Jenis Potongan Bawang Merah Dan Bawang Putih Dalam Masakan - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Jenis Potongan Bawang Merah Dan Bawang Putih Dalam Masakan

Trending

Jenis Potongan Bawang Merah Dan Bawang Putih Dalam Masakan

Jenis Potongan Bawang Merah Dan Bawang Putih Dalam Masakan | Buat korang yang suka masak, mesti korang dah terbiasa dengan bahan utama masadan iaitu bawang. Kalau nak potong bawang tu korang akan potong cantik-cantik sesuai masakan atau hentam je asal boleh? Kadangkala pelik juga kenapa setiap hidangan memerlukan potongan bawang yang berbeza. Masak sambal potongannya lain, masak sup pula lain.

Jenis Potongan Bawang Merah Dan Bawang Putih Dalam Masakan

Ni Kak Bell kongsikan semula perkongsian daripada Faeez Harith tentang jenis potongan bawang merah dan juga jenis potongan bawang putih. Macam mana nak tahu beza potongan bawang Merah dan bawang putih ni? Jom baca lebih lanjut.


Jenis Potongan Bawang Merah
Sesetengah potongan tidak sesuai untuk sesetengah resipi. Cara potongan bawang mampu berikan rasa berbeza kepada masakan.

Jenis Potongan Bawang Merah Dan Bawang Putih Dalam Masakan

1. Potong – Potong maksudnya bawang akan dipotong secara melintang. Bermula dari potong akan menghasilkan potongan gegelung dan mayang.

2. Gegelung – Mula dari potong, dan diulang-ulang mengikut ketebalan yang dikehendaki. Potongan ni biasa untuk masak kicap, masak merah.

3. Mayang – Hirisan halus tetapi melintang, kebiasaannya untuk membuat bawang goreng atau ditumis.

4. Belah – Potongan secara menegak untuk menghasilkan potongan yang lainnya.


5. Baji – Juga disebut ‘wedges’ dalam bahasa Inggeris. Biasanya potongan ini diguna untuk hiasan, seperti dalam sup atau kari dan sebagainya. Juga untuk kebab.

6. Hiris – Potongan nipis, halus secara menegak yang berulang-ulang. Untuk ditumis atau dibuat ulam/rencah sambal/budu/cencaluk dan sebagainya.

7. Dadu – Biasanya untuk buat cekodok/jemput-jemput bilis atau bawang.

8. Dadu kecil/cincang kasar – Untuk tumisan nasi goreng, mi goreng dan sebagainya.

9. Cincang halus – Untuk perapan, tumisan dan sebagainya.

Kalau kisar bawang, seboleh-bolehnya jangan tambah air kalau nak simpan bawang tu atau masak resepi yang tak terlalu berkuah. Letak sedikit minyak masak semasa blend, nanti tumis pun tak perlu pakai minyak yang banyak. Bawang kisar pun boleh simpan lama dalam sebulan dua.


Jenis Potongan Bawang Putih
Bawang putih ada beza juga ke cara potong? Ada tapi tak ketara sangat pun dan kebanyakan masa tak payah susah hati sangat. Cuma kena ingat bawang putih lagi cepat hangit, kena jaga-jaga. Pertama kena kenal dulu banyak mana bawang putih nak diguna.

Jenis Potongan Bawang Merah Dan Bawang Putih Dalam Masakan

Jenis Potongan Bawang Merah Dan Bawang Putih Dalam Masakan


1. Ini dipanggil satu labu/selabu. Dalam satu labu ada 1-15 ulas bawang putih, tengok keadaan. Dalam B.Inggeris kita panggil ni ‘bulb’.’

2. Ulas – Bahagian dari selabu. Dalam B.I kita sebut ‘cloves’

3. Ketuk/crush– Yang ini paling senang, hampir semua masakan boleh guna gaya ni. Sesuai untuk masakan stew, perapan atau grilled/oven.

4. Hirisan tengah /Mayang – Potongan melintang. Biasa untuk buat bawang putih goreng untuk hiasan atau masakan tumis. Sesuai untuk sup, masakan yang amik masa lama.

5. Hirisan tepi – Lebih kurang je dengan mayang, cuma dia menegak. Sesuai untuk masakan bertumis seperti sayur atau nasi goreng.

6. Racik kasar/mancis – Ini biasa untuk buat sos, masak stim/kukus, goreng, dan lain-lain.

7. Racik halus – Pun tak jauh beza dengan racik kasar. Tak banyak resepi pun guna potongan ni.

8. Dadu /diced– Untuk sos, tumis, nasi goreng dan lain-lain.

9. Cincang/minced – Untuk sos, tumis dan lain-lain.

10. Potongan Separuh/bunga - Sesuai untuk rembeskan wamngian aroma bawang putih dalam masakan seperti stew, roast.

Jenis Potongan Bawang Merah Dan Bawang Putih Dalam Masakan
Potongan bunga/separuh


Penting ke potongan ni semua? Sesetengah resepi, penting sebab lain cara potong boleh mempengaruhi rasa masakan dan tempoh memasak. Jadi kena teliti resepinya sebelum mula memotong. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!

Kredit: Mohammad Faeez Harith, Lubuk Resepi Viral


jenis potongan bawang, jenis potong bawang, jenis jenis bawang, jenis-jenis bawang, potongan bawang, Jenis Potongan Bawang Putih, Jenis Potongan Bawang Merah, 17 Jenis Potongan Bawang Merah Dan Bawang Putih Dalam Masakan,

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post