Semasa tengah cari info pasal aplikasi ni, ada nampak posting yang mengatakan
ada pengguna kena caj melalui kad kredit tanpa disedari. Terus sis gelabah dan
cek semula app ada ke mana-mana fitur atau fungsi yang kena bayar. Susulan
tular berkenaan isu tersebut, netizen mula mempersoalkan sama ada aplikasi ini
hanyalah satu penipuan untuk menjerat mangsa-mangsa di luar sana atau
sebaliknya.
Ialah kan, kalau kene curi duit tanpa sedar, mestilah naik hangin kan. Kalau
nak purchase, biasanya mesti akan ada keluar reminder dan pengesahan dulu sama
ada kita nak teruskan apa-apa pembelian kan. Ok jom baca lebih lanjut untuk
ketahui lebih lanjut mengenai isu ni.
Bondee App Scam Duit atau Tidak?
Untuk pengetahuan semua, Metadream Tech telah memuat naik satu kenyataan di
media sosial mereka mengenai itu berkenaan. Menurut mereka, khabar angin
tersebut adalah palsu dan tidak benar. Metadream Tech juga tidak mengumpul
sebarang maklumat kad kredit pengguna. Malah, buat masa ini, semua fitur yang
boleh digunakan di dalam
aplikasi Bondee adalah percuma.
Pada masa yang sama, Metadream Tech juga memberi jaminan bahawa sistem mereka
dapat melindungi data pengguna daripada sebarang ketirisan. Sebelum log masuk,
aplikasi ini meminta informasi pengguna seperti nama, emel, password, nombor
telefon dan tarikh lahir. Namun, ia tidak meminta sebarang informasi kad
kredit.
Sebagai langkah berjaga, anda disarankan untuk tidak memuat naik aplikasi
berkenaan daripada sumber yang tidak diketahui. Kak Bell pun ambik baju,
pakaian dan eksesori semua yang percuma. Tak payah guna barang-barang yang
limited free trial yang ditawarkan tu ye.
Bondee merupakan satu aplikasi sosial yang popular di Singapura, Malaysia,
Jepun dan banyak lagi negara lain. Apa-pun hope korang enjoy dengan app ni!
apa itu bondee app viral malaysia di malaysia, apa itu bondee app viral
malaysia di indonesia, aplikasi bondee, apa itu bondee app, bondee app for pc,
bondee app download, bondee app ios, aplikasi bina rumah,