Pengguna ShopeeFood Rating 5 Restoran Terbaik Restoren Hidangan Nasi &
Ayam Goreng | Dalam pelbagai cara, kepelbagaian budaya Malaysia telah
mempengaruhi rasa dan ramuan kulinari Malaysia yang unik. Menggabungkan rasa
keenakan hidangan Cina, India, Melayu dan Borneo, selera kita sentiasa
dihidangkan dengan kekayaan variasi yang mungkin tidak boleh didapati di
tempat lain. Memang Malaysia syurga makanan!
Jadi perkara ini mengilhamkan ShopeeFood untuk membuat tinjauan di
bandar-bandar besar di Malaysia untuk melihat hidangan terbaik yang diberikan
lima bintang oleh pengguna ShopeeFood. Sepanjang tiga kempen besar baru-baru
ini, seperti 9.9 Shopping Day, 10.10 Brand Sale dan 11.11 Big Sale, ShopeeFood
mengumpulkan data tentang trend makanan untuk mengetahui apakah yang gemar
dimakan oleh rakyat Malaysia. Melihat pada item yang paling kerap dipesan di
aplikasi ShopeeFood, tinjauan itu membuktikan dua makanan kegemaran yang
paling digenari ialah hidangan berasaskan nasi dan ayam goreng.
Tidak dinafikan nasi merupakan nadi kehidupan seharian di negara ini. Selain
dengan sawah padi yang luas terbentang di seluruh negara, nasi adalah makanan
ruji kita, yang turut diadun dalam makanan bayi, makanan ringan, pencuci mulut
dan hampir setiap hidangan. Sama ada semangkuk nasi kukus ala Cina, nasi daun
pisang India yang terkenal, dan tidak lupa Nasi Lemak Malaysia yang tercinta,
nasi terus ‘hidup’ dalam DNA Malaysia dan rakyatnya.
Walaupun Roti Canai tetap memegang takhta dalam tinjauan lima makanan teratas
ShopeeFood, hidangan berasaskan nasi dan ayam goreng yang pelbagai jenis,
memang banyak dipaparkan dalam list dan trend makanan di ShopeeFood.
Tidak hairanlah, hidangan ayam terutamanya ayam goreng turut mendapat tempat
teratas dalam makanan lima bintang terbaik di aplikasi ShopeeFood, digemari
tak kira oleh yang tua dan muda. Bagi sesetengah orang, ayam goreng adalah
hidangan yang dinikmati semasa ‘makan besar’ bersama keluarga setiap hujung
minggu, dibuat lauk makan tengah hari padahari bekerja, atau dijamah buat
makan malam.
Menurut kaji selidik pada 2021,
rakyat Malaysia adalah pengguna ketiga tertinggi di dunia untuk daging
ayam, dengan hampir 50 kilogram ayam dimakan setiap tahun, oleh setiap 1 orang.
Walaupun ia tidak mencecah 82.3-kilogram beras yang dimakan rakyat Malaysia
setiap tahun, jika kita melihat pada populasi kita yang hanya lebih 32 juta
orang, kedudukan ketiga teratas ini menunjukkan betapa rakyat Malaysia
gemarkan ayam!
Tambahan lagi, kita langsung tidak pilih kasih! Sama ada Ayam Goreng Berempah
atau ayam goreng ala Korea ‘viral’, rakyat Malaysia menggemari ayam mereka
dalam pelbagai gaya. Malah hari ini, kita mempunyai beratus-ratus hidangan
ayam yang berbeza hanya di hujung jari – sama ada di kedai makan atau online
di ShopeeFood, pilihannya tidak berkesudahan.
Semasa pandemik Covid-19, rakyat Malaysia beralih kepada platform penghantaran
untuk mendapatkan makanan mereka dengan selamat dan mudah. Memandangkan
kemudahan dan pelbagai pilihan makanan ada tersedia di hujung jari mereka,
rakyat Malaysia semakin memilih kaedah penghantaran makanan atas talian atau
online. Terdapat lebih 2,000 hidangan untuk dipilih, terpulang pada mood dan
citarasa anda untuk hari-hari tertentu.
“Orang ramai menjadi semakin bergantung dan selesa dengan perkhidmatan digital. Rakyat Malaysia telah menerima pakai penghantaran makanan kerana ia memberikan kemudahan, nilai dan kepelbagaian. Di ShopeeFood kami juga komited untuk membantu lebih ramai peniaga sama ada syarikat besar atau ‘hero’ tempatan untuk mendapat manfaat daripada rangkaian ekosistem Shopee yang luas, di samping mengamalkan cara baharu untuk berniaga dan mendapatkan pelanggan baharu,” kata Kwa Yin Leng, Ketua Operasi ShopeeFood Malaysia.
