Apa Itu Bondee App Yang Viral Di Malaysia - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Apa Itu Bondee App Yang Viral Di Malaysia

Trending

Apa Itu Bondee App Yang Viral Di Malaysia

Apa Itu Bondee App Yang Viral Di Malaysia | Hi korang! Sekarang ni tangah viral pengguna socmed berkongsi avatar mereka melalui aplikasi Bondee. Semalam bila tengok kawan-kawan tunjuk dia punya jiran kat app ni, terus sis terhasut install Bondee. Comel pulak bila tengok kawan-kawan buat avatar serupa macam diri sendiri dan hias bilik masing-masing, siap boleh visit rumah atau bilik dorang secara maya.

Apa Itu Bondee App Yang Viral Di Malaysia

Bondee merupakan sebuah platfom sosial yang dibangunkan oleh Metadream Tech Pte. Ltd, sebuah syarikat dari Singapura. Permainan ini lebih kurang macam beberapa permainan yang berunsurkan genre Lifestyle dan simulasi seperti The Sims, Animal Crossing atau Habbo Hotel. Aplikasi ini mula menjadi perhatian ramai dan dilihat makin ramai orang muat turun aplikasi ini di telefon pintar mereka. Bondee ni sama je macam platfom sosial yang lain tapi ianya lebih comel sebab avatar Bondee ni dalam bentuk 3D.


Apakah itu Bondee?

Ia merupakan sebuah aplikasi sosial yang berkonsepkan sebuah plaza maya di mana pengguna boleh berinteraksi dengan seramai 50 kawan (neighbours). Secara asasnya, aplikasi itu membolehkan pengguna untuk bersembang dan berinteraksi dengan teman-teman mereka dalam sekitaran 'metaverse', dan mereka juga dapat menghiasi avatar dan sekitaran masing-masing secara 3D.

Apa Itu Bondee App Yang Viral Di Malaysia

Selain boleh mereka avatar sendiri dan menghias bilik idaman, korang juga boleh tambah kawan, update status, berbalas mesej dan juga berinteraksi dengan avatar rakan korang melalui app atau platform sosial meta-universal ni secara virtual. Buat masa ini, anda boleh tambah 50 kawan dalam satu-satu masa menggunakan kod QR atau melalui carian terus.


What is Bondee app for?

Bondee, which was launched earlier this month, is a social app conceptualised as a virtual plaza where users can interact with up to 50 friends in a metaverse setting. Following its debut, Bondee quickly topped charts in app stores across Southeast and North Asian countries.

What is Bondee game?

Billed as a “next-gen social app”, Bondee features 3D-animated avatars (think Animal Crossing) that can be customised by users. Whether it's your avatar's appearance, emotions (think facial expressions and status updates), hobbies, or the rooms it lives in, the world of Bondee is your oyster.

Kak Bell dah buat avatar 3D sendiri, sias ada kucing atas kepala. Hahaha! Kak Bell pilih outfit yang percuma aje, tak payah amik yang limited free trial. Kang hujung-hujung kene bayar pulak kan!

Apa Itu Bondee App Yang Viral Di Malaysia

Apa Itu Bondee App Yang Viral Di Malaysia


Ada jugak function Set Sail. Masa tengah berlayar tu korang boleh drift bottle, lempar botol dalam laut dan tengok ada dapat reply tak. Kadang-kadang akan terjumpa bot lain yang tengah belayar jugak. Sis tak tegur pun semalam, terus aje berlayar tak tau cari apa. Hiks. Nanti korang boleh dapat free gift, free item masa berlayar ni. Boleh cek apa item yang ditawarkan pada minggu tu. Sis dah dapat 1 pendant!

Bondee ini best jugak sebab lebih comel, moden dan mesra pengguna. Setakat ini, aplikasi itu sudah dimuat turun ramai orang dan mengungguli carta kedai aplikasi di negara-negara Asia Tenggara dan Asia Utara.

Kalau korang rasa dan terhasut dan terjebak nak muat turun aplikasi ini, boleh download di Google Play Store atau di App Store.

apa itu bondee app viral malaysia di malaysia, apa itu bondee app viral malaysia di indonesia, aplikasi bondee, apa itu bondee app, bondee app for pc, bondee app download, bondee app ios, aplikasi bina rumah,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post