Jumaat lalu Kak Bell berkesempatan ke konsert ‘Blossom Intimate’ daripada
penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) di Plenary Hall, Kuala Lumpur
Convention Centre (KLCC). Konsert BCL berlangsung sukses dengan penuh emosi
dan kejutan. Ini adalah persembahan sulungnya di Malaysia selepas pemergian
suami tercinta, Ashraf Sinclair. Kali terakhir BCL membuat persembahan adalah
ketika konsert
Konsert Anuar Zain, BCL & Yuka Kharisma LIVE in KL pada 2018.
Konsert BCL Blossom Intimate KL menampilkan 3 buah segmen iaitu
Awakening-Reborn, Grow dan segmen ketiga Blossom. Bunga tampil memberikan
persembahan bertenaga dengan mempersembahkan sekitar 20 lagu termasuk lagu
medley, sekali gus membawa penonton melalui fasa demi fasa dalam kisah
hidupnya sebagai wanita. BCL juga membawakan lagu duet bersama dengan Ariel
Noah, Danar Widianto (X Factor Indonesia tempat ke-3) dan Ray Prasetya (Super
Idola Band).
Persembahan yang dihadiri lebih 2,800 orang peminat tidak hanya memukau dengan
vokal nyanyian secara ‘live’, malah BCL memberi kejutan penonton apabila
melakukan persembahan bersama anak tunggalnya iaitu Noah Sinclair. Penampilan
istimewa daripada anak lelakinya itu mencuri tumpuan peminat apabila
menyanyikan bahagian (part) rap ketika lagu Dance Tonight.
12 Tahun Terindah Buat Bunga Citra Lestari Sebak
Bunga berkongsi memori bahagianya bersama Ashraf melalui segmen kedua menerusi
lagu Tentang Kamu, Wanita Terbahagia dan 12 Tahun Terindah. BCL berkongsi rasa
sedih bagaimana pemergian Ashraf meletakkan dirinya di titik terendah dalam
fasa kehidupannya.
Bunga Citra Lestari sehingga tidak dapat menahan rasa sebak sewaktu dendangan
12 Tahun Terindah dan terus mendapat tepukan semangat dari penonton. Momen
tersebut turut membuatkan sesetengah penonton yang hadir turut berada sebak
dan menitiskan air mata. Tambahan pula apabila persembahan tersebut turut
memaparkan koleksi foto momen indah Bunga bersama Allahyarham suaminya, Ashraf
Sinclair.
Single Terbaru BCL Badai Telah Berlalu
Buat pertama kalinya Bunga membawakan lagu barunya yang bertajuk Badai Telah
Berlalu, single kolaborasi yang dilantunkan oleh Diskoria, Laleilmanino, dan
Bunga Citra Lestari (BCL). Hampir tiga tahun hidup tanpa pasangan sejak 18
Februari 2020, kini BCL mengisyaratkan dirinya sudah move on. Di layar pentas
turut memaparkan pelakon Christine Hakim sebagai pelakon dalam video klip
Badai Telah Berlalu.
Selain momen sedih, penonton turut diberi kejutan apabila anak lelaki BCL,
Noah Aidan Sinclair tampil menyanyi dan rapping bersama ibunya untuk lagu
terakhir, Dance Tonight. Noah yang berusia 12 tahun itu juga lincah menari
persis penari profesional sekaligus mengundang sorakan gemuruh penonton.
Penonton sekali lagi terkejut apabila BCL tampil berduet dengan Ariel menerusi
lagu Menghapus Jejakmu dan Mencari Cinta meskipun vokalis kumpulan Noah itu
tidak berada di Malaysia secara fizikal. Ariel merakam video nyanyian tersebut
khas buat penonton konsert di Malaysia.
Konsert BCL Blossom Intimate KL yang dibawakan oleh Icon Entertainment turut
dihadiri keluarga Ashraf termasuk ibu dan bapanya iaitu Mohamed Anthony John
Sinclair, Khadijah Abdul Rahman serta adik perempuan Allahyarham, Aishah
Sinclair. Turut hadir di konsert adalah Tengku Permaisuri Selangor, Anuar
Zain, Mimi Lana, Syafiq Kyle, Ella, Hanis Zalikha, Puteri Aishah, Rashid Sidek
dan ramai lagi.
konsert bcl, BCL Konsert Blossom Intimate KL, konser bcl 2022, konsert BCL 2023, konsert bunga cinta lestari, bcl konser singapura, concert bcl, lagu baru bcl,