Colgate Berkolaborasi Dengan Rapper Malaysia Airliftz Melalui Kempen “Smile
Strong” | Colgate mengumumkan kempen Smile Strong terbaharunya yang
menampilkan bintang hip hop dan komposer Airliftz sebagai sebahagian
daripada misi berterusannya untuk mencetuskan sikap optimis dalam diri
setiap individu. Smile Strong merupakan seruan Colgate kepada rakyat
Malaysia bagi menzahirkan keberanian untuk senyum ketika berdepan dengan
cabaran. Seruan itu juga mengingatkan semua agar tidak sekali-kali
membiarkan apa-apa mahupun sesiapa sahaja menafikan impian demi mencapai
masa hadapan yang dapat dibanggakan.
Berikutan pandemik, ramai yang sukar untuk bersikap positif terhadap masa
hadapan disebabkan tahap optimisme yang rendah. Ditambah pula dengan
peningkatan pengaruh media sosial, generasi muda khususnya berasa tertekan
untuk menuruti persepsi kecantikan dan kejayaan yang tertentu.
Mempercayai bahawa senyuman dapat menyerlahkan sikap optimis semula jadi
individu, Colgate berpadu tenaga dengan Airliftz untuk berkongsi kisah beliau
melalui pelbagai saluran. Membuka tirai kolaborasi ialah sebuah filem yang
membawa rakyat Malaysia menelusuri perjalanan hidup Airliftz sejak zaman
kanak-kanak.
Filem berdurasi 90 saat itu memaparkan daya tahan optimis beliau untuk terus
cekal dalam menangkis negativiti disebabkan oleh rupa paras beliau. Di samping
itu, ia turut menunjukkan bagaimana beliau bangkit mengatasi segala tanggapan
stereotaip, prejudis serta prasangka buruk untuk mengejar cita-cita beliau
serta meraih kejayaan dengan memanfaatkan kuasa senyumannya.
“Colgate percaya bahawa setiap individu - tanpa mengira usia, bangsa, gender, atau paras rupa - berhak memiliki masa hadapan yang dapat dibanggakan. Kami tekad berkongsi senyuman yang tulen untuk menyerlahkan kuasa sikap optimis seperti kisah hidup Airliftz. Ia merupakan teladan bagaimana anda mampu menjadi perisai dalam menempuhi sebarang cabaran dengan berbekalkan kekuatan untuk kekal optimis serta menumpukan fokus terhadap keunikan individu,” jelas See Mei Sin, Pengarah Pemasaran Bersekutu (Penjagaan Oral), Colgate-Palmolive Marketing Sdn Bhd.
Dengan menyampaikan kisah hidup Airliftz, Colgate berharap untuk menginspirasikan sebuah masyarakat Malaysia yang optimis. Tambah Mei Sin, “Keadaan atau cabaran kehidupan yang dihadapi setiap individu sememangnya berbeza. Namun dengan memanfaatkan kuasa senyuman, bukan sahaja kita dapat mencetuskan perubahan pada diri sendiri malah menginspirasikan perubahan dalam diri orang di sekeliling kita. Hakikatnya, di sebalik senyuman, terukir kekuatan.”
We Are Stronger When We Smile, Di Sebalik Senyuman, Terukir Kekuatan
Kekuatan, keyakinan dan keazaman yang telah merintis perjalanan hidup
Airliftz merupakan bukti ketahanan kuasa sikap optimis. “Sepanjang hidup
saya dilemparkan dengan pelbagai ejekan, namun pengalaman mengajar saya
bahawa negativiti hanya akan menyebabkan anda jatuh mundur. Walau sekian
lama saya cuba untuk tidak mengendahkannya, saya hanya perlu menyelami diri
sendiri untuk menemui kekuatan itu - dan ia bermula dengan senyuman yang
berkuasa. Melawan balik bukanlah cara saya. Bagi menangani negativiti, saya
sebaliknya membalas dengan berbuat baik, bersikap optimis dan melemparkan
senyuman,” kongsi beliau.
Kempen Smile Strong yang dibintangi Airliftz
kini berstrim secara dalam talian di Youtube. Airliftz juga telah
melancarkan versi penuh lagu asal beliau Smile Strong seperti yang
kedengaran dalam filem, di platform penstriman muzik utama.
Tonton filem serta hayati lagu pemerkasaan diri Airliftz. Fikirkan -
Apakah yang menjana senyuman anda? Kongsi kisah #smilestrong anda di media
sosial hari ini. Baca juga > Lirik Lagu Airliftz Smile Stronger
Tentang Colgate
Colgate, jenama penjagaan oral terkemuka global di bawah
Colgate-Palmolive, merupakan jenama kebersihan oral paling diiktiraf bagi
penggunaan profesional dan komersial. Digunakan merentas pelbagai generasi
selama 64 tahun di Malaysia, Colgate sebagai jenama penjagaan oral #1
membantu mengekalkan senyuman di serata dunia dengan produk yang paling
maju dari segi teknologi dan terbukti dari segi klinikal. Menerusi
pelbagai penawaran yang merangkumi ubat gigi, berus gigi, ubat kumur,
produk pemutih dan peranti pergigian di rumah, Colgate percaya dalam
memainkan peranan untuk menyediakan penjagaan dan kesihatan oral yang
lebih unggul, sambil terus komited untuk mewujudkan bumi yang lebih sihat
dan berusaha setiap hari untuk mencipta senyuman yang sihat untuk semua.
Untuk maklumat lanjut tentang layari website Colgate.
colgate smile with strength, colgate smile strong.com, kempen senyum, smile
strong whitening kit, colgate sparkling white vs plus shine, smile dental
clinic kepong, colgate smile strong campaign, dent smile cherang,