Adat Resam Dan Pantang Larang Tahun Baru Cina 2023 | Tahun Baru Cina adalah
hari perayaan yang sangat penting buat masyarakat Cina, dan memiliki banyak
tradisi yang terkenal di seluruh dunia. Namun, tahukah anda bahawa ada
beberapa pantang larang yang terkait dengan sambutan dan perayaan Tahun Baru
Cina ini.
Mengikut kepercayaan cina, terdapat banyak pantang larang yang perlu
diamalkan untuk mendapat lebih tuah dan kemakmuran untuk tahun baru itu.
Berikut adalah pantang-larang sewaktu perayaan tahun baru Cina.
Tuah Baik Tahun Baru Cina
- Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.
- Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.
- Angpao merah diberikan nombor genap dipercayai bawa tuah berganda.
- Gula-gula dan manisan dimakan untuk memaniskan nasib sepanjang tahun bagi pemakannya.
- Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilangsungkan sebelum hari tahun baru agar mudah menerima tuah bagi tahun yang menjelang.
- Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan peristiwa yang akan berlangsung sepanjang tahun.
- Bunga api adalah simbol keberuntungan, dinyalakan pada Malam Tahun Baru untuk menakutkan roh jahat.
- Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang yang bergosip tentang pemakainya.
- Tema tahun baru cina pastinya merah dipercayai membawa tuah malah kediaman juga akan dihiasi dengan warna merah. Merah warna simbol tuah semasa Tahun Baharu Cina.
- Amalan memberi limau mandarin "kam" juga simbolik memberi tuah. Warna limau juga keemasan seperti memberi jongkong emas kepada orang lain.
- Pemberian epal "ping kuo" bermaksud aman juga membawa maksud kesihatan yang baik.
Tahun Baru Cina 2023 binatang apa? 2023 ialah tahun
Arnab Air, bermula dari 22 Januari 2023 (Tahun Baru Cina), dan berakhir pada 9
Februari 2024 (Malam Tahun Baru Cina). Tidak seperti sambutan Hari Raya
Tahun Baru 1 Januari,
persediaan dan aktiviti perayaan Tahun Baru Cina
dianggap sebagai 15 hari yang paling penting.
Tuah Buruk, Nasib Malang Tahun Baru Cina
- Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang Cina kerana perkataan bahasa Kantonis bagi kasut sama bunyinya dengan perkataan kasar atau sukar.
- Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan Kantonis bagi seluar sama bunyi dengan "pahit". Ada yang menganggapnya sebagai positif, kerana perkataan bagi "seluar" juga sama bunyinya dengan "kaya".
- Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan.
- Menggunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya dengan hasil. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai memotong hasil dalam bahasa Kantonis.
- Jangan guna gunting atau pisau kerana dianggap bawa perkara yang tidak menguntungkan masa depan
- Jangan beri hadiah tertentu seperti jam yang bawa maksud nasib malang, gunting (putuskan hubungan), kasut (kejahatan), gubahan bunga (hadiah di hari pengebumian) atau lilin wangi (untuk ingatan si mati).
- Angpao merah nombor ganjil dianggap nombor malang seperti 4 dan 40 kerana sebutan 4 berbunyi seperti kematian dalam bahasa Cina.
- Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah bagi tahun baru.
- Elak daripada bercakap kasar atau kesat kerana ia dipercayai membawa malang.
- Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek Cina bagi "buku" sebunyi dengan perkataan bagi "kalah".
- Anda tidak boleh menjahit pakaian atau memperbaiki kancing/butang dari hari pertama hingga kelima. Menjahit pakaian dianggap sebagai pembawa sial, mereka bimbang tahun berikutnya akan menjadi tahun yang susah.
- Elak makan ubat, tidak boleh bancuh jamu atau makan ubat pada hari pertama kerana dipercayai akan jatuh sakit selama setahun.
- Elak berhutang atau memberi pinjam wang, tidak boleh pinjam wang pada hari tahun baharu, semua hutang perlu dibayar menjelang sambutan tahun baharu. Jangan pergi ke rumah peminjam untuk tuntut hutang, dikatakan akan bernasib malang sepanjang tahun.
- Jangan pakai putih atau hitam. Secara tadisi, warna hitam atau putih dikaitkan dengan berkabung.
- Jumlah hidangan yang disajikan pada makan malam Tahun Baru Cina didasarkan pada usia ketika merayakannya, Jika makan kurang dari empat hidangan, maka dianggap tidak beruntung. Jika lebih dari lapan hidangan (termasuk hidangan penutup), maka seseorang akan menerima nasib buruk (kematian).
- Jangan basuh pakaian pada hari pertama dan kedua kerana dua hari ini disambut sebagai hari lahir dewa air. orang dahulu percaya air lambang kekayaan, jadi buang air basuhan ibarat mencurah kekayaan.
- Elak kanak-kanak menangis kerana tangisan kanak-kanak dipercayai bawa malang kepada keluarga.
- Tidak melawat hospital kecuali dalam kes kecemasan, lawatan dalam tempoh ini dipercayai bawa penyakit kepada pelawat.
- Elak pecahkan pinggan, mangkuk atau gelas kerana dianggap bawa nasib malang, kerugian kewangan atau perpecahan keluarga.
Tahun Baru Cina adalah waktu untuk merayakannya, tetapi bukan sembarang
perayaan. Orang Tionghoa percaya bahwa apa yang anda lakukan di Hari Tahun
Baru Cina dapat membawa keberuntungan atau nasib malang selama setahun ke
depan.
Kredit:
China Highlights
pantang larang tahun baru cina pdf, adat resam dan pantang larang tahun baru
cina, pantang larang kaum cina semasa tahun baru cina, 10 pantang larang kaum
cina, pantang larang kaum cina wikipedia, pantang larang tahun baru cina
karangan, kepercayaan tahun baru cina, adat resam tahun baru cina, kepentingan
adat resam kaum cina,