MAGGI SAH Malaysia 2022 Raikan Ulangtahun ke-51 Dengan Resepi Mi Maggi
Paling Viral | Mi MAGGI® meraikan 51 tahun detik bersejarah bersama rakyat
Malaysia menerusi kempen
MAGGI SAH Malaysia! Acara tahunan ini dianjurkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan
ke-65 dan juga Hari Malaysia ke-59 baru-baru ini. Kempen ini mencapai
kemuncaknya di pertandingan akhir dan pesta terbuka bagi meraikan acara
terbesar MAGGI pada tahun ini, bertempat di Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
yang juga merupakan sebuah mercu tanda seni bina yang bersejarah.
Mi MAGGI® mula diperkenalkan kepada rakyat Malaysia pada tahun 1971. Sejak
itu Mi MAGGI menjadi kegemaran rakyat Malaysia, dari semangkuk sup mi MAGGI
yang menyelerakan di rumah hinggalah sepinggan Mi Goreng MAGGI yang lazat di
restoran. Diam tak diam sejak dari tahun 1971 lagi jenama MAGGI menjadi
jenama ikonik dengan jiwa rakyat Malaysia.
Officiating the Grand Finale of MAGGI SAH Malaysia (L-R)
Juan Aranols, CEO, Nestlé (M) Berhad;
Mr Chew Soi Ping, Executive Director of Sales of Nestle Malaysia
and Singapore; Geetha Balakrishna, Business Executive Officer of
MAGGI, Nestlé (M) Berhad and Madam Yit Woon Lai, Business Executive
Officer of Nestlé Professional Business Division
Di majlis bersama media semalam, 20 Oktober 2022, Juan Aranols, Ketua
Pegawai Eksekutif
Nestle
(Malaysia) Berhad berkata bahawa kempen MAGGI SAH Malaysia! yang bertemakan
Kembara DuniaKu Bersama MAGGI adalah untuk meraikan keenakan dan warisan
masakan MAGGI yang dicipta di rumah serta di kedai-kedai makan. Kempen ini
memberi pengiktirafan kepada kreativiti masakan di warung, gerai makan dan
trak makanan di seluruh negara yang menjadi sebahagian daripada kehidupan
rakyat Malaysia.
“MAGGI® SAH Malaysia! yang kini memasuki tahun ketiga bertujuan untuk
menyerlahkan keunikan budaya makanan Malaysia - meluangkan masa bersama-sama
tanpa mengira latar belakang di kedai-kedai makan sambil menikmati hidangan
MAGGI® kegemaran mereka. Ramai pengusaha makanan mengalami kesan kejatuhan
akibat penularan pandemik COVID-19 tetapi kini semakin ramai rakyat Malaysia
mula makan di luar dan bersosial selepas keadaan kembali normal. Kempen ini
adalah untuk meraikan keunikan hasil ciptaan Mi MAGGI® mereka yang viral!”
kata Juan.
Diantara booth-booth yang ada semalam seperti Kedai Runcit Chew, Restoren
Ali Maju, Pok Li Mee Celup, Satay Kajang Haji Samuri, Nasi Kandar Buharry ,
booth Cili Klate dan lain-lain lagi. Menariknya semua pengunjung datang
dengan memakai pakaian tradisional kaum masing-masing bagi menyemarakkan
lagi suasana tradisi Malaysia.
Melalui travelog SAH Malaysia!, Kembara DuniaKu MAGGI® (12 Food Operators of MAGGI® Kembara DuniaKu), yang dihoskan oleh
Duta MAGGI Sheila Rusly, Duta MAGGI CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman dan
Duta MAGGI Pedas Giler MK K-Clique, MAGGI telah menjejaki 12 buah warung
dan kedai makan di seluruh negara untuk memperkenalkan resipi MAGGI viral
mereka. Para pengusaha makanan ini telah diberikan plak MAGGI® SAH
Malaysia! setiap seorang sebagai pengiktirafan untuk hidangan MAGGI
istimewa mereka yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.
