6 Cara Masak Telur Lazat Yang Boleh Anda Cuba - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal 6 Cara Masak Telur Lazat Yang Boleh Anda Cuba

Trending

6 Cara Masak Telur Lazat Yang Boleh Anda Cuba

6 Cara Masak Telur Lazat Yang Boleh Anda Cuba | Siapa sahaja yang tak suka makan telur kan? Kalau dah tak ada idea nak masak, macam-macam resepi boleh dibuat menggunakan telur. Telur jugalah penyelamat ramai orang kalau tengah sesak duit kan. Makan nasi bujang dengan telur goreng letak kicap pun dah sedap kan!

6 Cara Masak Telur Lazat Yang Boleh Anda Cuba

Bukan sekadar telur goreng mata atau telur dadar je, ada beberapa cara lagi nak masak telur. Ketahui 6 cara yang berbeza untuk memasak telur yang lazat untuk hidangan sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.


1. Telur Hancur (Scrambled Egg)
Telur hancur adalah salah satu cara yang paling popular untuk makan telur. Telur dipukul atau dikacau dengan mentega, minyak, garam atau bahan lain seperti bawang atau daun kucai.

6 Cara Masak Telur Lazat Yang Boleh Anda Cuba

Bagaimana Cara Nak Buat Telur Hancur?
  • Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul bersama garam dan lada sulah. 2.Cairkan mentega dalam kuali dengan api sederhana dan tuangkan telur.
  • Bila telur mula mengeras, gunakan sudip/spatula untuk melipat telur bersama-sama untuk menghasilkan dadih lembut.
  • Masak sehingga telur hancur masak ikut kesukaan samaada telur hancur basah atau betul-betul masak.


2. Telur Separuh Masak (Poached)
Ramai yang suka makan telur separuh masak, tapi kadangkala menjadi sangat susah sebab tak menjadi bila buat sendiri. Ada cara rebus terus dalam air mendidih, guna bekas kuning untuk telur separuh masak atau boleh juga guna air fryer. Nanti Kak Bell kongsikan lebih lanjut macam mana cara nak buat half-boiled egg ni.

6 Cara Masak Telur Lazat Yang Boleh Anda Cuba

6 Cara Masak Telur Yang Lazat Yang Boleh Anda Cuba

Bagaimana Cara Nak Buat Telur Separuh Masak?
Masukkan air yang betul betul panas dalam bekas. Kalau tak ada bekas kuning bekas bertutup lain pun boleh. Berapa minit untuk rendam telur separuh masak/setengah masak ni? Boleh rujuk bacaan minit di bawah ini.

2-3 minit untuk suku masak
4-5 minit putih separuh masak (kuning masih cair)
6-7 minit putih 3/4 masak
*7 minit paling baik untuk dapatkan telur separuh masak.


3. Telur Rebus (Hard Boiled Egg)
Telur rebus ialah cara paling mudah untuk masakan telur. Ianya rendah kalori kerana tidak menggunakan minyak atau mentega. Hanya perlu air mendidih, anda dah boleh buat telur rebus. Anda boleh membuat telur rebus lembut atau keras. Kaedah memasak adalah sama, tetapi masanya berbeza.

6 Cara Masak Telur Yang Lazat Yang Boleh Anda Cuba

Bagaimana Cara Nak Buat Telur Rebus?
  • Didihkan seperiuk air. Memasukkan telur ke dalam periuk dan rebus hingga masak.
  • Masa mendidih selama 6 minit akan menghasilkan putih lembut dengan kuning cair, dan rebus selama 12 minit untuk dapatkan telur putih dan kuning telur yang pejal.
  • Angkat telur rebus dan lalukan dengan air paip atau sejukkan telur dahulu sebelum kulit dikupas.


4. Telur Goreng (Fried Egg).
Apa yang lebih mudah bila pecahkan telur kemudian goreng ke dalam kuali panas?

6 Cara Masak Telur Yang Lazat Yang Boleh Anda Cuba

Bagaimana Cara Nak Buat Telur Goreng?
  • Telur mata kerbau (sunny side up) : Panaskan minyak dan goreng tanpa membalikkan telur. Gunakan sudu/sudip dan lalukan minyak panas supaya bahagian atas telur masak.
  • Telur Mata Cair: dimasak sebentar di kedua-dua belah supaya kuning telur lembut dan hampir cair di tengah dengan putih telur masak sepenuhnya.


