Mi Sedaap Memperkenalkan Mi Sedaap Mi Goreng Ayam Bakar Limau Baru Dengan Kriuk- Kriuk Daun Limau - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Mi Sedaap Memperkenalkan Mi Sedaap Mi Goreng Ayam Bakar Limau Baru Dengan Kriuk- Kriuk Daun Limau

Trending

Mi Sedaap Memperkenalkan Mi Sedaap Mi Goreng Ayam Bakar Limau Baru Dengan Kriuk- Kriuk Daun Limau

Mi Sedaap Memperkenalkan Mi Sedaap Mi Goreng Ayam Bakar Limau Baru Dengan Kriuk- Kriuk Daun Limau | Hampir semua rakyat Malaysia menggemari mi segera. Kita tidak sekali-kali dapat menolak keinginan untuk menikmati satu hidangan besar mi segera, tidak mengira masa. Untuk membawa perisa ikonik ini ke tahap yang lebih unggul, mi goreng nombor satu di Malaysia, Mi Sedaap telah memperkenalkan perisa baharu Mi Goreng: Mi Sedaap Mi Goreng Ayam Bakar Limau.

Mi Sedaap Memperkenalkan Mi Sedaap Mi Goreng Ayam Bakar Limau Baru Dengan Kriuk- Kriuk Daun Limau

Perisa yang inovatif ini diinspirasikan oleh sajian ayam bakar yang wangi dengan sambal pedas-pedas masamnya, yang tersedia di dalam bentuk mi segera. Apa rahsia Mi Sedaap untuk capai rasa kelazatan ini? Mestilah dengan Kriuk-Kriuk Daun Limau yang disaluti rasa Limau Segar dan hanya bahan yang segar digunakan untuk menyediakan rasa Ayam Bakar Limau yang memang SEDAAP LETOP!


Sebagai salah satu jenama terkemuka dalam pasaran mi segera selama lebih 19 tahun, visi kami adalah untuk menghasilkan produk berkualiti kerana kami percaya bahawa perkara yang terbaik dalam kehidupan boleh dinikmati oleh semua. Dengan memperkenalkan Mi Sedaap Mi Goreng Ayam Bakar Limau, rakyat Malaysia lebih mudah untuk menikmati sajian legenda ini.

“Ayam bakar merupakan sajian tempatan paling popular yang ditemukan di seluruh kepulauan Melayu, yang merupakan syurga kepada pelbagai sajian tradisional. Apa yang menarik tentang ayam bakar kami ialah resipi ini menggabungkan adunan rempah ratus yang membangkitkan aroma limau yang segar, digandingkan dengan sambal pedas masam yang memikat cita rasa dan selera anda. Kami berbesar hati untuk memperkenalkan interpretasi inovatif ini sebagai penambahan terkini kepada senarai perisa kami yang membangkitkan selera. Mi Sedaap Mi Goreng Ayam Bakar Limau juga dilengkapi Kriuk- Kriuk Daun Limau kami yang terkenal, yang disalut dengan rasa limau yang segar, untuk ditaburkan sebagai hiasan,” jelas Kam Ai Nee, Ketua Pemasaran Gentle Supreme Sdn Bhd.


Kilang Mi Sedaap diperakukan dengan Pensijilan ISO 22000 bagi Piawaian Antarabangsa untuk Pengurusan Keselamatan Makanan dan Pensijilan ISO 9001 bagi Piawaian Antarabangsa untuk Sistem Pengurusan Kualiti. Kami mempunyai pelbagai produk yang telah dinikmati oleh ramai pengguna di lebih 30 buah negara termasuklah Malaysia, selama lebih dari sedekad. Kesemua produk kami memenuhi tahap piawaian pengeluaran yang dikawal rapi, dan dihasilkan dibawah piawaian pengeluaran dan penyeliaan yang ketat, selain memenuhi piawaian keselamatan makanan di sepanjang rantaian bekalan. Oleh itu, produk Mi Sedaap adalah selamat dan sentiasa sedaap!

Mi Sedaap Mi Goreng Ayam Bakar Limau kini tersedia dalam paket 89g x 5 di semua pasar raya terkemuka di seluruh negara.


Mengenai Gentle Supreme
Gentle Supreme ditubuhkan di Malaysia di atas kekukuhan kumpulan WINGS, iaitu antara syarikat paling terkemuka di Indonesia yang memiliki pengalaman selama beberapa dekad dalam pelbagai produk isi rumah dan makanan. Jenama Gentle Supreme telah menjadi antara jenama yang paling dipercayai di kalangan rakyat Malaysia dan jenama ini terus berusaha untuk memenuhi pelbagai jangkaan baharu pengguna dengan menawarkan produk isi rumah dan makanan yang berkualiti tinggi.

mie sedaap salero padang, bumbu pelengkap mie sedaap singapore, mie sedaap ayam bakar limau, mie sedaap ayam krispi, mie sedaap ayam bakar limau review, mie sedaap goreng ayam bakar limau, indomie ayam bakar limau, mie sedaap sambal goreng, mie sedap goreng, indomie limau,
Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post