Tourism Selangor Tarik Pelancong Berpotensi Dari Eropah ke Selangor | Siri
jelajah Truly Malaysia di Moscow, Tarik Pelancong Berpotensi Dari Rusia,
Turki, Kazakhstan dan Uzbekistan ke Selangor.
Tourism Selangor, sebuah Agensi Promosi Pelancongan Rasmi Negeri Selangor,
telah menyertai siri lawatan ke Moscow, Tashkent, Almaty dan Istanbul bagi
menyokong Tourism Malaysia dalam matlamatnya untuk menarik lebih ramai
pelancong dari Rusia dan Turki sambil mengekalkan hubungan dua hala.
Lawatan tersebut berlangsung selama sepuluh hari, dari 11 September hingga
20 September 2022.
Ucapan oleh Yang Berhormat En. Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor semasa misi jualan di Rusia, Turkiye, Uzbekistan dan Kazakhstan
Misi ini diketuai oleh Yang Berhormat En. Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan
Alam Sekitar Selangor dan dibantu oleh En. Azrul Shah bin Mohamad Ketua
Pegawai Eksekutif Tourism Selangor. Misi ini mempamerkan pelbagai segmen
pasaran di Selangor sambil mempromosikan Kempen “Splendid Selangor, Take Me
Anywhere!”.
Sehingga tahun 2021, terdapat peningkatan sebanyak 13.0% (231,914) pelancong
dari negara Eropah yang melawat Selangor berbanding tahun sebelumnya semasa
sekatan perjalanan antarabangsa. Oleh itu, ini merupakan masa yang sesuai
bagi negeri Selangor untuk meneruskan pertumbuhan pra-pandemiknya,
terutamanya bagi pengembara antarabangsa, setelah larangan perjalanan telah
ditarik kembali.
Menurut Yang Berhormat En. Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar
Selangor, kempen Splendid Selangor merupakan satu usaha penting dan titik
perubahan bagi meningkatkan kerjasama antara negara-negara yang berminat.
Kerjasama tersebut akan melibatkan perkongsian prospektif melalui perjalanan
FAM bersama media dan agensi pelancongan, siri promosi silang termasuk
pengiklanan dan kempen digital, siri jelajah serta sales mission.
Segmentasi di negeri Selangor menyediakan pelbagai tarikan pelancongan,
daripada eko-pelancongan, taman tema, budaya dan warisan serta pengalaman
membeli-belah dan rekreasi. Ini termasuk taman tema Sunway Lagoon, Taman
Kelip-kelip di Kampung Kuantan, Perkampungan Budaya Mah Meri serta kawasan
peranginan di Avani Sepang Gold Coast.
Majlis penyampaian hadiah semasa pertandingan cabutan bertuah bersama Tourism Selangor
Melalui jelajah Truly Malaysia di Moscow, delegasi Tourism Selangor telah
bertemu dengan beberapa agensi pelancongan. Pemain utama seperti Evren SATIR, Ozan Ates, dan Gokhan Ustunday turut terlibat semasa misi tersebut.
Beberapa syarikat pelancongan (Russia Travel) kini sedang mengatur perjalanan mereka ke
Malaysia melalui Turkish Airlines, Emirates, Qatar Airways dan Etihad
Airways sebagai penerbangan sambungan.
“Sebelum ini, pelancong dari Rusia telah menggunakan khidmat penerbangan dari Singapura ke Malaysia. Hasil daripada misi pada kali ini, kami bersedia untuk mengambil penerbangan tidak berjadual dari negara Rusia ke Malaysia melalui negeri Selangor dan kami tidak sabar untuk menarik lebih ramai warga Rusia ke negeri ini,” kata Yang Berhormat En. Hee Loy Sian, Exco Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor.
Tourism Selangor bersedia untuk memanfaatkan perkongsian meluas bersama
pengusaha pelancongan dan pemain industri sambil meningkatkan kesedarannya
bagi mencapai misi dalam menjadikan Selangor sebagai destinasi pelancongan
terkemuka di Asia Tenggara dan di seluruh dunia.