5.Telur Dadar (Omelette)

Omelet atau omelette, diperbuat daripada telur yang dipukul, digoreng dalam mentega atau minyak tanpa dikacau. Selalunya dimasak dengan pelbagai bahan lain seperti sayur-sayuran, bawang, lada merah dan sebagainya.

6 Cara Masak Telur Yang Lazat Yang Boleh Anda Cuba

Bagaimana Cara Nak Buat Telur Dadar?
  • Telur dadar Amerika: Pukul telur dengan garam dan lada sulah dan ketepikan. Dengan api sederhana tinggi, masak apa-apa inti seperti sayur, daging, dsb sehingga empuk dan masak. Pindahkan ke dalam mangkuk. Masukkan mentega ke dalam kuali dan biarkan mentega cair. Tuangkan separuh telur sehingga menenuhi kuali. Biarkan telur masak di bahagian bawah dan masukkan lagi separuh telur dengan keju atau topping lain. Masak sehingga bahagian atasnya tidak terlalu cair. Balikkan telur dan angkat.
  • Telur dadar Perancis: Pukul telur dan perasakan dengan garam dan lada sulah. Cairkan mentega dengan api sederhana, masukkan telur, dan aduk dengan cepat dengan garpu sambil menggoncang kuali. Berhenti kacau bila telur hancur dan soft kira-kira 1 – 2 minit. Tutup api, condongkan kuali, dan gulungkan telur dadar Sebelum dihidang.
  • Frittata: perkataan Itali yang bermaksud goreng, ini adalah cara lain untuk membuat gaya telur dadar yang berbeza. Pukul dan perasakan telur. Masukkan inti anda ke dalam telur sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Kemudian tuangkan adunan anda ke dalam kuali panas, dan tambah keju jika suka. Pindahkan telur ke ketuhar 300 – 400° F dan masak sehingga tepi berwarna keemasan, kira-kira 15 – 20 minit.


6. Telur Bakar (Baked)
Telur bakar biasanya dimasak dalam ramekin, tin muffin, atau hidangan kaserol. Ianya biasa dihidangkan dalam hidangan yang dibakar.

6 Cara Masak Telur Yang Lazat Yang Boleh Anda Cuba

Bagaimana Cara Nak Buat Telur Bakar?
Sapukan minyak di kuali, ramekin atau loyang. Pecahkan telur dalam mangkuk dengan perasa dan sayur. Masa memasak pada 350° F ialah 10 – 15 minit. Jika guna kaserol besar, bakar selama 25 – 30 minit pada suhu 350° F.
*bergantung kepada bekas dan pembakar yang digunakan.


Egg FAQ

1) Berapa biji telur dalam sehari untuk pemakanan yang sihat?
Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan 1 biji telur setiap hari atau sehingga 7 biji telur seminggu. Mereka yang mempunyai kolesterol darah tinggi, terutamanya mereka yang menghidap diabetes atau berisiko tinggi untuk kegagalan jantung harus mengambil kurang daripada itu.

2) Apakah kebaikan telur?
  • Protein - Sebiji telur mempunyai 6 gram protein dengan kesemua sembilan asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita
  • Nutrien padat - Telur mempunyai lebih banyak nutrien setiap kalori daripada kebanyakan makanan lain. Nutrien seperti B12, Fosforus, Selenium, dan antioksidan.

3) Adakah telur baik untuk otak anda?
Ya, telur adalah antara makanan yang baik untuk otak anda termasuk beri biru, salmon, sayur-sayuran berdaun, sayuran hijau, kacang dan dark chocolate. Kuning telur mengekalkan sumber kolin yang baik, dikaitkan dengan mengurangkan keradangan dan menggalakkan fungsi otak, seperti mengekalkan ingatan.

Credit: Thembites

cara masak telur goreng, cara masak telur rebus, cara masak telur sambal simple, cara masak telur separuh masak, resepi telur simple, resepi telur goreng viral, cara masak telur separuh masak, cara masak telur setengah masak, cara masak telur rebus separuh masak, cara masak telur rebus, cara masak telur hancur, cara masak telur dadar,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post