Food Empire Food Court Di MGB Bukit Bintang Tawar Pelbagai Menu 'Sense of
Malaysia' | Buat anda yang suka jalan-jalan cari makan Kak Bell nak
kongsikan sebuah tempat makan yang baru sahaja dibuka di Malaysia Grand
Bazaar (MGB), bersebelahan dengan pusat membeli-belah Lalaport Mitsui
Shopping Park di Bukit Bintang City Centre (BBCC). Jika datang shopping ke
sini bolehlah menyinggah di Food Empire Food Court yang terletak di tingkat
1 dalam bangunan MGB. Kenapa Kak Bell share sebab ada pelbagai jenis menu
boleh dipilih dan konsep food court ni sangat cantik dan menarik. Jom baca
lebih lanjut jika nak tahu apa yang ada di sini.
Malaysia Grand Bazaar (MGB) ni merupakan tempat di mana terdapat banyak
kedai-kedai kecil atau bazar yang dihimpunkan di sini dan menjadi bazar
besar pertama seumpamanya di Bukit Bintang, Kuala Lumpur. MGB ni ialah
artisan-mall (artisanal mall) pertama
di Malaysia dan menjadi one stop centre di mana pengunjung boleh membeli dan
merasai pengalaman hasilkan kraftangan selain boleh menikmati pelbagai jenis
makanan.
Food Empire Food Court dikendalikan oleh Smart Legacy Sdn. Bhd. dan
perasmian outlet ke-11 Food Empire Food Court di MGB telah berlangsung pada
7 Oktober 2022 lepas.
Medan selera Food Empire ini direka secara unik, diilhamkan oleh budaya dan
tradisi Malaysia yang kaya, yang juga berkait dengan aspirasi MGB untuk
mempromosikan seni dan budaya tempatan.
Seiring dengan slogan ‘Sense of Malaysia’, food court ini menyediakan 13
gerai yang menyajikan pelbagai jenis masakan tempatan dan juga makanan
antarabangsa kegemaran rakyat Malaysia. Selain itu Food Empire Food Court
juga sesuai untuk dikunjungi semua orang dengan status pork-free, lard-free
dan alcohol-free.
13 Gerai Makanan Pilihan Di Food Empire Food Court MGB
Medan selera ini terletak di tingkat 1 dan menempatkan kira-kira 413
tempat duduk dengan keluasan binaan kira-kira 14,500 kaki persegi. Ia
terdiri daripada tiga belas (12) gerai makan dan satu (1) gerai
minuman.
Dalam ni boleh dikatakan macam destinasi sehenti untuk segala-galanya
daripada Makanan Laut Bakar/Grill dari Stulang Laut, ada makanan Asia yang
menyelerakan dari Selera Kita, Hot Plate noodles dan Claypot Rice, menu
makanan Thai dari Thai Fusion, masadan Indonesia dari Ayam Penyet D'Kota ,
makanan Arab dari Dubai, Nasi Ayam, Nasi Campur Suria dan juga hidangan
Western Fusion.
Tempat ni memang sangat selesa kerana ada segala kemudahan seperti bilik
air, singki basuh tangan yang bersih, ruang yang luas dan suasana yang
nyaman untuk makan.Ruang dalamannya juga sangat moden dan ada dekorasi
daripada kraf seni Malaysia seperti lakaran songket, batik, wayang kulit,
dan macam-macam lagi pada dindingnya. Setiap bahagian ruang direka menarik
dan fotogenik.
Kepada pengunjung yang datang ke Food Empire Food Court di
Malaysia Grand Bazar (MGB), anda boleh memilih makanan dan minuman kegemaran dari gerai berikut:
Ikan bakar dengan ‘sambal’ yang melengkapi aroma daun pisang pastinya
memikat selera anda. Gerai ni menyediakan hidangan bakar/grill makanan
laut segar seperti udang, sotong, ketam, pari, kerang, lala, siput buluh
dan pelbagai ikan. Menu otak-otak pun ada. Nama Stulang tu diambil
daripada kedai ikan bakar yang popular di Jalan Stulang Laut Johor Baharu.
Menu paling famous kat sini ialah Kuey Teow Sup. Selain itu ada pelbagai
jenis makanan berasaskan sup seperti Bihun Sup, Mee Sup, Sup Ayam, Sup
Daging, Sup Kambing, Sup Berbola, Mushroom soup dan banyak lagi. Kat sini
juga ada menu local seperti Bubur nasi, laksa dan juga ulam-ulaman.
Salah satu menu kegemaran popular rakyat Malaysia mestilah Nasi Ayam.
Kalau pergi mana-mana, tak ada idea nak makan apa, mesti cari Nasi Ayam.
Di Gerai Nasi Ayam Hainan ada pelbagai pilihan nasi ayam seperti Roasted
Chicken, Stim Chicken, BBQ Chicken, Crispy Fried Chicken dan banyak lagi.