Resipi-resipi viral ini kemudiannya memberi ilham kepada para pengusaha
makanan yang lain untuk menghantar resipi kreatif MAGGI masing-masing
untuk cabaran Resipi KreaktifKu secara dalam talian. 8 orang finalis yang
bertanding hari ini akan merebut hadiah wang tunai berjumlah RM10,000.
Kempen MAGGI SAH Malaysia! turut meraikan kreativiti para pengguna melalui
cabaran ResipiKu DuniaKu di mana seramai 12 orang finalis yang terdiri
daripada para pengguna akan bertanding untuk merebut tiga Hadiah Utama
berupa wang tunai sebanyak RM5,000 di sesi memasak secara langsung pada
hari ini. Kak Bell pun ada
resepi Maggi Kari Sedap
by Kak Bell. Boleh cari juga di buku
20 Malaysian Home Cooking Recipes : Resipi Dapur Kak Bell.
Senarai Pemenang Memasak Mi Maggi Viral
Berikut adalah senarai pemenang bagi 2 kategori memasak Mi Maggi
Viral.
ResipiKu KreatifKu
1. Ying Ying Café, MAGGI® Tomyam
Seafood
2. Ganesh Curry House, MAGGI® Udang Ori
3. Chiffonade,
Wattan MAGGI®
ResipiKu DuniaKu
1. Asmahani Mohamed, Botok
Botok MAGGI®
2. Faradilla Eamy Jaar, Sotong Sumbat Bakar MAGGI® Kuah
Percik Bersambal
3. Norsalina Jalaludin, Manok Pansoh MAGGI®
Pada majlis hari ini, plak penghargaan turut disampaikan kepada Persatuan
Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) dan Persatuan Pengusaha
Restoran India, Malaysia (PRIMAS) sebagai pengiktirafan sumbangan dan
usaha kedua-dua persatuan ini dalam mengawal selia dan menggiatkan semula
perniagaan pengusaha makanan di Malaysia. Penghargaan ini juga turut
diberikan untuk mengiktiraf sokongan yang diberikan oleh ahli mereka yang
terdiri daripada lebih 4,500 dan 1,500 vendor masing-masing di PRESMA dan
PRIMAS terhadap MAGGI®.
Puan Geetha Balakrishna, Pegawai Eksekutif Perniagaan MAGGI®, Nestle
(Malaysia) Berhad mengakui bahawa pengusaha makanan di Malaysia telah
setia bersama MAGGI sejak sekian lama, begitu juga dengan para pengguna
kami, merangkumi segenap lapisan masyarakat yang terus menikmati
detik-detik memori manis MAGGI mereka sambil mewujudkan hubungan mesra
bersama planggan kami. MAGGI SAH Malaysia! adalah satu perayaan untuk
menghargai hubungan MAGGI bersama rakyat Malaysia yang sudah lama
terjalin.
“Selaras dengan semangat “Anda dan MAGGI®, Sajikan Kelainan”, kami
berhasrat untuk memberi inspirasi dan menggalakkan rakyat Malaysia membuat
perubahan melalui masakan - sama ada untuk diri mereka sendiri, untuk
orang tersayang di rumah atau untuk mengekalkan perniagaan makanan mereka
melalui penciptaan dan detik-detik penemuan hidangan MAGGI® yang dapat
menarik perhatian pelanggan,” tambah Geetha.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kempen MAGGI SAH Malaysia!,
sila layari laman
Aktiviti Maggi-Maggi Sah Malaysia.
maggi sah malaysia, maggi sah malaysia 2021, peraduan maggi sah malaysia 2021, malaysia
maggi goreng recipe, peraduan maggi sah
malaysia, maggi contest sah malaysia, maggi sah malaysia 2022, maggi advertisement malaysia, maggi resepi, maggi my, maggi malaysia, maggi malaysia contest, pemenang peraduan maggi
2022, peraduan maggi terkini,