5 Kebaikan Memelihara Kucing Si Meowy Sebagai Teman Baik | Kucing adalah salah satu haiwan peliharaan paling popular dan paling banyak
di dunia. Buat pecinta kucing mesti ada alasan tersendiri memelihara kucing.
Ada yang memelihara kucing sebagai untuk dijadikan sebagai teman di rumah
dan ada juga yang mengambil mereka sebagai ahi keluarga kerana haiwan juga
patut disayangi.
Bila dah ada kucing di rumah, pastinya korang akan terhibur dengan
telatahnya yang nakal, manja dan kadangkala mencuit hati! Memelihara kucing
ini sebenarnya banyak kelebihannya buat kita dari segi kesihatan dan mental
sebab hubungan yang dibentuk kucing dengan kita mirip dengan hubungan antara
bayi dan orang tua. Ya, memang kucing mencari interaksi dari manusia!
Menurut penelitian dalam Frontiers in Veterinary Science bertajuk “The
Mechanics of Social Interaction Between Cats and Their Owners”, interaksi
kucing dan manusia membantu mengurangi perasaan dan energi negatif seperti
kecemasan, depresi (tekanan perasaan), mengurangkan rasa sunyi, mengurangi
rasa sakit dan stres serta membantu orang yang introvert.
Jika kita dałam keadaan tertekan, mesti Si Meowy akan memberi respon dengan
menggosokkan kepala dan tubuh. Perilaku ini dapat dikatakan seolah-olah
kucing tahu bahwa pemiliknya sedih dan bantu nak menenangkan kita.
Luangkan masa 5 hingga 30 minit masa berkualiti dengan kucing, korang telah
berjaya mengurangkan tekanan saraf dan membaiki mood anda. Ini kerana tubuh
badan anda menghasilkan sejenis bahan kimia bernama serotonin yang membantu
meningkatkan kesejahteraan diri, mempengaruhi pelbagai fungsi badan,
psikologi dan lain-lain.
Tahukah korang bunyi dengkuran kucing dapat membantu memulihkan kecederaan
tulang dan otot dan menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan
jantung?
Penyelidikan saintis di Washington State University, AS menemukan bahawa
mengusap anjing atau kucing selama 10 minit akan dapat mengurangkan hormon
kortisol atau hormon stres secara signifikan. Aktiviti dengan kucing dapat
merendahkan rembesan kimia bernama cortisol di dalam badan. Kadar cortisol
yang tinggi akan meningkatkan tahap kolestrol dan tekanan darah.
Ada beberapa penelitian yang menunjukkan kekuatan penyembuhan dari
dengkuran, terutama untuk kucing dan manusia. Semua kucing domestik dan
sebagian besar kucing liar, mendengkur pada frekuensi antara 20-150 hertz.
Fekuensi penyembuhan ini boleh mengurangi gejala-gejala seperti dyspnoea
atau kesulitan bernafas pada kucing dan manusia, menurunkan tekanan darah,
dan mengurangi risiko penyakit jantung. Pemilik kucing memiliki risiko 40%
lebih kecil terkena serangan jantung.
Kucing yang diperlihara perlu diberi makan dengan teratur serta kebajikan
kesihatan kucing juga mesti dijaga. Hal ini akan menjadikan penjaganya lebih
komited dan berdisiplin dalam kehidupan harian. Jika kucing bersikap nakal
seperti poo dan pee merata atau menganggu harta benda orang lain, jadi tuan
kucing mesti menjadi lebih bertanggungjawab dan menghormati hak jiran
tetangga.
Memelihara kucing juga dapat belajar untuk menjadi manusia. Komitmen
terhadap kucing mengajar kita erti berkongsi. Rezeki yang Allah anugerahkan
itu harus dikongsikan dengan yang lain seperti kucing.
Jika ada Si Meowy yang terbiar, berkongsilah rezeki dengan beri mereka
makan. Jadikan latihan setiap hari untuk bermurah hati kepada kucing.
InsyaAllah lambat laun anda akan berjaya memiliki sifat bermurah hati kepada
manusia juga.
Kak Bell sentiasa ada standby kibbles makanan kucing Me-O untuk Si Meowy
jalanan. Sebenarnya dah ramai pencinta kucing berikan makanan kucing Me-O
untuk kucing mereka. Ini terbukti yang ia sangat sesuai diberikan untuk
mana-mana baka kucing. Korang pun boleh cuba nanti!
Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad dan juga sahabatnya. Kucing
Nabi namanya Mueeza. Kucing pertama Kak Bell pun namanya Muezza.
Alhamdulillah dah 8 tahun umur dia.
Apabila memelihara kucing diniatkan sebagai sedekah, maka
kelebihan-kelebihan sedekah juga akan diterima oleh tuan kucing. Kalau ada
kucing dating minta makanan, janganlah halau. Dalam rezeki kita masih ada
rezeki orang lain dan mungkin itu juga untuk makhluk Allah yang lain iaitu
kucing.
Antara ganjaran yang sering menjadi pendorong dalam bersedekah adalah janji
Allah swt untuk melipatgandakan pulangan sedekah dengan rezeki yang
melimpah-ruah.
Pencinta kucing mesti suka ambil gambar kucing kan? Apa kata korang join
Peraduan Meowy Ku Rumahku Bersama Me-O. Korang mungkin antara pemenang bertuah memenangi hadiah berjumlah lebih
dari RM30000! Contest ni bermula dari 1 Disember 2022 hingga 28 Februari
2023.
Berikut adalah antara hadiah yang ditawarkan dalam peraduan Meowy Ku Rumahku
Bersama Me-O. Mesti seronok tengok hadiah-hadiah yang ditawarkan!
Set perabot mewah dan makanan kucing bernilai RM15000
Hadiah Kedua
Set perabot mewah dan makanan kucing bernilai RM10000
Hadiah Ketiga
Set perabot mewah dan makanan kucing bernilai RM5000
10 x Hadiah Saguhati
Makanan kucing bernilai RM100
Cara sertai contest ni pun senang je! Korang boleh rujuk langkah penyertaan
di bawah.
[LANGKAH 2] Snap gambar resit pembelian dengan jelas
[LANGKAH 3] Scan QR code, Isi butiran penuh dan lengkapkan borang peraduan serta muat naik bukti resit pembelian.
**Semua penyertaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat peraduan.
[LANGKAH 3] Scan QR code, Isi butiran penuh dan lengkapkan borang peraduan serta muat naik bukti resit pembelian.
**Semua penyertaan adalah tertakluk kepada terma dan syarat peraduan.
Makanan kucing Me-O boleh didapati di mana-mana pasar raya, kedai runcit,
kedai haiwan peliharaan dan secara online di
https://www.pcmonlineshop.com. Cepat dapatkannya dan sertai Peraduan Meowy Ku Rumahku Bersama Me-O.
Siapa tahu, korang antara orang yang bertuah tu.
Nak tahu lebih lanjut tentang makanan kucing Me-O dan peraduan ni, korang
boleh terus ke Facebook Page MyMeOCat.
kebaikan memelihara kucing, kebaikan memelihara kucing dalam rumah, kebaikan kucing kepada manusia, kebaikan memelihara kucing dalam islam, kebaikan kebaikan memelihara haiwan peliharaan, keistimewaan memelihara kucing, 5 Kebaikan Memelihara Kucing Si Meowy Sebagai Teman Baik, Peraduan Meowy Ku Rumahku Bersama Me-O, kebaikan memelihara kucing menurut islam, kebaikan memelihara kucing hitam, kebaikan dan keburukan memelihara kucing2,