5 Panduan Balik Kampung Dengan Selamat Menggunakan Motosikal | Tiada
penawar yang lebih mujarab untuk rindu pada ibu bapa kita selain daripada
balik kampung. Di kala kesibukan bekerja, anda teringin nak pulang ke
kampung halaman untuk menjenguk keluarga di sana.
Tetapi anda tidak mempunyai bajet yang banyak untuk beli tiket penerbangan
ataupun bas, dan anda hanya ada motosikal sahaja. Bagaimana anda nak
pastikan perjalanan anda lancar dan selamat sebelum bertolak? Jom tengok
tips balik kampung
supaya perjalanan balik kampung jadi lebih lancar.
Kalau anda nak balik kampung dengan selamat, anda memang perlu dapatkan
rehat yang secukupnya. Pastikan anda dapat waktu untuk berehat dengan
secukupnya sebelum hari anda membuat perjalanan.
Siapkan semua tugasan yang ada dengan awal sebelum cuti, agar anda ada masa
untuk mengemas pakaian dan membuat persiapan lain sebelum berangkat. Ingat,
menunggang motosikal ini memang ada risiko tinggi, dan anda perlukan tenaga
yang secukupnya untuk fokus di jalan raya.
Halangan nombor satu untuk penunggang motosikal adalah cuaca. Penunggang
motosikal tak boleh redah hujan seperti pemandu kereta dengan begitu sahaja.
Cuaca buruk seperti hujan lebat amat berbahaya kerana jalan licin,
pemandangan yang kabur, dan boleh mendatangkan kesan yang buruk pada
kesihatan penunggang.
Oleh itu, pastikan anda
periksa keadaan cuaca
sebelum membuat perjalanan. Jika cuaca semakin gelap atau merisaukan dalam
perjalanan anda, cari hentian atau R&R yang berhampiran dengan segera.
Ada kawan yang nak balik kampung sehala dengan motosikal sekali? Apa kata
anda ajak mereka balik kampung bersama-sama.
Dengan ada geng peneman ataupun konvoi motosikal, perjalanan anda bukan
sahaja lebih meriah, malah ia juga lebih selamat. Dengan adanya rakan-rakan
yang lain, anda semua boleh pastikan keselamatan antara satu sama lain
semasa perjalanan.
Biar lambat, asalkan selamat. Tiada apa yang lebih berharga daripada nyawa
anda; oleh itu, pastikan anda menjaga kelajuan motosikal di atas jalan raya.
Jangan bawa terlalu laju sehingga membahayakan diri anda.
Ingat, tujuan anda balik ke kampung adalah untuk melawat keluarga. Walaupun
lambat, ketibaan anda di destinasi dengan selamat itu lebih berharga.
Dah check dan servis motosikal anda? Adakah cukai jalan dan
takaful motor
sudah diperbaharui? Pastikan semua perkara ini diuruskan dengan lengkap
sebelum anda membuat perjalanan. Motosikal dengan keadaan yang baik juga
adalah jaminan untuk anda membuat perjalanan yang lancar dan selamat.
Jika anda dah bersedia nak balik kampung dengan menaiki motor anda, pastikan
perkongsian di atas ini dapat menjadi peringatan atau checklist terakhir
persiapan balik kampung sebelum anda berangkat.
Mahu mencari pelan takaful motor yang komprehensif dan berkualiti? Takaful
IKHLAS ada solusinya buat anda. Layari sahaja laman web Takaful IKHLAS di
https://www.takaful-ikhlas.com.my/our-products/personal/motor