Bagi yang tak ambil nasi, boleh cuba Wan Tan Mee (mee wantan) kat sini.
Menu pilihan ayam goreng di sini didatangkan dalam set 2 ketul, 3 ketul
dan 5 ketul Family Set. Mereka juga menawarkan chicken chop dan ayam
popcorn XXL. Selain ayam, ada sotong XXL, sosej jumbo, sosej mozzarella,
burger daging Australia, burger kambing, skewers dan juga wraps.
Kalau nak cari Malaysian all-time favourite food, Nasi Lemak bolehlah
order kat Gerai Wow Resipi Padu. Kat sini boleh dapat menu popular mereka
seperti Nasi Lemak dengan pelbagai lauk pauk pilihan seperti ayam goreng,
sambal sotong, kari ayam, chicken chop, ikan popcorn, udang dan lain-lain.
Hidangan Malaysia popular lain yang paling digemari seperti Nasi Geprek,
Mee Rebus, Mee Siam, Bubur dan Teppanyaki juga ada disediakan.
Sekarang ni dok tengah heboh dan viral dengan menu dessert Kunafa. Gerai
Dubai ini menyediakan menu Timur Tengah seperti Nasi Mandy/Nasi Mandi dan
Nasi Biryani. Gerai ni ada menjual pelbagai pencuci mulut dari negara Arab
seperti Kunafa, Kunafa Cheese, Baklava dan pencuci mulut lain. Mesti
korang tak sabar nak cuba kan?
Kalau nak makan menu panas mi sizzling dalam claypot atau hotplate, boleh
try kat sini. Pilihan menu yang ada seperti Yee Mee, Kuey Teow, Mee
Kuning, Meehoon atau nasi dengan ayam, daging lembu, ayam kimchi, ketam,
sotong roll dan banyak lagi.
Kalau ada makanan Malaysia mesti ada masakan Thai di kebanyakkan medan
selera. Kat sini anda boleh cuba pelbagai makanan panas Thailand sepeti
Nasi Goreng Nanas, Nasi Goreng Pattaya, Ladna Yee Mee, Nasi Ayam Paprik
dan banyak lagi.
Hidangan ayam penyet yang lembut dan juicy di sini dihidangkan dengan
sambal buatan sendiri. Kepedasan sambalnya lengkap dengan hirisan timun
dan tempeh/tempe. Selain ayam ada juga Talapia Penyet, Udang Penyet,
Sotong Penyet dan Lele Penyet.
Di Gerai Yong Tau Foo ada pelbagai pilihan bahan-bahan yang boleh dipilih
dalam Yong Tau Foo anda.Antaranya Meat Ball, Fish cake, kulit tauhu
goreng, crab stik, cendawan, sayuran dan banyak lagi. Semua dihidang panas
bagi mengekalkan rasa sedap sup Yong Tau Foonya. Dihidangkan dalam
pelbagai cara iaitu hidangan kering dengan sos atau campurkan mi dalam
sup. Untuk pilihan sup ada kuah tom yam dan kari.
Pada yang suka nasi campur kat Gerai Nasi Campur Suria ada lebih kurang 40
jenis lauk pauk di sini termasuklah Kari Kepala Ikan, Ayam Masak Merak,
Kacang Bendi Goreng, Sayur Bayam, Sayur Kangkung, sambal sotong, bergedil
dan lain-lain. Haritu Kak Bell try ikan patin masak asam pedas. Sedap ya!
Bukan sahaja makanan tempatan Malaysia, ada juga makanan barat di Gerai
Western Fusion. Korang boleh cuba masakan barat seperti Chicken Chop, Fish
& Chips, Sosej Jumbo, Bebola Daging Spaghetti, Grilled Sirloin Steak,
Nasi Butter, pizza dan banyak lagi.
Gerai yang wajib semua orang akan cari bila makan kat food court mestilah
gerai minuman. Gerai Hot & Cold Dessert & Beverage ada pilihan
minuman dan juga pelbagai pencuci mulut lokal yang sedap seperti ABC,
Cendol, Lei Chee Kang, Kelapa Laut dan banyak lagi.
Pada korang yang nak nak datang sini atau ke Lalaport, sekarang ni parking
mereka percuma hingga 31 Oktober 2022 di Mitsui Shopping Park Lalaport.
Food Empire ini buka setiap hari dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.
Untuk maklumat lanjut mengenai Food Empire Food Court di MBG, update
terkini dan juga promosi, ikuti platform media sosial rasmi mereka di
bawah.
Facebook Food Empire
Tiktok Food Empire
SMART LEGACY Website
Food Empire Food Court MGB, food empire food court, food empire Klang, food
empire central i city, empire food and beverage, food court Bukit Bintang,
Malaysia grand bazaar parking, lalaport to Zepp kl, new shopping mall in
Bukit Bintang, Bukit Bintang city centre, Malaysia grand bazaar parking
rate, bbcc lalaport, Malaysia grand bazaar directory,