Cuba Mini Mala Hotpot Halal Di Food District One Utama | Hi semua! Last
week Kak Bell pergi Food District di One Utama untuk cuba Mini Mala Hotpot
yan tengah viral sekarang di TikTok. Mala Mini Hotpot One Utama ni outlet
kedua selepas cawangan pertamanya di Food Republic Pavillion Kuala Lumpur.
Disebabkan dah lama tak makan cucuk-cucuk ala steamboat ni, so Kak Bell
terjah outlet di Food District. 1 utama.
Disebabkan variasi dan nilai budaya dalam masayarakat Malaysia, Mini Mala
Hotpot Sdn. Bhd. memperkenalkan budaya hidangan hotpot dengan citarasa asli
negara China ke pasaran tempatan. Hotpot Mala ni adalah hidangan warisan
turun-temurun,
resepi tradisi masyarakat Cina
di mana kuah sup mala ni di makan dengan lauk-pauk steamboat. Mala juga
cukup popular dengan keharuman aroma, kepedasan dan sensasi kebas yang unik
serta unsur ketagihan dengan sajian Hotpot Panas.
Atas permintaan orang ramai di Malaysia mereka menubuhkan Mala Mini Hotpot yang dijamin HALAL. Jika ada yang tak tahu, Mala Hotpot merupakan kaedah makan yang mudah
dan digunakan oleh tukang perahu sewaktu hujung zaman dinasti Ming dan
permulaan dinasti Qing di China.
Bagi yang tak familiar dengan One Utama, outlet ni ada di tingkat 2 New
Wing One Utama, bersebelahan dengan kedai Converse. Bila dah masuk dalam
Food District, korang pergi ke sebelah kiri selepas stall jual Kunafa.
Semalam sis pergi sensorang je cari makan, tercari-cari jugaklah mana
letaknya kedai Mini Mala Hotpot ni. Jadi nak mudah, Kak Bell bagitahu
awal-awal supaya korang tak lost. Kalau tersalah pergi ke Old Wing One
Utama lagi parah kan!
Di Mini Mala Hotpot menyediakan 3 menu utama iaitu
Mala Tang, Mala Chuan Chuan dan Mala Hot Pot.
Mala Tang adalah jenis masakan ‘street-food’ yang sangat terkenal di China
terutama di Beijing, Guangzhou, Shanghai dan Xinjiang (penempatan Muslim).
Menu yang popular di Provinci Sinchuan ini menjadi lambang budaya setempat
sehingga mendapat banyak sambutan dari ramai pihak, sesuai dengan
konsepnya cepat, sedap dan murah. Mala Tang ni sebenarnya dari perkataan
‘Ma-La-Tang’ yang bermaksud lada serta serbuk cili yang pedas dan memiliki
aroma harum dengan sensasi kebas. Maksudnya kena masukkan banyak lada,
serbuk cili dalam menu tersebut agar ia menjadi ‘pedas dan kebas’.
Menu lazat ini merupakan makanan tradisi berasaskan steamboat yang berasal
dari Chongqing dan Sinchuan. Mala Chuan Chuan adalah teknik memasak dimana
bahan-bahan menu dicucuk terlebih dahulu pada batang lidi atau pada sudu
dan kemudiannya dicelup ke dalam sup asli Sinchuan dalam periuk panas.
Untuk menu terakhir iaitu Mala Hotpot, ia merupakan menu asli berasal dari
Sichuan yang mempunyai aroma Mala asli yang kuat. Rasanya yang pedas
tetapi sangat menyelerakan. Menu ini kian terkenal kerana kelazatannya
yang semulajadi. Ia dimasak dengan cara mencelupkan daging ke dalam sup
yang pedas iaitu campuran cili dan lada Sichuan. Hidangan ini kemudiannya
disajikan bersama sos. Seperti Malatang dan Mala Chuan Chuan, Mala Hotpot
juga mendapat sambutan hangat di seluruh wilayah China.
Kat sini ada menyediakan lebih 60 pilihan skewer atau cucuk-cucuk. Rasanya
tak payah nak explain sebab sama aje macam hidangan cucuk-cucuk steamboat.
Bezanya kuah dia pakai sup Mala dan disediakan dalam hotpot. Terdapat 3
jenis kuah sup pilihan iaitu
Mala Tang (pedas), Tomata Soup dan Chicken Soup.
1. MalaTang
2. Sup Ayam
3. Sup Tomato
Nanti korang boleh pilih skewer berwarna yang korang boleh pilih
berdasarkan menu. Contohnya untuk set Mala Tang, korang perlu pilih 1
skewer pink, 1 skewer kuning, 1 skewer biru dan 2 skewer hijau. Just
follow je arahan pada buku daftar menu.
