Resepi Kek Blueberry Crumble Simple, Nikmati Kebaikan Oregon & Washington Blueberries - Ini Adalah Bellarina Natasya | Bella Jamal Resepi Kek Blueberry Crumble Simple, Nikmati Kebaikan Oregon & Washington Blueberries

Trending

Resepi Kek Blueberry Crumble Simple, Nikmati Kebaikan Oregon & Washington Blueberries

Resepi Kek Blueberry Crumble Simple, Nikmati Kebaikan Oregon & Washington Blueberries | Siapa peminat kepada manisan atau kek yang diperbuat dari buah blueberry? Kak Bell salah seorang yang suka dengan buah berwarna biru keunguan ini.

Kebaikan Oregon & Washington Blueberries

Pengambilan buah-buahan merupakan salah satu perkara yang wajib dilakukan untuk kita setiap hari untuk kesihatan tubuh. Salah satu yang paling berkhasiat untuk mendapatkan manfaat ini adalah dari buah blueberry. Jadi Kak Bell akan kongsikan tentang kebaikan dan juga resepi kek dari buah blueberry yang korang semua boleh cuba.


Beri biru atau buah blueberry, walaupun kecil tapi ada banyak manfaatnya. Bukan sahaja kepada kulit dan rambut, tetapi juga untuk kesihatan tubuh badan. Penanaman buah bluberry hanya ditemui sekitar abad ke-20. Sebelum itu, buah asli dari Amerika Utara ini hanya terdapat di dalam hutan. Oregon dan Washington merupakan dua negeri penghasil beri biru terbesar di Amerika Syarikat.

Kebaikan Oregon & Washington Blueberries

Ada banyak khasiat buah blueberry ni. Tidak kiralah kranberi ke, mulbery ke, semua buah dari keluarga berry ini memang ada khasiat. Beri biru secara semula jadi manis, sedap dan berkhasiat serta memberi banyak manfaat pada kesihatan, seperti meningkatkan kesihatan jantung, kesihatan kulit, mengurangkan tekanan darah, mencegah kanser, diabetes, dan menstabilkan kesihatan mental.

Di antara kebaikan buah blueberry seperti tinggi kandungan vitamin-C, vitamin K, mengandungi serat yang tinggi, kaya antioksidan, baik untuk jantung, boleh meningkatkan daya ingatan otak dan menguatkan otak supaya kekal sihat.


Fakta Pemakanan Dan Manfaat 
Beri Biru Kepada Kesihatan
  • Satu cawan bersamaan 148g buah beri biru menyumbang 25% daripada nilai vitamin C harian iaitu 14.4mg Vitamin C. Vitamin C dapat membantu menyokong sistem imunisasi badan.
Kebaikan Oregon & Washington Blueberries
  • Satu cawan bersamaan 148g buah beri biru mengandungi 3.6g serat, bersamaan dengan 14% daripada keperluan serat harian oleh tubuh badan. Serat makanan mampu meningkatkan kadar lipid darah, mengatur kadar gula dalam darah, dan membuatkan kita rasa kenyang lebih lama. Jika kita dalam tempoh berdiet, buah beri biru sangat sesuai untuk dijadikan snek sihat.
  • Beri biru kaya dengan antioksidan. Beri biru dipercayai mempunyai salah satu tahap antioksidan tertinggi dari semua jenis buah dan sayur biasa. Antioksidan melindungi badan kita daripada radikal bebas (molekul tidak stabil yang boleh merosakkan sel dan menyumbang kepada penuaan dan penyakit).
  • Satu cawan bersamaan 148g buah beri biru menyumbang kepada 36% daripada nilai Vitamin K harian iaitu 28 mikromiligram Vitamin K. Pengambilan Vitamin K yang rendah dikaitkan dengan risiko tulang rapuh yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, pengambilan Vitamin K yang mencukupi meningkatkan penyerapan kalsium dan dapat mengurangkan kehilangan kalsium.
  • Beri biru sudah diperakui sebagai makanan yang menyihatkan jantung oleh Persatuan Jantung Amerika dan mengandungi sebatian semula jadi yang membantu otak supaya kekal cergas.


