Festival Indie Asia Tenggara TAPAUfest 2022 Di Lenggong Malaysia | Festival
Indie Asia Tenggara – TAPAUfest kini kembali dengan keunikan dan
kepelbagaian tarikan. TAPAUfest 2022 kali ini menggabungkan elemen alam
semula jadi dan seni di lokasi yang jauh dari kesesakan bandar namun
mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri iaitu di Lenggong, Perak. Ini
bermakna komuniti muzik indie Asia Tenggara bakal berkumpul dan beraksi
dikelilingi alam yang indah!
Pada 22 dan 23 Oktober, TAPAUfest melangkaui kebiasaan sebuah festival muzik
dengan mengajak kita semua bersama berkelah atau berkhemah di Resort Tasik
Raban sambil menikmati persembahan barisan pemuzik indie terbaik Asia
Tenggara. Dengan tasik dan gunung-ganang sebagai latar belakang, ia pasti
menjadi pengalaman yang cukup istimewa.
Pengasas TAPAUfest, Ahmad Faris, mempunyai visi yang jelas untuk TAPAUfest kali ini, "Salah satu sebab kami melakukannya di Lenggong, adalah kerana kami mendambakan peluang untuk meneroka Malaysia di luar bandar. Selepas satu dunia terkesan dengan wabak, orang ramai mahukan lebih daripada sekadar konsert".
Dengan tema #SerumpunBerpesta, TAPAUfest menghimpunkan 12 aksi persembahan
‘PENTAS’ merentasi genre dan nuansa dari Malaysia, Indonesia dan Singapura
selama dua hari anda di sana. Hari pertama TAPAUfest 2022 menampilkan Feast
(ID), Margasatwa (MY), Abangsapau (SG), Sweetass (MY), The Pinholes (SG) dan
Salammusik (MY). Hari ke-2 diteruskan dengan persembahan Kungfu Heidi (MY),
The DARE (ID), The Filters (MY), Sobs (SG), The Times (MY) dan Hindia (ID).
Dengan campuran kugiran yang sudah dikenali dan nama yang baru naik dalam
ruangan alternatif, TAPAUfest berbangga untuk menjadi pentas penampilan
sulung untuk barisan artis Indonesia di Malaysia, iaitu Hindia, The Dare dan
.Feast! Aksi dari artis Malaysia semestinya menjanjikan kelainan baharu
dengan penampilan Kungfu Heidi bersama Serbuk Cheese yang pastinya
membuatkan kita terpukau dengan gabungan musikalisasi hip-hop dan hardcore.
Aksi musisi dari Singapura tidak kurang menariknya, daripada nostalgia
pop-yeh-yeh The Pinholes, kepada rapper Sikh-Melayu dengan keterampilan
berkain pelikat, Abangsapau, hingga ke indie pop, Sobs!
Persembahan muzik akan bermula pada pukul 5 petang, memberikan ruang dan
masa untuk anda meneroka pelbagai aktiviti dan tempat menarik yang
ditawarkan di Lenggong. Jadi tak perlu tergesa-gesa memasang khemah kerana
ini adalah peluang anda untuk santai bersama.
Dari jam 10 pagi sehingga 4 petang, jangan lepaskan peluang untuk menonton
tayangan dari pembikin filem indie dan belajar dari bengkel dan sesi kongsi
di ‘BENGKEL + LAYAR’, hasil kerjasama bersama Kakiseni. Inilah masanya untuk
anda ‘Tapau sedikit pengetahuan!’
Selain itu, misi TAPAUfest adalah untuk memartabatkan ekonomi tempatan
dengan menyajikan makanan dan minuman mengikut citarasa tempatan di
'WARUNG'. TAPAUfest juga bekerjasama dengan Kedai Serba Serbi untuk
membawakan anda kelainan dengan terdapatnya reruai untuk barangan, rilisan
fizikal seperti piring hitam, kaset dan CD, selain karya seni dari artis
tempatan dan banyak lagi!
Apabila membeli tiket konsert, nilai yang diperolehi bermula dari nota
pertama persembahan sehingga artis turun dari pentas. Namun dengan
TAPAUfest, pengalaman itu bermula sebaik sahaja anda meninggalkan rumah
anda. Senarai main TAPAUfest dikurasi untuk memperkenalkan dunia muzik indie
Asia Tenggara sambil menemani anda dan rakan-rakan sepanjang perjalanan yang
indah selama 3 jam dari Kuala Lumpur ke Lenggong.
Nilai sebuah festival itu bukan sekadar terletak di persembahan muzik. Ia
juga tentang kenalan baru yang dibuat dan memori yang dicipta. Lenggong
mempunyai keistimewaannya tersendiri sebagai tapak warisan UNESCO yang
menempatkan salah satu rangka manusia purba paling lengkap di Asia Tenggara,
digelar sebagai ‘Perak Man’, kira-kira 11,000 tahun lalu. Keindahan tempat
dan keunikan suasana beserta persembahan muzik yang hebat memberikan nilai
lebih dari sekadar sebuah konsert, malahan bakal mengukir memori yang tidak
dapat dilupakan.
Menurut Ahmad Faris, “Kami sangat menghargai semangat dan penglibatan oleh Majlis Daerah Lenggong bagi menjayakan TAPAUfest di kawasan mereka. TAPAUfest juga tidak mungkin berlaku tanpa sokongan dari CENDANA yang menunjukkan kepercayaan mereka terhadap komuniti indie sekali lagi. Terima kasih juga kepada Waka, Ipoh Social Club, Santuy Travellers, Kadiak, Versussika, PBUY, Outsiders Bike, dan Anbot kerana mempercayai kami untuk memartabatkan Lenggong, seni, komuniti dan budaya indie Asia Tenggara."
Tiket Pra-Jualan sudah boleh dibeli dengan Tiket Solo Sehari berharga RM165
(1 tiket untuk Hari 1 atau Hari 2), Tiket Solo Weekend berharga RM320 (1
tiket untuk Hari 1 dan Hari 2) dan Tiket Geng Weekend berharga RM1240 (4
tiket untuk Hari 1 dan Hari 2).
Untuk maklumat lanjut jemput ke
www.TAPAUfest.asia
dan TAPAU tiket anda sekarang! Jangan lupa sebarkan berita ini dengan menggunakan hashtag #TAPAUfest
#SerumpunBerpesta dan #LepakLenggong.
Untuk seberang pertanyaan sila hubungi Ahmad Faris di faris@tapau.asia atau +60172351204
lost valley gathering, tapau asia, futureland 22 live, festival indie asia
tenggara tapaufest 2022 live, festival indie asia tenggara tapaufest 2022
september, festival indie asia tenggara tapaufest 2022 tickets, festival indie
asia tenggara tapaufest 2022 results, festival indie asia tenggara tapaufest
2022 malaysia, festival indie asia tenggara tapaufest 2022,