Di Mini Mala Hotpot Food District menyediakan menu utama seperti di bawah
dan juga menu-menu yang lain seperti Man Tau (3 pcs RM5), chicken dumpling
(3 pcs RM10), prawn dumpling (3 pcs RM11). Jika nak set pun ada seperti
Beef Set (27.50), Chicken Set (RM27.50) atau Seafood Set (RM29.50).
Walking cup Mala Mini Hotpot ini hidangkan sekali dengan 1 mocktail air
calamansi. Set ni tanpa noodles dengan portion 5 batang skewers. Walking
cup hotpot ini boleh di makan secara berjalan, sebab tu namanya walking
cup ! Mudah di bawa. Rasa sup Mala TangG ni pedas tapi tak lama pedasnya.
So sia memang boleh makan. Tak macam pedas makanan Korea tu sampai tak
boleh nak makan.
Set ni juga boleh pilih 5 batang skewers.
Mala Tang Combo Set (RM35.50)
Untuk set kombo pula boleh pilih 12 batang skewers dan dapat nasi.
Mala Self-Heating Hotpot (RM45.50)
Untuk Mala Chuan Chuan Self Heating Hotpot ni portion lebih besar, lebih
banyak pilihan boleh di pilih. Sup Mala Chuan Chuan lebih pedas dari Mala
Tang dan ada rasa creamy. So far kuah ni yang paling Kak Bell suka. Pedas
tapi addictive. Tak puas nak makan lagi.
Bagi korang yang nak try Mini Mala Hotpot, jangan lupa join juga contest
mana tau leh menang hadiah bernialai sehingga RM200,000. Antara hadiahnya
kereta Perodua Myvi, tajaan penuh ke Korea, tiket Blackpink World Tour MY
dan tiket ke Genting Skyworlds Theme Park + Hotel. Meriah sungguh
hadiahnya. Sambil makan tu, wajiblah buat video sekali.
2. Tag Mala Mini Hotpot Mala Mini Hotpot
3. Tag 3 orang rakan
4. Gunakan hashtag #eatMALAandwin #MALAminihotpot #MMHP #HalalMALA
5. Kongsi/share di platform sosial media anda
Bagi korang yang berminat dengan industri Perkhidmatan Makanan (F&B)
di Malaysia, Mini Mala Hotpot ada mengendalikan sistem perniagaan
Franchise atau Licensing. Bagi yang berminat bolehlah cuba bisnes
rangkaian restoren dengan menjadikan Hotpot sebagai hidangan utamanya.
Kaedah operasi perniagaan ini dapat dinilai berjaya kalau dilihat dari
sudut peningkatan volum jualan yang ketara.Ini kerana sumbangan pasaran
sedia ada dari masyarakat Cina yang telah tahu akan keenakan resepi Mala,
dan ditambah dengan pasaran Halal dengan komposisi 73% masyarakat Melayu
di Malaysia.
Business Model: Branch + Licensing
Outlet Type: Premium & Express
PREMIUM Outlet
A minimum area of 2000sqft
Premises: Mall/stand-alone shop lot
Mala Mini Hotpot akan mula beroperasi di beberapa cawangan baharu, seperti:
EXPRESS Outlet
A minimum area of 450sqft
Premises: Food Court/Kiosk in mall & Outdoor/Kiosk On The Move
Bagi sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang peluang
kerjasama bersama Mala Mini Hotpot,mereka boleh berbuat demikian dengan
menghubungi invest@malaminihotpot.com. Maklumat lanjut boleh semak laman
sesawang di bawah.
Mini hotpot near me!
Stall No 13, Pavillion Bukit Bintang, Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Food District, One Utama
Tarikh Operasi: 15 Oktober 2022
10 PAGI - 10 MALAM
S346 & S347, Stall No.S5, Second Floor, 1 Utama Shopping Centre,
Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor
Alamanda Shopping Mall
Tarikh Operasi: 15 Oktober 2022
10 PAGI - 10 MALAM
Lot LG72-74, Gerai Makan No 2, Wesria Rasa Food Arena Jalan Alamanda,
Alamanda Shopping Centre 62000 Putrajaya
IOI City Mall
Tarikh Operasi: November
10 PAGI - 10 MALAM
LG-63, Lower Ground Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia.
Facebook Mini Mala Hotpot
Instagram Mini Mala Hotpot
mala mini hotpot pavilion, mala mini hotpot express @ pavilion, mala mini hotpot express, ingredients for mala hotpot, how to eat mala hotpot, Chinese mala hot pot recipe, mini hotpot near me,
IOI City Mall
Tarikh Operasi: November
10 PAGI - 10 MALAM
LG-63, Lower Ground Floor, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya, Malaysia.
Facebook Mini Mala Hotpot
Instagram Mini Mala Hotpot
mala mini hotpot pavilion, mala mini hotpot express @ pavilion, mala mini hotpot express, ingredients for mala hotpot, how to eat mala hotpot, Chinese mala hot pot recipe, mini hotpot near me,