“Kami sangat teruja dengan tinjauan ini kerana ia menunjukkan apa yang kita paling gemari sebagai rakyat Malaysia, apabila bercakap tentang makanan. Semasa tempoh promosi kemuncak kami seperti 9.9, 10.10 dan 11.11, hidangan berasaskan nasi telah meningkat lebih kurang 3x ganda dari segi tempahan berbanding hari biasa. Ini menunjukkan bahawa rakyat Malaysia bukan sahaja menikmati nasi sebagai makanan ruji, tetapi juga berpusu-pusu memanfaatkan tempoh promosi untuk merebut nilai terbaik untuk tempahan mereka,” tambahnya.
ShopeeFood telah ditubuhkan pada 2021 untuk membantu penggunanya mendapat
manfaat daripada pengalaman penghantaran makanan yang mudah dan lancar,
dengan menyediakan pelbagai pilihan kedai makan, daripada restoran popular
hingga gerai jalanan, pada nilai terbaik. Membentuk sebahagian daripada
ekosistem sedia ada Shopee yang merangkumi dompet mudah alih ShopeePay,
ditambah dengan tawaran dan promosi yang menakjubkan sepanjang tahun,
ShopeeFood turut menawarkan rakyat Malaysia dengan pilihan pembayaran yang
mudah, selamat, serta memberi ganjaran.
ShopeeFood meninjau pilihan penggunanya untuk mengetahui hidangan nasi dan
ayam goreng terbaik di Kuala, Lumpur, Putrajaya, Selangor, Pulau Pinang,
Johor, Ipoh dan Kota Kinabalu. Walaupun Nasi Lemak, Bubur Ayam, Nasi Kukus
dan ayam goreng tetap menjadi kegemaran sepanjang zaman - kami turut
mendapati bahawa pengguna juga menggemari kepelbagaian hidangan daripada
Timur Tengah, Korea, Antarabangsa dan Jepun.
Berikut adalah senarai lima restoran terbaik dari seluruh Malaysia yang
dipilih oleh pengguna ShopeeFood, sebagai tempat terbaik jika anda teringin
untuk menikmati hidangan nasi dan pelbagai jenis ayam goreng.
Sama ada masakan Timur Tengah, Jepun dan tempatan – penduduk Sabah memang
sukakan kepelbagaian dan pilihan kegemaran mereka akan membuatkan anda
rambang mata!
- Restaurant Nasi Mandi @ Lorong Plaza Kingfisher
- Kopi Ping Cafe @ Gaya Streets
- Goku Mozza Chs Crndog Boba BrownSugar
- Recipes House Damai Plaza
- Miyabi Express (Funky Farm)
- Restaurant Nasi Mandi @ Lorong Plaza Kingfisher
- Goku Mozza Chs Crndog Boba BrownSugar
- Miyabi Express (Funky Farm)
- Wo Yen Kee @ Jalan Damai
- Yam Yam Cafe @ Penampang
Sama ada Nasi Campur atau masakan Cina, pengguna kami sudah tahu di mana
untuk mendapatkan makanan yang enak. Untuk hidangan nasi dan ayam goreng
bertaraf lima bintang terbaik, klik sahaja pada pautan di bawah dan pengguna
ShopeeFood akan tunjukkan jalannya!
- Klasik Aroma Salai Desa Petaling
- Nasi Lemak @ Sunny Food Republic KL
- Lan Zhou Mee Tarik @ Bukit Bintang
- Warung DD
- Takoyaki Leleh Masok - Kg Baru
- Krayz Kitchen Cheras
- Restaurant Man Kee Kepong
- Minang House @ Segambut Dalam
- My Utara Burger Kuala Lumpur
- Komo Cafe @ TTDI
Nun di utara, di Pulau Pinang yang merupakan syurga makanan, selain
hidangan Pulau Pinang yang unik, pengguna juga menggemari makanan Timur
Tengah seperti Mandi Chicken dan burger ayam goreng yang empuk.
- ZUS Coffee @ Jelutong
- Mr. Shawerma @ USM Plaza Ivory
- Familymart Jalan Burma Penang
- Tanduk Bihun Sup Utara Bayan Lepas
- Mr. Shawerma @ QueensBay Mall
- Tanduk Bihun Sup Utara Bayan Lepas
- The BRGR @Jln Nagor
- Farmer's Market Promenade
- Soft Soya Cafe Teras Jaya
- Tunas Bistro Jalan Paya Terubong
Orang Johor menggemari ayam goreng tradisional mereka yang dhidang bersama
nasi. Selain itu, rakyat Johor memilih sup 'hotpot' untuk dihidangkan
bersama nasi mereka, ayam goreng dengan herba dan rempah ratus, serta kombo
kari dan nasi yang membangkitkan selera.
