Menerusi kenyataan rasmi Perdana Menteri Malaysia
iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kementerian Kewangan, STR/BKM telah
dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus
ditambah baik.
STR Fasa 1 untuk B40 diawalkan kepada Januari berbanding perancangan awal
pada Mac depan bagi meringankan beban sara hidup rakyat. Kerajaan telah
memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif
membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara
hidup.
STR Fasa 1 membabitkan kategori penerima isu rumah berjumlah empat juta
dengan kadar RM300, 1.2 juta warga emas tanpa pasangan (RM100), manakala 3.5
juta golongan bujang (RM100). Pembayaran Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
adalah kepada 8.7 juta golongan B40 yang bernilai RM1.67 bilion, akan
dikreditkan ke dalam akaun bank penerima berdaftar di pangkalan data STR
secara berperingkat mulai esok 17 Januari 2023.
Untuk makluman, terdapat 3 kategori yang akan terlibat menerima bantuan STR
fasa 1 ini dengan kadar yang telah ditetapkan seperti berikut :
Kategori bujang : Menerima bayaran sebanyak RM100
Kategori warga emas tiada pasangan : Menerima bayaran sebanyak RM100
TARIKH BAYARAN STR
Pihak kerajaan secara rasmi telah mengumumkan bahawa pembayaran Sumbangan
Tunai Rahmah (STR) fasa 1 akan mula dikreditkan secara berperingkat pada 17
Januari 2023 di seluruh negara.
Dimaklumkan pembayaran STR akan diberikan secara kredit terus ke akaun
masing-masing. Bagi yang tidak mempunyai kad bank, anda boleh tebus bantuan
di mana-mana cawangan Bank simpanan nasional (BSN) berdekatan. Tuntutan
boleh dibuat bermula pada 17 Januari 2023.
Bagi penerima STR di kawasan pedalaman, termasuk Sabah dan Sarawak yang
mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran
itu pada tarikh sama. Penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat
penunaian di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 17 Januari.
Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari dan maklumat lanjut
berkaitan pembayaran boleh dirujuk melalui ruangan Soalan Lazim (FAQ) di
Portal Rasmi STR melalui pautan
https://bantuantunai.hasil.gov.my
Untuk makluman, pemberian sumbangan ini adalah bagi rakyat Malaysia yang
memerlukan pada tahun ini. Pemberian bantuan STR ini bagi menggantikan
bantuan BKM pada tahun ini.
Kredit :
https://carianterbaru.com/category/bantuan/
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/01/1052688/bantuan-tunai-b40-kini-sumbangan-tunai-rahmah-bayaran-fasa-pertama
bantuan tunai b40, sumbangan tabung masjid, sumbangan bersamamu tv3, bantuan
tunai one off rm500, bantuan tunai one off, sumbangan b40, sumbangan tabung
haji, Sumbangan Tunai Rahmah STR, Bantuan Keluarga Malaysia BKM,
Bantuan Tunai Rakyat BTR, cara mohon BTR, cara semak BTR, semakan tunai rahmah, bantuan tunai rahmah, bantuan tunai rakyat, permohonan bantuan tunai rahmah, bantuan tunai rahmah hasil gov, bantuan tunai hasil gov my login, daftar bantuan tunai rahmah, bantuan tunai rahmah semakan online,