Tips Mengurus Kewangan Supaya Lebih Baik Pada 2023 | Semua orang mahu menjadi lebih baik dalam pengurusan wang dan memanfaatkan
sepenuhnya kewangan mereka. Ilmu dan selok-belok tentang pengurusan kewangan
peribadi adalah penting untuk membantu seseorang individu dalam menempuh
kehidupan yang sebenar. Hakikatnya menguruskan wang memerlukan kerja keras
dan dedikasi untuk masa depan kewangan yang lebih terjamin. Entri kali ini
dikongsikan beberapa tips untuk mengurus kewangan anda supaya lebih baik di
tahun mendatang.
Langkah pertama yang perlu anda buat ialah memahami kedudukan kewangan anda
sekarang. Mesti jujur pada keadaan kewangan semasa anda sekarang akibat dari
keputusan yang telah di buat sebelum ini dan membawa anda ke tempat anda
sekarang. Adalah penting untuk maklum dengan jumlah pendapatan,
perbelanjaan, aset dan liabiliti anda, supaya anda boleh membuat keputusan
yang terbaik untuk masa depan anda.
Setelah mengambil kira semua situasi, barulah anda boleh menetapkan apa yang
ingin di capai untuk jangka masa pendek dan juga jangka masa panjang seperti
simpanan untuk persaraan, pelangsaian hutang dan membina dana kecemasan.
Bila ada matlamat kewangan, hala tuju kita akan lebih baik dan membantu anda
kekal fokus pada perjalanan kewangan anda.
Membuat
perancangan kewangan
ialah langkah seterusnya dalam pengurusan wang yang lebih baik. Mempunyai
pelan kewangan akan membantu anda berada di landasan yang betul ketika
mengambil sebarang langkah tindakan kewangan anda seterusnya.
Kunci utama dalam kejayaan pengurusan kewangan peribadi adalah mempunyai
wang simpanan peribadi. Sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan bulanan
diketepikan untuk simpanan. Contohnya, jika gaji anda ialah RM2000/bulan,
sekurang-kurangnya kita perlu simpan RM400 sebulan. Kalau ada pendapatan
sampingan dan merancang untuk tambah simpanan bulanan, itu terpulang kepada
anda. Lagi banyak duit simpanan, lagi baik untuk masa depan.
Salah satu langkah terpenting dalam mengubah kewangan anda ialah membina
dana kecemasan (Emergency Fund). Dana kecemasan ialah akaun simpanan yang
boleh anda gunakan untuk menampung sebarang perbelanjaan yang tidak dijangka
ketika waktu kecemasan.
Untuk wang simpanan, dinasihatkan untuk kita juga mempunyai Tabung Kecemasan
(Emergency Fund) peribadi sekurang-kurangnya berjumlah 3 hingga 6 bulan
gaji. Contohya, kalau gaji RM2000 sebulan, Tabung Kecemasan kita yang perlu
kita ada berjumlah sekurang-kurangnya RM6,000 sehingga RM12,000 mengikut
kemampuan peribadi.
Menguruskan kredit dan hutang juga merupakan bahagian penting dalam mengubah
kewangan anda. Adalah penting untuk meluangkan masa untuk menyemak laporan
skor kredit anda dan faktor yang mempengaruhinya. Membayar dan melangsaikan
sebarang hutang sedia ada adalah satu lagi langkah penting dalam menguruskan
kewangan anda.
Sebelum buat sebarang pinjaman kereta atau rumah, kita perlu ukur kewangan
dan kena ukur baju di badan sendiri. Beli kereta atau rumah mestilah
mengikut kemampuan kewangan peribadi. Untuk pinjaman di Malaysia ada
pinjaman konvensional atau pinjaman Islamik. Terpulang kepada individu untuk
memilih Perbankan Konvensional mahupun Perbankan Islamik. Sebaik-baiknya,
untuk orang Islam lebih baik kita membuat simpanan mahupun pinjaman
berlandaskan hukum syarak
Seterusnya anda boleh fokus pada strategi untuk menjimatkan wang. Ini
mungkin termasuk perkara seperti mengurangkan perbelanjaan yang tidak perlu,
buat pemotongan simpanan automatik dan menilai semula bil-bil dan langganan
semasa anda. Anda juga boleh membeli-belah ketika tawaran promosi untuk
barangan keperluan, insurans, utiliti dan perkhidmatan lain. Setiap
penjimatan yang dibuat, walaupun sedikit ianya boleh membantu anda mencapai
matlamat anda dengan lebih cepat.
Belanjawan adalah salah satu aspek terpenting dalam mengubah kewangan anda.
Anda boleh semak menggunakan
Saving Calculator untuk
membuat belanjawan yang akan membantu anda berada di landasan yang betul dan
memenuhi matlamat kewangan anda. Belanjawan anda harus merangkumi semua
pendapatan dan perbelanjaan anda dan harus realistik untuk memastikan anda
boleh mematuhinya.
Melabur adalah satu lagi bahagian penting dalam mengubah kewangan anda.
Melabur wang anda boleh membantu anda mencapai matlamat jangka panjang anda
dan mencipta masa depan kewangan yang lebih terjamin. Terdapat pelbagai
pilihan pelaburan untuk dipilih, termasuk saham, dana bersama dan hartanah.
Adalah penting untuk melakukan penyelidikan dahulu dan mencari strategi
pelaburan yang sesuai untuk keperluan anda.
Setelah ada strategi dan ada kemajuan dalam kewangan, anda juga harus
memberi ganjaran kepada diri sendiri apabila matlamat anda tercapai. Tiada
salahnya jika reward diri sendiri dengan membeli barang kegemaran atau
membeli makanan mewah sekali-sekala!
Dengan memahami kewangan anda, membuat rancangan kewangan dan beberapa
langkah di atas, anda boleh mencipta masa depan kewangan yang lebih
terjamin. Paling penting hal berkaitan urusan kredit dan hutang. Semoga
kewangan anda menjadi lebih baik pada tahun 2023 yang akan datang.
tips mengurus kewangan, cara mengatur kewangan, tips menguruskan kewangan,
tips bijak kewangan, tips kewangan anak muda, pengurusan kewangan peribadi,
karangan cara mengurus kewangan, cara menguruskan kewangan dengan bijak,
contoh pengurusan kewangan, kesan pengurusan kewangan yang baik,