- Marrybrown @ Kluang Econsave
- Donkey Restoran Restoran Tyson
- Bubur Ayam Batu Pahat
- Embrace Hall Cafe @ Jalan Impian Emas
- Shu Da Xia Hotpot @ Taman Sutera Utama Skudai
- Gang Shi Fei @ Taman Nusa Bestari
- Bliss Cafe Danga Bay
- Tea Garden Aeon Mall Kulai
- DMR Segar Dim Sum Halal Sutera Mall
- Nasi Kukus Station D Mawar Cafe
Terkenal dengan budaya Hakka, tokong bersejarah di dalam gua dan bandar
lama kolonial, Ipoh sememangnya terkenal dengan makanannya. Selain hidangan
warisannya yang pelbagai, nasi lemak, ayam goreng ‘chicken chop’ dan ayam
goreng Korea juga berjaya merebut tempat dalam senarai kegemaran orang
Ipoh.
- Capati Warisan Pak Lang PGA AZ Qifayah @ Batu 8
- Mee Udang Ketam & Masakan Thai @Tmn Tnjg Perdana
- R Heritage Recipes @ Meru B2 Ipoh
- Alieya Cafe @ Taman Mas
- Restoran Nasi Kandar Bharkat @ Taman Cempaka
- Capati Warisan Pak Lang PGA AZ Qifayah @ Batu 8
- Cikgu Fuad Catering @ Kampung Jana Sambungan
- R Heritage Recipes @ Meru B2 Ipoh
- Chego Taiping
- Restoran Anjung D' Puncak Chemor
Selangor
Dan akhirnya, Asam Pedas bersama nasi mempunyai tempat yang istimewa di
hati orang Selangor, tidak lupa juga ayam goreng Ayamas kegemaran sepanjang
zaman, serta ayam goreng Korea.
- Labbaik Ruzz Tent & Cafe @ Taman Melawar
- D Westurn Talam Jalan Iskandar
- DubuYo Mini Plaza Shah Alam
- Salai D'House WgsaMlawati
- D Lawang Asam Pedas Klang
- Restoran Asmaas Nasi Kandar Kuala Selangor
- Kedai Ayamas Seksyen 9
- K-Wing @ Taman Perindustrain Ehsan Jaya
- Nasi Berlauk Abe @ Klang
- Kafe An Nur's @ Denai Alam
Kini, jualan akhir tahun 12.12 sudah pun tiba! Dapatkan tawaran eksklusif
dari pelbagai restoran dan pesan semua makanan kegemaran anda dengan tawaran
hebat ini.
- Penghantaran Percuma dengan perbelanjaan min RM0
- Tawaran Super Deals sehingga 50% DISKAUN untuk peniaga terpilih seperti Thong Kee Cafe, Little KL Food Hall, Tea Can Tin, Pop Meals, Kee Nguyen - Vietnam Coffee, Nasi Lemak Saleha dan banyak lagi.
- Shocking Sale RM12 bermula dari 6hb - 12hb Disember 2022
Mengenai ShopeeFood
ShopeeFood menghubungkan pengguna Shopee dengan peniaga makanan yang
bervariasi, daripada restoran popular sehinggalah ke gerai tempatan,
dengan nilai yang berbaloi. Dilancarkan pada 2021, ShopeeFood menawarkan
pengguna sebuah pengalaman penghantaran makanan yang mudah dan lancar, di
samping membantu peniaga mendigitalkan dan meluaskan jangkauan perniagaan
mereka.
Diintegrasikan ke dalam ekosistem Shopee yang merangkumi dompet mudah alih
ShopeePay, ShopeeFood menyediakan pengguna dengan pilihan pembayaran yang
mudah, selamat, serta memberi ganjaran. Shopee adalah sebahagian daripada
Sea Limited (NYSE:SE), sebuah syarikat internet pengguna global yang
terkemuka. Selain Shopee, perniagaan teras Sea yang lain adalah termasuk
cabang hiburan digitalnya, Garena, dan cabang perkhidmatan kewangan
digital, SeaMoney. Misi Sea adalah untuk menambah baik kehidupan pengguna
dan perniagaan kecil melalui teknologi
pengguna shopeefood rating 5 restoran terbaik restoren hidangan nasi
& ayam goreng, makanan tradisional melayu wikipedia, makanan di
malaysia, pengenalan makanan tradisional melayu, jenis makanan di
malaysia, makanan tradisional kaum melayu, sejarah makanan tradisional
melayu,