Resepi Sambal Pede, Sambal Budu Masakan Pahang | Hi semua pembaca blog Kak
Bell. Sekarang ni memang jarang sungguh Kak Bell memasak dan berkongsi
resepi. Untuk hari ni Kak Bell nak kongsikan salah satu resepi masakan
Pahang yang popular di Jerantut, Temerloh dan sekitar Kuala Lipis iaitu
sambal pede atau sambal budu.
Selain masakan ikan patin tempoyak, menu sambal pede ni memang menu tradisi
popular di sini. Walaupun bukan lahir di Pahang atau anak jati Pahang,
sebelum ni Kak Bell membesar dan bersekolah di Jerantut, jadi memang tak
asing lah dengan sambal pede ni. Kalau di pasar Ramadhan Jerantut tu, sambal
Pede adalah antara sajian yang wajib ada selain murtabak ketika bulan puasa.
Sambal budu di kenali juga dengan sambal pede ialah hidangan resipi orang
Jerantut. Orang Jerantut sebut budu tu pede. Ada sesetengah tempat memanggil
menu ini sebagai ‘masak budu’. Masakan ni ala-ala iras gulai daun kayu țapi
tidak menggunakan tempoyak sebagai bahan utama, sebaliknya digantikan dengan
budu.
Sebenarnya ada banyak versi resepi bergantung kepada bahan-bahan yang
digunakan. Kalau tak ada semua pun ok. Ikutlah bahan apa ada di dapur. Ni
kira resepi sambal pede simple dan mudah. Jom tengok bahan-bahan untuk
resepi sambal pede.
2 biji bawang holland
Sebekas terung rembang (terung pipit)
6 biji terung bulat/terung telunjuk
1 ikat pucuk ubi
2 ikat daun kesum
1 ikat daun silom
2 bunga kantan
3 batang serai
6 helai daun kunyit
Segenggam cili padi
3 kotak kecil santan
2 botol budu
Air secukupnya
Cara buat sambal pede:
1. Cili padi blend, hiris halus serai daun kunyit bunga kantan.
2. Hiris sedang-sedang daun silom dan daun kesum/daun kesom.
4. Masukkan semua bahan dalam periuk, masukkan air secukupnya, masukkan budu.
5. Nyalakan api dan biarkan bahan mendidih dan semua bahan empuk.
6. Masukkan santan dan kecikkan api dan biarkan seketika.
7. Bila rasa dah ngam, bolehlah tulip api dan dihidangkan.
TIPS!
- Resipi ini tidak menggunakan garam hanya budu (budu dah masin).
- Santan dan budu tu tgk la pada bahan yang masak banyak mana.
- Untuk cili api ikut suka nak kepedasan memasing.
- Cuci bersih pucuk ubi kayu kemudian di ramas dan di cuci berkali-kali supaya air pahitnya berkurangan/perah keluar air yang hijau.
Antara bahan lain yang boleh dibuat sambal pede/sambal budu:
Daun Kadok
Terong mango
Belimbing buluh
ikan bilis
Kunyit hidup
Asam keping
Petai
Asalnya nak pakai 1.5 bottel budu, tapi dah alang kepalang habiskan jela
2 botol kecik tu. Ada juga tip kalau nak lagi sedap, jemur dulu daun
baru masak. Bagi yang belum pernah rasa sambal pede, memang patut cuba
resepi masak budu Pahang ni. Kombinasi rasa masam, manis dan pedas
memang istimewa sangat!