7 Aktiviti Bengkel DIY Untuk Kanak-Kanak Pada Musim Cuti Sekolah |
Pelbagaikan aktiviti anak-anak anda pada cuti persekolahan ini dengan
peluang untuk menyertai 7 bengkel yang menarik dan menyeronokkan. Anak-anak
anda mungkin akan berminat dengan aktiviti yang ditawarkan melalui bengkel
DIY yang boleh disertai sepanjang cuti persekolahan yang akan datang!
Jadikan musim cuti sekolah anak anda lebih manis di Chocolate Lab, Chocolate
Museum. Terletak di Petaling Jaya, bengkel ini menawarkan penyediaan coklat
menggunakan kemudahan yang berkualiti serta diajar oleh pakar pembuat
coklat. Anda boleh memilih antara dua kursus: bengkel pembuatan coklat dari
biji koko dan marshmallow dicelup coklat atau rumah coklat dimana
kanak-kanak dapat membina struktur rumah daripada coklat. Paling menarik,
peserta akan menerima lawatan Chocolate Museum secara percuma melalui pakej
bengkel ini.
Bawa anak-anak anda ke dalam mod berseni dengan menghabiskan percutian cuti
sekolah dengan seni tanah liat. Terletak di Subang Jaya, Clay Expression
ialah bengkel yang khusus dalam seni tembikar dan tanah liat. Hanya dalam
2.5 jam, kanak-kanak boleh belajar cara membuat pinggan atau cawan teh
melalui teknik pembuatan tembikar secara tradisional, dan juga menggunakan
roda tembikar dalam bengkel wheel-throwing. Bengkel ini juga menyediakan
cabaran dan tema untuk mengasah kemahiran kreativiti mereka. Bawa anak-anak
anda dalam pengalaman mengendalikan roda tembikar untuk menghasilkan acuan
tanah liat yang lembut kepada karya seni.
Terletak di Subang Jaya, Splatter Art Factory menawarkan seni mewarna dengan
percikan cat, termasuk melukis dan mewarna dalam gelap menggunakan cat neon
yang glow in the dark. Bawa pulang hasil seni yang unik dan abstrak
menggunakan medium mewarna yang berlainan seperti percikan berus, straw dan
juga memecahkan belon yang diisi cat. Beroperasi setiap hari kecuali Isnin,
dari pukul 10 pagi hingga 4 petang, anak-anak anda akan dapat menghasilkan
seni yang tiada batas dan menggunakan kreativiti mereka sebolehnya.
Pupuk minat pertukangan dalam diri anak-anak anda pada cuti persekolahan ini
di ADIAIDA yang bertempat di Petaling Jaya. Melalui program mini, junior dan
teen maker, kanak-kanak akan mempelajari kemahiran menukang kayu menjadi
perabot mengikut saiz dan tahap kesukaran yang bersesuaian. Kemahiran asas
pertukangan seperti mengukur, memaku dan sanding akan turut diajar dalam
bengkel ini. Membawa anak anda ke bengkel ini bukan sahaja menyeronokkan
bagi mereka, malah mereka juga mungkin dapat memperoleh kemahiran baru dan
menjadikan pertukangan sebagai hobi.
Bengkel yang terletak di Shah Alam ini merupakan satu tempat yang bagus
untuk belajar melukis. Peserta bengkel ini akan dapat mempelajari sama ada
lukisan gaya bebas atau guided, yang diajar oleh sebuah kumpulan pelukis
yang mahir. Kanak-kanak juga boleh mempelajari cara-cara menggunakan medium
lukisan yang berlainan, dimana mereka kemudian dapat menggunakan teknik yang
dipelajari dalam kehidupan seharian mereka. Ianya sangat penting untuk
berikan anak-anak anda peluang untuk meneroka kemahiran mereka yang
tersembunyi dengan menyertai aktiviti sedemikian. Jadi, bawalah mereka ke
The Artsy Craftsy by Shia Lynn pada cuti sekolah ini.
Terletak di Petaling Jaya, MTMT Studios menawarkan pelbagai bengkel untuk
anda dan anak-anak untuk mencuba. Terdapat pelbagai pilihan yang tidak
terhad kepada melukis sahaja, malah ada juga bengkel penghasilan crochet, 3D
Painting, penghasilan barang kemas, seni tembikar dan juga kasut DIY. Pilih
daripada mana-mana bengkel ini atau sertai kesemuanya dan tanamkan kemahiran
baru pada anak-anak anda. Bengkel-bengkel ini juga berjalan pada waktu yang
berlainan, jadi ibu bapa akan mempunyai masa yang fleksibel untuk menyertai
bersama anak-anak mereka.
FabCafe Kuala Lumpur di Petaling Jaya ialah sebuah kafé yang menawarkan
ruangan terbuka kepada sesiapa yang ingin menjalankan projek seni mereka.
Bermula dari pukul 10 pagi hingga 7 malam, kafe ini beroperasi setiap hari
kecuali Ahad.
Dengan kemudahan dan gajet elektronik yang banyak, pelbagai projek seni
boleh dihasilkan di kafe ini. Dari pencetak 3D, mesin sulaman dan mesin
jahit, ianya sebuah tempat yang sesuai untuk menjadikan gambaran anda kepada
realiti. Tambahan pula, kafe ini menyajikan kopi, soda dan makanan ringan
yang lazat seperti pastri dan kek untuk dinikmati sambil menyiapkan karya
seni anda.
Jika anda masih tercari-cari bagaimana untuk mempelbagaikan percutian
anak-anak ada, berilah mereka peluang untuk menyertai aktiviti DIY tersebut.
Bukan sahaja mereka dapat mencuba perkara baru, malah pengalaman yang
diperolehi akan membolehkan mereka mengasah kemahiran baru yang sangat
bermanfaat untuk perkembangan minda mereka.
aktiviti diy untuk kanak-kanak, aktiviti diy bersama anak, diy aktiviti kanak
kanak 2 tahun, aktiviti cuti sekolah untuk kanak kanak, cadangan aktiviti cuti
sekolah, permainan kanak kanak di rumah, aktiviti indoor untuk kanak kanak,
aktiviti sains untuk kanak kanak, aktiviti stem untuk kanak kanak, aktiviti
sains yang mudah dan menarik, aktiviti cuti sekolah di rumah,