Jom sekarang Kak Bell kongsikan simple cake recipe iaitu resepi crumble cake dari buah blueberry. Ada banyak je resepi blueberry cake kat luar sana, kali ini Kak Bell cuba resepi Kek Blueberry Crumble dari Chef Bob Kamaruddin Adnin. Chef Bob merupakan Presiden Persatuan Masakan Profesional (Malaysia), dan pernah berkhidmat sebagai chef di beberapa hotel bertaraf 5 bintang di Kuala Lumpur termasuk The Westin dan Mandarin Oriental.

Beliau turut dilantik sebagai Chef Eksekutif di Sheraton Imperial Kuala Lumpur sebagai Chef de Cuisine pada 2008 dan kemudian sebagai Chef Eksekutif Korporat dengan MAS Awana Sdn Bhd sebelum beralih kepada kerjaya semasa sebagai chef perunding sepenuh masa dan pengacara rancangan masakannya sendiri, Chef Bob Cooking.


Resepi Kek Blueberry Crumble Simple

by Chef Bob Kamaruddin Adnin

Bahan untuk kek
55g butter / marjerin
160g gula kastor
1 biji telur
125ml @ ½ cawan Susu Segar
225g tepung gandum
2 sk baking powder
½ sk garam
250g Blueberry Oregon/Washington

Kebaikan Oregon & Washington Blueberries

Untuk topping
100g gula kastor
45g tepung gandum
½ sudu kecil serbuk kayu manis (cinnamon)
55g butter / marjerin (potong kecil)

Kebaikan Oregon & Washington Blueberries


Cara-cara penyediaan crumble cake:
1) Panaskan ketuhar hingga 180° Celcius.
2) Ayak tepung dengan serbuk penaik dan garam.
3) Campurkan mentega dan gula dan adun dengan kelajuan sederhana tinggi hingga kembang dan sebati (kuning muda)
4) Masukkan telur, pukul hingga sebati. Masukkan tepung yang sudah diayak, selang selikan dengan susu. Boleh tambahkan sedikit esen vanilla.
5) Bila dah kembang, keluarkan bekas pengadun dan tambah beri Oregon atau Washington dan kacau.

Kebaikan Oregon & Washington Blueberries

6) Griskan loyang berukuran 9 inci petak atau bulat
7) Pindahkan adunan kek ke dalam loyang tadi.

Kebaikan Oregon & Washington Blueberries


Cara Penyediaan Blueberry Crumble Topping:
1) Masukkan gula, tepung, serbuk kayu manis dan mentega ke dalam mangkuk adunan.
2) Masukkan mentega ke dalam adunan sehingga menyerupai serbuk roti kasar.

Kebaikan Oregon & Washington Blueberries

3) Taburkan topping atas adunan kek, kemudian bakar selama kira-kira 50 minit/hingga masak.**Jika tiada mixer boleh ramas kasar menggunakan tangan

Kebaikan Oregon & Washington Blueberries

Kalau letak eskrim pun sedap ni! Kak Bell saja je masukkan sekali buat strawberi tu. Alang-alang ada tinggal beberapa ketul kan. Oklah selamat mencuba resepi kek blueberry crumble.

Untuk lebih info berkenaan buah beri biru, boleh layari laman sesawang www.oregonblueberry.com atau https://wablueberries.com/wa-blueberry-commission/

resepi crumble cake
blueberry crumble topping
easy blueberry crumble cake

Bella Jamal

Hi! Bella Jamal is a part-time blog writer of Ini Adalah Bellarina Natasya. A long time ago graduated from the National University of Malaysia with a degree in Bachelor of Chemistry, now working as a Social Media Professional for Telco company. For any opportunities, can contact me at jbella8868@gmail.com

Previous Post Next Post