8 Destinasi Percutian Pilihan Utama Pelancong Asia Sempena Menyambut Tahun Arnab - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 8 Destinasi Percutian Pilihan Utama Pelancong Asia Sempena Menyambut Tahun Arnab

Trending

8 Destinasi Percutian Pilihan Utama Pelancong Asia Sempena Menyambut Tahun Arnab

Jepun, Malaysia dan Thailand muncul sebagai destinasi carian tertinggi destinasi percutian pilihan utama pelancong Asia sempena menyambut Tahun Arnab | Berdasarkan data carian platform percutian digital global, Agoda, Jepun muncul sebagai destinasi yang mempunyai carian tertinggi pelancong di Asia sempena sambutan Tahun Baru Cina, diikuti oleh Malaysia dan Thailand.

8 Destinasi Percutian Pilihan Utama Pelancong Asia Sempena Menyambut Tahun Arnab

Tahun ini, data Agoda juga menunjukkan bahawa ramai pelancong yang memilih percutian ke destinasi berhampiran di negara jiran untuk perayaan tersebut. Namun begitu, trend ini tidak ketara dalam kalangan pelancong dari China dan Jepun yang lebih menggemari destinasi percutian beriklim panas. Oleh itu, ia melonjakkan Thailand ke tempat #1. Di sebaliknya pula, pelancong Thailand ingin menuju ke Jepun yang beriklim lebih sejuk.


8 destinasi dengan carian tertinggi di Asia adalah seperti berikut:
1. Jepun
2. Malaysia
3. Thailand
4. Indonesia
5. Singapura
6. Vietnam
7. Korea Selatan
8. Filipina

“Ia merupakan satu perkembangan yang sangat baik di mana kita dapat menyaksikan kembalinya keyakinan pelancong terhadap percutian antarabangsa terutamanya dalam pasaran Jepun, Korea dan Taiwan yang dibuka baru-baru ini. Kami mempunyai jangkaan terhadap lonjakan dalam perjalanan dari negara China, apabila Thailand, Macau, Taiwan, Hong Kong dan Jepun kembali dalam senarai destinasi idaman bagi Tahun Baru Cina tahun ini. Namun,ia mungkin terlalu awal untuk menjangkakan pemulihan yang sepenuhnya, memandangkan cabaran yang melibatkan kapasiti dan harga penerbangan,” kata Omri Morgenshtern, Ketua Pegawai Eksekutif Agoda.


Data carian Agoda juga mendedahkan pilihan utama dalam tiga pasaran paling popular mengikut volum, iaitu Jepun, Malaysia dan Thailand. Bandar kosmopolitan merupakan tarikan utama di Jepun, dengan Tokyo, Osaka dan Fukuoka yang merupakan tiga destinasi yang mendapat carian tertinggi. 

8 Destinasi Percutian Pilihan Utama Pelancong Asia Sempena Menyambut Tahun Arnab

8 Destinasi Percutian Pilihan Utama Pelancong Asia Sempena Menyambut Tahun Arnab

Dengan tarikan warisan budaya dan suasana kotanya yang meriah, Kuala Lumpur muncul sebagai tempat paling popular di Malaysia, diikuti dengan Melaka dan Pulau Pinang, masing-masing di tempat kedua dan ketiga. Di Thailand pula, Bangkok berjaya menduduki tempat pertama, diikuti oleh bandar pesta pantai Pattaya dan Chiang Mai yang kaya dengan budaya.


Methodologi
Data adalah berdasarkan data carian Agoda dari negara pasaran asal di Asia bagi tempoh 8 sehingga 15 Januari 2023, yang sebanding dengan tarikh daftar masuk Tahun Baharu Cina pada 21 sehingga 24 Januari 2023.

Mengenai Agoda
Agoda membantu sesiapa sahaja melancong ke mana-mana dengan tawaran terbaik di 3.2 juta hotel dan tempat percutian di seluruh dunia, serta penerbangan, pengangkutan lapangan terbang dan banyak lagi. Agoda.com dan aplikasi mobile Agoda terdapat dalam 39 bahasa dan disokong oleh ejen khidmat pelanggan 24 jam.

Beribu pejabat di Singapura, Agoda adalah sebahagian daripada Booking Holdings (NasDaq: BKNG) dan mempunyai lebih daripada 6,300 kakitangan di 33 buah negara, berdedikasi untuk memanfaatkan teknologi terbaik bagi menjadikan perjalanan lebih mudah.

destinasi percutian di malaysia, destinasi percutian menarik, destinasi percutian, destinasi percutian di selangor, ramalan tahun arnab 2023, tahun arnab tahun berapa, kelebihan tahun arnab,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post