Tempat Menarik Di KL Untuk Anda Beriadah Bersama Keluarga | Pemakanan yang
seimbang, mendaftar dengan pelan
takaful keluarga
yang baik, dan senaman merupakan antara amalan gaya hidup sihat yang perlu
diterapkan dalam kalangan keluarga anda. Tetapi apa lagi yang boleh anda
ikhtiarkan agar keluarga anda kekal sihat dan aktif di luar sambil
berseronok pada masa lapang?
Sebenarnya ada banyak tempat lepak chill di kl yang boleh kita kunjungi
bersama keluarga, kanak-kanak, untuk bergambar di tempat yang instagrammable
dan juga berdating! Jika anda duduk berhampiran ibu negara, anda boleh bawa
sahaja keluarga bersiar-siar di tiga tempat yang menarik ini.
Apa? Kota raya KL juga ada taman botani? Ya, memang ramai lagi tidak tahu
bahawa bandar raya megah Kuala Lumpur kita ini ada taman rekreasi cantik
yang boleh anda kunjungi bersama keluarga. Dilitupi kanopi menghijau dengan
trek jogging yang mengikuti alur bukit-bukit kecil, Taman Botani Perdana
Kuala Lumpur ini sememangnya destinasi yang baik untuk keluarga anda
beriadah.
Ada kawasan lapang, tasik, kandang haiwan seperti rusa dan burung, dan
macam-macam lagi. Sambil beriadah dan berpeluh, si kecil pasti terhibur
melihat suasana dan haiwan-haiwan yang ada di sini.
Nak lagi menarik, anda boleh sampai ke sini dengan berjalan kaki daripada
stesen kereta api lama
Kuala Lumpur, atau turun sahaja di LRT Pasar Seni! Perjalanan Grab dari KL
Sentral juga tidak akan memakan tambang yang tinggi kerana ia dekat sahaja.
Nak lagi taman menghijau untuk anda dan keluarga berseronok sambil berpeluh?
Lawat sahaja Taman Eco-Rimba Bukit Nanas ini untuk pengembaraan yang
mengasyikkan bersama keluarga.
Sebuah kawasan Warisan Hijau Kuala Lumpur, Taman Eco-Rimba ini memang lagi
syok jika anda sekeluarga memang amat menyukai suasana rimba yang aman.
Beriadahlah sambil menghirup udara segar di taman ini tanpa perlu membuat
perjalanan jauh ke tempat lain jika anda berada di sekitar kawasan Lembah
Klang.
Dah puas beriadah, dan kini anda bersedia untuk bawa keluarga membeli-belah?
Daripada memilih pusat beli belah dalam bangunan yang semuanya sama sahaja
di ibu kota, apa kata anda bawa anak-anak dan keluarga ke Petaling Street.
Kedai-kedai dan pasar yang dibuka di kawasan lapang ini sememangnya
destinasi beli-belah yang menarik untuk diterokai. Bukan itu sahaja,
barangan yang dijual juga ada pelbagai variasi dengan harga yang begitu
murah sekali.
Kwai Chai Hong
is a hidden gem in China Town
Untuk membeli cenderahati atau buah tangan, anda boleh ke Central Market
yang terletak berhampiran dengan kawasan itu. Kalau tak membeli sekalipun,
anda dan keluarga dapat menikmati keindahan produk tradisional tempatan
dengan pelbagai motif menarik, seperti batik, songket, dan sebagainya.
Jangan lupa juga untuk berkunjung ke Kwai Chai Hong.
Daripada berjalan kaki dalam bangunan berpendingin hawa semata-mata, bawa
anak-anak anda hirup udara segar di luar di lokasi-lokasi ini. Sambil
menikmati keindahan tempat-tempat menarik yang ada, anda juga boleh memupuk
mereka mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Pastikan keluarga anda dilindungi dengan pelan takaful komprehensif dan
berkualiti dengan Takaful IKHLAS sekarang. Untuk maklumat lebih lanjut,
layari sahaja
https://www.takaful-ikhlas.com.my/category/protection
tempat menarik di kl untuk kanak kanak, tempat menarik di kl waktu malam 2022,
tempat free di kl, tempat lepak chill di kl, tempat menarik untuk dating,
tempat menarik di kl untuk family, tempat menarik di kl untuk bergambar,
tempat menarik bersama keluarga, tempat menarik di kl untuk dating, aktiviti
indoor di kl,